Saturday

Judi Genting Highland itu Halalkah?

KUALA LUMPUR 17 Jun - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati peraduan 100 hari 100 kereta anjuran syarikat telekomunikasi Celcom (M) Bhd., mempunyai unsur- unsur perjudian.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Abdul Aziz berkata, peraduan itu jelas tidak mematuhi hukum syariah dan menggalakkan pembaziran.

"Tidak boleh. Peraduan ini mengandungi unsur judi.

"Kita minta Celcom batalkan peraduan ini. Kalau mahu juga, buat pertandingan lain yang selari dengan hukum syarak,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Semalam, Celcom mengumumkan akan mengadakan pertemuan kali kedua dengan Jakim untuk membincangkan status peraduan 100 hari 100 kereta anjuran syarikat telekomunikasi itu yang didakwa mempunyai unsur perjudian.

Difahamkan Celcom akan membentangkan secara terperinci kesemua butiran peraduan berkenaan di hadapan Panel Syariah Jakim.

Jelas Wan Mohamad, mesyuarat khas panel kajian syariah Jakim hari ini bersetuju untuk memutuskan pertandingan itu jelas menggalakkan pembaziran.

Peraduan 100 hari 100 kereta anjuran Celcom didakwa berunsur perjudian oleh beberapa tokoh agama kerana bayaran perlu dibuat untuk menjawab setiap soalan seperti dalam kegiatan judi nombor ekor.

Peraduan yang bermula 2 Jun lalu dan berakhir 9 September ini menawarkan sebuah kereta setiap hari kepada pemenang yang mengumpul mata tertinggi selepas menjawab soalan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Peraduan berbentuk promosi itu berlangsung selama 100 hari dan dibuka kepada kesemua pelanggan Celcom.

Sumber: Utusan Malaysia 18/06/08

Ulasan saya:

Akhirnya...peraduan Celcom diputuskan sebagai judi. Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Abdul Aziz menjelaskan lagi bahawa, peraduan itu jelas tidak mematuhi hukum syariah dan menggalakkan pembaziran.

Baguslah tu, kalau dah difatwakan ada unsur judi dan tidak mematuhi hukum syarak, mesti dihentikan segera. Namun, sebagai seorang Muslim yang waras, kita tertanya-tanya, habis tu macam mana dengan kedudukan Genting Highland sebagai pusat judi terbesar di Malaysia? Yang ini sah-sah judi!!! Tak difatwakan haram ke? Tak perlu dihentikan ke? Siapa tak tahu yang kat atas bukit tu berapa ramai orang Islam yang mencuba nasib di sana dan yang pastinya, kebanyakannya orang besar-besar. ‘Orang-orang kecil’ tak mampu nak ke sana, hanya mampu berlaga ayam kat kampung sahaja. Jadi, tempat judi yang berprestij seperti Genting Highland tu biasanya hanya menerima tetamu-tetamu besar dan kaya raya sahaja.

Sudah menjadi sikap dan tabiat institusi agama di Malaysia, siapa berani lawan tokeh? Tokeh dah bagi lesen besar yang pusat judi kat atas bukit tu ‘halal’, siapa berani lawan? Hari ini engkau kata tempat tu haram, maka besok tokeh akan kata, engkau haram makan gaji dengan aku! Sanggup tanggung risiko? Maka dalam hati masing-masing akan berkata, “Periuk nasi lagi penting la..., ini mesti dijaga”.

Dengan adanya golongan pemerintah sekular dan 'orang agama' yang mementingkan periuk nasi inilah, menyebabkan wujudnya istilah 'judi halal dan 'judi haram'dalam pemerintahan negara. Judi celcom difatwakan haram, manakala judi Genting Highland masih tetap ‘halal hingga kini. Allah swt berfirman,

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan...” [TMQ al-Ma’idah (5):90]

Apakah kefahaman Jakim tentang ayat ini? Kenapa Jakim berdiam diri dengan perbuatan pemerintah yang 'menghalalkan' judi di Genting Highland (dan juga di kasino-kasino di seluruh negara)? Jika Allah menyatakan bahawa orang yang berjudi adalah najis dan merupakan perbuatan syaithan, apakah pula statusnya pemerintah yang membenarkan perbuatan syaithan ini terus hidup subur di negara ini?

Banyak lagi ayat-ayat yang menunjukkan keharaman judi dan arak samada ia diharamkan secara jelas atau ianya memerlukan kepada Ijma' Ulama mahupun Qias.Sebagai seorang mukmin yang diamanahkan oleh Allah menjadi khalifah di bumi ini sebagai penggerak untuk mentauhidkan Allah dan mentaatinya.

Kalau begini cara 'ulama' serta umara kita menjelaskan hukum dan memimpin yang ini halal yang haram,yang ini tidak berapa haram,yang in baik untuk negara yang ini kurang baik jika dilakukan maka yang akan emnerima bahananya masyarakat yang akan datang.

Mari kita perhatikan hadis nabi yang menjelaskan hala dan haram di bawah ini dengan maksud:
("Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu jelas yang haram itu jelas dan antara keduanya itu terdapat perkara-perkara yang syubhat,ramai dari kalangan manusia yang tidak mengetahuinya.Sesiapa yang menjaga diri dari perkara syubhat maka die telah membersihkan agama dan kehormatannya.Dan sesiapa yang jatuh kedalamnya maka dia akan jatuh ke dalam perkara haram.Seperti penegmabala yang mengembala di kawasan larangan,dibimbangi gembalanya akn meragut makanan dalam kawasan itu.Ketahuilah bahwa setiap raja itu ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah perkara-perkara yang diharamkan.Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging,apabila ia baik,maka baiklah jasad seluruhnya.apabila ia rosak,maka rosaklah jasad seluruhnya.Ketahuilah bahawa ia adalah hati)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Nukilan Ini, Jangan Lupa Memberi Sebarang Komen Sebagai Tanda Ingatan Anda