Saturday

CINTA ALLAH

Salam sejahtera kepada semua yang membaca coretan ini. Syukur ke hadhrat Allah SWT kerana memberi kita peluang dan ruang bagi meneruskan kehidupan untuk ber'amal kepadanya yang maha ESA. Selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keatas keluarganya serta sahabatnya yang setia.

Ketika saya di awal belasan tahun, banyak perkara yang membuatkan saya mempersoal sesuatu keadaan ataupun balasan keatas apa yang saya lakukan. Ada ketikanya saya juga mengatakan "Kenapa Allah tidak memberikan aku perkara yang betul aku hajati?"

Kemudian baru2 ini ada seorang sahabat dan kenalan saya meluahkan perkara yang sama apa yang saya katakan ketika saya awal belasan tahun. "Saya dah mintak dengan Allah, saya dah sembahyang hajat, dan berdoa siang dan malam, tapi Allah masih tidak memberi apa yang saya nak, saya tak nak lah berburuk sangka kepada Allah, dan selalu kakak2 usrah mengingatkan saya supaya berbaik sangka.. tapii......" kata-katanya tidak diteruskan. Saya tersenyum sendirian.

Kepada yang masih timbul persoalan2 yang seperti ini cuba kita semak diri kita semula. Hisab diri ini. Dan beringatlah ketika Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran dengan maksud :

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'kami sudah beriman' sedang mereka tidak diuji lagi? Sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya DIAlah yang mengetahui orang-orang yang berdusta"
[al-ankabut 2-3]

Tiada yang lebih menyayangi dan sangat mencintai diri kita ini melainkan Allah SWT. Fikirkan sejenak, semasa kita di alam rahim ibu kita,Allah telah mengajarkan tehadap diri kita satu sifat iaitu SABAR. Sabar untuk menunggu saat kegembiraan kedua orang suami dan isteri bergelar Ayah dan ibu.

Saat kita lahir, Allah memberikan kasih sayangNYA kepada kita dengan mewakilkan kasih sayangNYA itu kepada kedua orang tua kita.

Seterusnya kita membesar dari merangkak kepada berjalan kepada bercakap dn terus menerus membesar dan menjadi remaja mahupun dewasa. Dan disaat ini dosa telahpun ditaklifkan kepada kita. Dan saat kita telah melakukan dosa, titik hitam melekat pada hati kita. Dengan penuh kasih sayangNYA, Allah cuci dosa kita dengan musibah, penyakit dan perasaan duka cita.
Tengok, bagaimana Allah dengan kasih sayangNYA. Kemudian Allah membayar dukacita kita,musibah yang menimpa dengan bayaran yang terlalu mahal(pengampunan dosa). Kerana apa? kerana mahukan hambanya menikmati syurga yang abadi yang amat mahal tiada tolok bandingannya. Allah SWT berfirman dalam Al-quran :

إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَٲلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَ‌ۚ

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..."

Ingatlah. barang yang mahal mesti dibeli dengan harga yang tinggi (mahal)

Walaupun demikian, manusia memang sentiasa lupa dan lalai terhadap Allah dan seringkali mengulang kesilapan yang lalu. Walaupun dijanjikan dengan Syurga, manusia masih malas untuk beribadah kepada Allah SWT. Lalu dengan sifat maha penyayang Allah SWT Allah manjakan kita pula dengan upah dalam membuat amal makruf dan meninggalkan perkara yang dilarang. Sekiranya kita berbuat kebaikan maka Allah akan memberikan kita dnegan sepuluh kali ganda(10x) pahala dan bagi mereka yang membuat kejahatan, Allah hanya memberi 1 dosa.

Dan begitulah seteusnya manusia sering alpa dan lupa akan upah-upah dan janji yang diberikan Allah kepada kita. Tapi Allah tetap sabar terhadap kejahatan dan kerosakan yang kita lakukan dan terus mengharapkan cinta dari hambanya yang tidak kunjung tiba.

Allah sangat cemburu kepada kita bila cinta dari manusia tidak kunjung tiba. Manusia terus melakukan larangan yng telah Allah beri peringatan dan Allah pula terus bersabar atas kejahatan yang kita lakukan. Yang tidak pernah merindukannya malah lebih teruk tiada perasaan ingin rindu kepada Allah yang telah memberi rezeki yang melimpah ruah kepada kita tanpa meminta wang pada setiap denyutan nadi.

