Saturday

Fesyen Tudung yang Bagaimana??


Assalamu'alaikum pada anda yang sedang membaca blog saya ni.Syukur pada Allah kerana masih diberikan nikmat untuk hidup dan dikekalkan 2 nikmat yang paling besar Iman dan Islam.Syukur pada Allah kerana meberi saya peluang untuk menambah catatan saya walaupun dikelilingi dengan beberapa hal yang agak menyuntukkan masa.

Minggu yang lepas saya berjalan-jalan di tengah bandar Mansourah berseorangan kerana baru sahaja mengeluarkan wang dari akaun saya.Jika sebelum ini saya mengeluarkan wang yang dimasukan pada akaun saya di bank NSGB yang betul-betul berhadapan pejabat keselamatan Negeri Daqhiliyyah ,tapi kini saya sudah boleh mengeluarkannya di bank HSBC.Bolehlah dikatakan untung sedikit kerana potongan yang dikenakan tidaklah tinggi berbanding NSGB sebanyak L.E18.00 berbanding L.E10.00 bagi HSBC.

Selepas mengeluarkannya dari bank mata saya terpaku seketika terhadap sesusuk tubuh gadis mesir yang dalam lingkungan 20 tahun.Sambil berjalan sambil tergelak.Apa tidaknya.Diatas sudah lengkap bertudung.Baju pula kira masih boleh dimaafkan.Tapi apabila terus menundukkan kepala...saya tersenyum bersendirian.Skirt yang dipakai gadis tersebut menampakkan lutut.Terus dihati terdetik, "Kalau kat malaysia ni mesti kene gelak,kalau dengan budak yang ala 'gonjeng'(gila-gila kata orang sekarang)sudah digelar orang gila.Paling tidak pun digelakkan beramai.Mungkin disini sudah menjadi satu trend bagi fesyen terkini wanita rakyat Egypt.Dengan warna baju yang agak terang dan serta lenggok badan menuju ke bibir jalan dan terus menahan kenderaan bagi menuju tempat yang ingin ditujunya.

Terus saya mengharungi jalan yang agak sesak serta bunyi hon yang membingitkan.Jika para pembaca ingin tahu,hon di Egypt adalah satu kemestian diatas jalan.Hatta basikal juga dipasang hon bagi melancarkan perjalanan.Paling tidak pun mulut-mulut mereka yang akan berbunyi siulan untuk menarik perhatian pejalan kaki......Berbalik pada cerita tudung tadi,sedang asyik bejalan pulang sambil memerhati gelagat penduduk,terfikir saya satu persoalan.Apakah mereka dia tidak rasa bersalah?

Pada dasarnya tudung adalah pengelak fitah terhadap wanita.Tetapi sekarang dah jadi terbalik.Tudung penyebab kepada fitnah bagi wanita.Adakah itu wajar?Sudah tentu jawapannya tidak.Kalau kita melihat majalah-majalah di Malaysia,boleh dikata banyak model-model yang dikenakan tudung dikepala yang dihiasi dengan manik-manik.Malah dengan memakai tudung dikepala ada sebahagian mereka merasa bangga,sombong serta angkuh.Kalau memakai tudung dengan tidak menampakkan leher,ataupun jambul terkeluar kehadapan,dengan songkok di dalam tudung laksana pramugari pesawat penerbangan gulf air katanya tidak up-to-date,sofistikated dan sebagainya.Seharusnya bila memakai tudng perlulah ada rasa rendah diri dan rasa penuh kehambaan yang tinggi terhadap yang ESA.Bila ingat Allah,Allah akan ingat kita.Itu janji Allah.Allah tidak akan mengingkari janjinya.Barulah kita boleh promote situasi Islam itu semula yang telah dicemari.Barulah namanya muslimah sejati.

Nah,kita dah tengok,orang Islam sendiri merosakkan dan mencemarkan nama Islam.Baik-baik orang Islam nak ikut,terus tersekat atas sikap orang Islam yang acuh tak acuh dengan hukum.Saya penah berchating dengan seorang wanita melayu dan agamanya Islam.Mula saya tak kenalkan diri saya sebagai seorang pelajar yang menceburkan diri dalam keilmuan Islam.Tetapi akhirnya saya mengalah setelah didesak berkali-kali olehnya.Gambar yang dipaparkan olehnya ialah gambar yang tidak bertudung.Saya tanya pada dia,kenapa tak papar gambar yang bertudung?Terus dia jawab.."Ala..buat apa pakai tudung,orang yang pakai tudung pun bukan baik sangat".saya tanya balik."Apa yang tak baiknya?"dengan selamba die jawab,"Orang yang pakai tudung pun buat keje maksiat.Raba-raba,tak sembahyang......" dan diteruskan lagi dengan kata-kata yang sakitkan telinga saya mendengar.Rasa malu dan sedih.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Erm..mungkin itu sahaja yang ingin dikata.Slam ceria..salam ukhuwwah dari saya.







"Pada dasarnya tudung adalah pengelak fitah terhadap wanita.Tetapi sekarang dah jadi terbalik.Tudung penyebab kepada fitnah bagi wanita.Adakah itu wajar?Sudah tentu jawapannya tidak.Kalau kita melihat majalah-majalah di Malaysia,boleh dikata banyak model-model yang dikenakan tudung dikepala yang dihiasi dengan manik-manik.Malah dengan memakai tudung dikepala ada sebahagian mereka merasa bangga,sombong serta angkuh.Kalau memakai tudung dengan tidak menampakkan leher,ataupun jambul terkeluar kehadapan,dengan songkok di dalam tudung laksana pramugari pesawat penerbangan gulf air katanya tidak up-to-date,sofistikated dan sebagainya.Seharusnya bila memakai tudng perlulah ada rasa rendah diri dan rasa penuh kehambaan yang tinggi terhadap yang ESA.Bila ingat Allah,Allah akan ingat kita.Itu janji Allah.Allah tidak akan mengingkari janjinya.Barulah kita boleh promote situasi Islam itu semula yang telah dicemari.Barulah namanya muslimah sejati."

2 comments:

dari~ummie said...

totally rite..
tapi kan apa pandangan ko, kalau perempuan tudung tak labuh, but memenuhi spesifikasi yang ditetapkan..is it ok?
or it must be LABUH?

iman said...

hmm betul-betul... saya setuju... boleh tak piawaikan bagaimana labuh tudung yang terima itu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Nukilan Ini, Jangan Lupa Memberi Sebarang Komen Sebagai Tanda Ingatan Anda