Maha sabar Allah SWT. Walau kita membelakangi cinta Allah, sabar Allah,difitnah dengan mengatakan DIA mempunyai anak dan menyamai dirinya dengan manusia, tapi Allah tetap memberikan rahmat dan rezeki serta keselesaan kepada kita tanpa menarik balik semua pemberianNYA.

Jadi jika seseorang diantara kita semua mempunyai hajat dan kehendak,dan apa yang pastinya hajat kita itu tiada artinya kepada Allah, sedangkan bumi ini Allah mengibaratkan seperti sayap nyamuk, apatah lagi hajat kita yang tidak seberapa itu. Maka Allah amatlah cemburu.

Semasa tekunnya seorang manusia solat hajat kepada Allah dengan berkali-kali, dan berdoa siang dan malam untuk mendapatkan hajatnya, semakin Allah tidak mahu memberikan kepada hamba itu. Seolah-olah Allah berkata : Betapa hebatnya cintamu wahai hambaku kepada apa yang kamu hajati sedangkn cintaku ini kamu memandang biasa.. dan tidak terlintas dihati kamu untuk mencintai aku. .Mengapa hambaku ini tidak mahu untuk mendekati AKU? Dan mengapakah pula hambaku ini tidak meminta supaya didekatkan dirinya kepada AKU?

Jadi apa yang menjadi tujuan kita sebenar ialah mendapat redha Allah dan cinta Allah kepada kita. Solatlah hajat dan berdoalah kerana itu wasilah kita kepada Allah tapi jangan jadikan dia sebagai tujuan utama dan semangat yang teramat sangat untuk memiliki. Lakukan dengan tenang dan santai supaya dengan akan timbul rindu dan cinta kita kepada Allah. Bila cinta berbalas.. segalanya menjadi mudah. Percayalah... ~_^

Monday

PUASA QADA' BERSAMA PUASA ENAM DIBULAN SYAWAL

Seorang wanita bertanya kepada saya masalah puasa Qada' dalam bulan ramadhan..
Ulama berbeza pendapat pasal puasa Qada' bersama puasa enam di bulan syawal.
1)Sebahagian ulama syafie kata ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qada walaupun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya. pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan.
2)Tidak boleh kerana puasa Qada' adalah kerana seseorang itu meninggalkan puasa di bulan ramadhan. Adapun puasa enam kerana dituntut oleh islam selepas bulan ramdhan. Mereka sepakat bahawa menggabungkan niat dibolehkan pada ibadah yang berbentuk alat atau pada ibadah yang ada kaitan.

Sebagai contoh : Misalnya seseorang memasuki masjid lalu menunaikan solat sunat sebelum Zohor dan berniat tahiyyatul masjid sekaligus. Ini kerana solat sunat Tahiyyatul masjid tidak menjadi matlamat tetapi yang jadi matlamat ialah solat yang perlu didirikan apabila masuk masjid. Solat sunat sebelum Zohor pula sememangnya menjadi matlamat kerana ia adalah solat yang ada ganjarannya tersendiri.

Sekiranya kedua-duanya menjadi matlamat maka ia tidak boleh digabungkan. Contohnya mengabungkan antara Qada' subuh dan sunat Dhuha. Qada subuh dituntut kerana meninggalkan solat. Sunat Dhuha pula dituntut kerana masuknya waktu Dhuha.

Dan menurut Zakariya al-Ansari : Kalau dia berpuasa dalam bulan syawal kerana qada puasa Ramadhan atau nazar atau sunat yang lain, jadi dia mendapat pahala sunat Syawwal kerana wujudnya puasa pada enam hari di bulan Syawwal meskipun tidak menyedarinya. Namun, ia tidak mendapat pahala penuh puasa syawwa melainkan dengan niat berpuasa 6 hari Syawwal

Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk dan patuh kepada Allah.

Banyakkanlah amalan dengan memisahkan antara yang wajib dengan yang sunat. Kerana inin lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredaan Tuhannya.

Semoga apa yang saya sampaikan disini dapat memberi sedikit pengajaran serta ikhtibar bagi tatapan kita semua.Kita hanyalah hamba Allah kerdil yang tidak dapat melakukan apa-apa kecuali dengan izin Allah S.W.T..Saya hanya hamba yang tidak terlepas dari sebarang kesalahan dan hina disisinya seta tidak memiliki apa-apa pun.Dan mungkin apa yang saya sampaikan disini tidak tepat dan terdapat beberapa kesalahan..Sekiranya ada saya memohon ada pihak yang memperbetulakn kesilapan penulisan ini yang lari dari Al-Quran dan sunnah serta memohon maaf dan menarik semula apa yang saya sampaikan disini.

Wednesday

Permata Dunia

Wajahmu indah tidak terkata,
bila dipandang terasa cinta,
makin dipandang makin terasa,
dari sahabatmu cinta yang setia,
tiada cinta yang kekal melainkan dariNYA

Melangkah lelah tidak diendah,
setiap perhentian terukir sejarah,
Kasih syg di thaif berbalas darah,
Menahan darah tertitis ke bumi,
Kerana gerunmu ats kemurkaan Allah,
disamping cinta mu kepada umat
dan fikirmu atas maslahat

Zamzam menjadi saksi sucinya hatimu
Tauladan juga hikmah menjadi buru
Agar katamu putus dan pandanganmu telus
Demi kebaikan generasi yg terputus
pada tuhanmu menitip kasih.

Dikau terpilih
Di tujuh angsana menjadi tamu
satu-persatu di persoal dan diseru
menjadi penghulu segala nabi
menjadi pengajar kitab suci
Halus akhlamu tidak teperi
Menjadi pengunjung syurga indah
Menjadi kekasih bertemu jua

Sidratul muntaha kunjungan mulia,
mengundur jibril kerana patuh,
Urusannya terhenti ursanmu tersendiri,
dibiar keseorangan
merempuh cahaya yang terhijab diri

Bila kerinduan sebagai penyuluh,
berada tidak berwaktu,
melangkah tidak bertempat,
mengadap tidak berarah
tibanya saat yang dinanti-nanti,
DIA berkata indah,
DIa berfirman Quddus
Sejuk dadamu merasai dakapannya
engkau ambil tiathNYA
syahdu memandang wajah yang ESA

Sebagai hamba engkau melangkah tinggi
sebagai hamba kau menurun mulia
kerana tiada tuhan hanya yang ESA
Isa diangkat kelangit dikata tuhan
hanya manusia yang suka berpura-pura


(padaMU aku berserah
ARMA308 sebelom tido)

Yang malu dan yang tak tau malu

Assalamu'alaikum semua. Raya syukur terhingga pada Allah kerana masih beri kekuatan untuk meneruskan hidup. Hurm....terus pada point yang saya nak tulis. Kali ni saya nak citer pasal malu. Sekarang ni kita kat mana2 kita boleh tgok org xmalu. Perkara yang patut dimalukan pown mcm biasa dah. Ni semua angkra musuh dalam selimutlah ni. Siapa?? hurm..sapa lagi kalau bukan kalau bukan orang yahudi dan kristian. mereka ni mmg x pueh aty dgn kita selagi kita x masuk agama die. Kalau x masuk pown, ikut agama die pown ok dah.. Eh??yeke yahudi dan nasrani mcm tue?? Of course lah.. Firman Allah berbunyi:

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ
أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ
Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.
[al-Baqarah : 120]

Hah,dah terbukti....semua ni ialah perancangan mereka. Mereka buat semua umat manusia melihat perkara yang hak menjadi bathil,dan sebaliknya... Kalau kita dah dibiasakan dalam kehidupan untuk kata pegang tangan antara lelaki perempuan itu tak aper..riba siket2 tak apa..melakukan zina kerana dharurat itu tak apa..dari kaku menjadi biasa.. Air kene kat batu pown siket2..lama2 lekuk juga kan...

Aplikasi dalam kehidupan boleh kita buat... Ok, kalau kita suh kawan kita duduk depan kita. Kita ambil satu kertas, dan satu pen.. Sebelah kanan pen, sebelah kiri kertas. Kalau kita angkat tgn kanan, suruh die sebut pen, kalau kita angkat tangan kiri suruh die sebut kertas. Mula2 buat pelan2...bila dah agak lama..buat laju2...erm..saya pasti..mesti mudah tuk kawan kita tu untuk sebut.. amik lah dalam masa 10 min..

Lepas tue..cuba silangkan...kalau kita angkat tgn kanan suruh die sebut kertas, kalau kita angkat tangan kiri suruh die sebut pen. Saya rasa mesti agak payah untuk kawan tadi tue nak biasakan pada awalnya. Tapi kalau kita dah biasakan dalam 10 min gak...saya rasa die mesti akan terbiasa dengan sebutan silang, dan boleh menyebutnya dengan lancar.

Macam tu lah aplikasinya dalam kehidupan. Mula perkara bathil ini kita nampak pelik,nampak kaku tuk lakukan pada awalnya.. tapi setelah di eksploitasi oleh golongan laknatullah ni..so,kita pun jadi biasa dan best pulak nak buat.. Erm..bende haram memang sedap tu dilakukan...Tapi ketahuilah semua pembaca... Nak taat..buat amalan..nak istiqamah...memang payah..memang susah.. Tapi luputnya pahala dari melakukan amalam itu lebih payah dan lebih susah.......

Sebab apa ramai kita orang tak malu kat dunia ni.. Sebab bila dah tak ada malu..mereka boleh buat aper jer yang dieorang nak buat. Duduk bercium2 kat taman.. duk sebelah2 kat tempat redup... So, saksikankanlah kebenaran dari hadis nabi Muhammad S.A.W. :

عن ابي مسعود عقبة بن عمر اللأنصاري البدري رضي الله عنه؛ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ؛"ان مما أدرك الناس من الكلام النبوة الاولى , اذا لم تستح فاصنع ما شئت
Maksudnya : Dari Abu MA'ud,Uqbah bun Amru al-Anshori, Al-Badri radhiallau anhu berkata : telah bersabda Rasulullah S.A.W : Di antara sabda para nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai (sehingga kini) ialah : Jika kamu tidak tahu malu, buatlah sesuka hatimu."
[Riwayat Al-Bukhari]

Hadis ni die hadis tegahan yang ada ancaman. Kalau kita tak letak sifat malu pada neraca syari'at pown..kita dapat tau dan kita akui malu satu sifat yang patut ada dalam diri setiap manusia. Malu ni gak lah yang bezakan manusia dengan binatang.. Yeke?? Yelah...xpercaya?? pklah sendiri.. Hidupkan neuron kita yang masih tertido dan terlelap tue..kene banyak berfikir.. baru jadi bijak..

Kita semua masih tak boleh anggap sempurna akhlaq bila malu tak ada dalam diri. Nabi s.a.w bersabda :
الحياء خير كله , الحياء لا يأتي الا بخير
Maksudnya : Sifat malu itu segala-galanya baik. Sifat malu itu mendatangkan yang baik semata-mata.

Tapi malu pown ada kategori jugak. Sebab kita kene jugak kembali kepada syari'at. Malu yang macam mana yang harus dan macam mana pulak yang tak harus. Yelah, sebab bukan semua sifat malu tu dikira baik, ada gak yang tak baik.
Pulak...tadi datangkan hadis kata malu tu datangkan benda baik jer.. macam mana pulak tue?? Ingat..nabi bercakap simple tapi padat dengan maksud.(Jami' kalam). Tak apa.. akan diceritakan malu macam mana yang tak harus pada diri kita ni jaap je lagi...t

Antara beberapa kategori malu mengikut syara'
1)Malu kerana menjaga tertib dan sopan santun
2)Malu kerana mencegah perkara mungkar
3)Malu kerana belajar sesuatu syari'at

Ok..Yang pertama : Malu kerana menjaga tertib dan sopan santun.
Kita sebagai seorang muslim bila bergaul dengan orang ramai kita dituntut untuk menjaga diri dan tata tertib dan adab sopan. Sebab pada masa itulah letaknya budi pekerti dan tinggi rendahnya adab seseorang. Bila orang tak tau malu dalam berkata-kata, bercakap dengan mengeluarkan kata-kata yang keji..maka die akan dipandang rendah dan pribadinya akan dicela. Jangan bergurau senda melainakan pada tempat2 yang tertentu jangan sampai ia mengira semua tempat adalah sama.

Yang kedua : Malu kerana mencegah perkara yang mungkar
Dalam kehidupan kita. mesti kita tak terlepas dari melihat perkara yang mungkar..di tempat kerja,di kampung2..malah dirumah kita sendiri kita boleh melihat perkara yang tidak disukai oleh Allah. Kita disuruh untuk mencegah perbuatan mungkar semampu yang boleh.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :-

“Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu hendaklah diubah dengan lisan, dan jika tidak mampu juga, hendaklah diubah dengan hati. Demikian itu adalah selemah-lemah iman. "

Betapa banyak guru-guru dan orang-orang tua membuat kemungkaran berbanding anak murinya serta anaknya sendiri. Sebab dia cikgu, sebab dia orang lebih tua dari kita maka kita tak layak untuk tegur. Mana boleh macam tue!! Melakukan maksiat ialah dosa antara manusia dengan Allah. Jadi nak tak tak nak kita kene tegur jugak... sebab Allah dah suruh tuk kita menghalang orang2 yang macam ni.. Firman Allah yang berbunyi :

كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ‌ۗ

Maksudnya :
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)
[Al-imran : 110]
Abis bukankan kita dituntut untuk menjaga adab dan tatasusuila pada orang tua?? Ya! benar..Kita memang sangat dituntut untuk berkata yang elok pada orang yang lebih dewasa.
Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'authoriti'. Serahkan sahaja pada pak imam, ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum seperti nabi Muhammad s.a.w. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama.

Yang ketiga : Malu kerana belajar sesuatu hukum syariat
Malu yang tak harus kita buat ialah malu bila nak tanya pasal hukum syara' yang kita sendiri tak tau. Dan dalam perkara macam ni, tak harus untuk kita malu.... Kalau kita tak tau, pergilah bertanya, pasal bila salah dalam urusan agama, maka ianya akan tertolak. Maka sia-sialah amalan kita tadi.

Apa pun malu yang khusus ialah malu kepada Allah. Allah telah menjadikan kita dari tiada kepada ada, dia jugak yg bagi kita semua nikmat yang tak terhingga secara percuma tanpa minta sedikit pun dibayar semula. Jadi, apakah kita ini sebagai manusia yang dibawah kuasanya sesuka hati membuat maksiat sedangkan dia telah memberi nikmat yg pelbagai. Kalau semua manusia tau mengenang budi, dan pandai menghargai anugerah, tentu kita tak kan buat semua perkara itu. Dunia ini akan selamat dari bencana maksiat yang bermaharajalela. Kita akan patuh perintah-NYA tanpa banyak soal. Malah lebih-lebih lagi kalau perintah tu untuk kebaikan diri sendiri, sepatutnya kita semua berlumba-lumba untuk melakukannya dengan segera. Yang baik tak nak buat, yang jahat di kejar-kejarkan, walaupun dikenakan bayaran yang beribu2 sanggup berhempas pulas dan mencari akal untuk melakukannya. Alangkah bodohnya!

Ok lah.. saya tak nak tulis panjang2. tapi saya nak akhiri tulisan ni dengan sebuah hadis yang berbunyi :

استحيوا من الله تعالى حق الحياء؛ قالوا؛ إنا نستحيي والحمدلله، فقال : ليس ذلك ، ولكن الاستحياء من الله حق الحياء ، أن تحفظ الرأس وما وعى، والبطن وما حوى، وأن تذكر الموت والبلى، فمن فعل ذلك فقد استحيى من الله حق الحياء

Maksudnya : menjawab : Alhamdulillah, kita semua bersikap malu kepada Allah ta'ala. Berkata nabi s.a.w : Bukan itu yang aku maksudkan. Tapi malu dengan Allah dengan malu yang hakiki ialah : Bila kamu memeliharaBersikap malulah pada Allah dengan sebenar-benar m malu. Para sahabat kepala dan apa yang didengarnya. kamu memelihara perut dengan apa yang dikandungnya, dan kamu mengingati maut dengan bencananya. maka dia telah malu kepada Allah dengan sebenar2 malu.
[ Riwayat : At-tirmidzi]

Tuesday

Kenapa ea Arak n Babi diharamkan? (siri 2)

Setelah lelaki tadi terangkan dengan semampunya berkaitan dengan arak...kali ni pulka dia ditanya pasal kenapa babi pulak diharamkan... ni adalah sambungan post yang lepas...

Dia : aku tau yang dalam daging anjing ni ada kuman yang susah nak mati, tapi kau penah dengar ker orang mati coz makan babi??

Lelaki : erm..adeh...huhuhu...cuba ko g amik tafsir quran jap..

Dia : ok jap....

Lelaki : Skunk ko g bukk surah Al-Maidah ayat 3. ko baca....tgok..Allah berfirman dlm Al-quran dengan maksud "Telah diharamkan keatas kamu bangkai, darah n daging babi......", ermm..chanteq je Allah susun 3 perkataan tu sebelah2x... Allah haramkan ape...1) bangkai..2)darah 3)daging babi.. pengharaman ketiga2 ni allah letak bersama2..sebelah2 lak tue..

Dia : Apa yg sebelah2??

Lelaki : 2 lah...sebelah bangkai...darah..pas darah...daging babi...dlm satu ayat Allah sebut mengharamkn die..faham x ni???

Dia : erm..yeeeeeeeerrr...erm..sambung r..

Lelaki : Nak sambung r ni...ko yg potong...huhuhu...Ok...mesti ada sebb Allah letak sebelah-seblah n dalam satu ayat Allah haramkan dia..
Tapi ko kne tau..bukn semua dlm agama larangan n suruhan itu mesti ada sebb n hikmah die..

Dia : Maksud ko??

Lelaki : Yelah.. kan ko nak tau sebab apa..kenapa..Allah haramkan kan?? Apa yg aku nak sampaikan kat ko ni...ak nak cakap..ko benornyer ni terlalu memikirkan sesuatu perkara sampai kau x kenal diri ko ni kat dunia ni saper..kita kene beringat..kita ni hanya hamba Allah yg dijadikan kat dunia ni tuk buat mende baik..n tgglkn ap yg dilarang selain berkenal-kenalan antara satu ngn yg len..beribadah dll.. Ok.. 1 soklan tuk ko... ko tau rukun islam n rukun iman??

Dia : Tau r..mende r...ko ingat aku ni apa??kafir??

Lelaki : Haish!! xdelah... aku cuma bertanya...huhu..saje nak bagi iklan jap..hehe..ok2...peace haa...huhu..Ok..klu mcm tu...apa dia takriff iman?? hurm..

Dia : errmm....percaya pada Allah r..tu lah iman..

Lelaki : Ok lah tu..cuma kurang tepat.. Iman ni ialah
apa yang trsemat kat aty, dibenarkan (diucapkan)oleh lidah, dan dilahirkan,(di zahirkan..dijelaskan.dilakukan) dalam tindakan/perbuatan.. sambil diiringin dengan rukun iman yang 6. tak cukup klu ko kate iman itu percaya pada Allah jer. mesti amik semua, pd nabi,kitab,malaikat,hari qiamat, n qada' dan qadaaaarr..hurm...

lelaki td menyambung : jadi bila kita dh beriman,dn ucap kita beriman..n dah zahirkn dlm perbuatan...maka die kene patuh sepenuhnya pd perintah Allah..bila dia dh beriman dah percaya sepenuhnya..maka dia tak perlu lagi sebab ataupun hikmah..cukup dengan menyedari siapa diri dia..n apa itu perintah Allah..

Dia : Aku x faham r..boleh jelaskan lagi??

Lelaki : Ok..xper..aku bagi ko contoh..ha agiblak..hehe

Dia : ????? apa bende 2??

Lelaki : Bahasa arab mesir lah..maksud die (aku akan bagi)

Dia : oo..erm..aper die contohnya?

Lelaki : Kita amik orang2 yg beragama lain..(yg menyekutukn Allah) mcm sami.. Dulu2 lah..klu x silap aku sami budhha kat vietnam..dieorg ni bakar diri dieorg sebab nak tunjuk protesnya pd satu isu yg melanggar kepercayaan dieorng... N klu ko tgok..dlm dunia ni ada sebahagian mende yg kita kene patuh tanpa ditunjuk sebb musabab..contohnyer....mcm..lampu trafik.. ok..cuba ko tgok...lapu die ader warna hijau...kuning..n merah...xyahlh terangkn ea..bukan kelas memandu pown..huhuhu...

Dia : haha..

Lelaki : memasing lampu tu..ada isyarat dia...n bila die tukar warna jer..suma orang akan faham n patuh pada lampu tue..tanpa bnyk soal..

Dia : yekerr....setahu aku lah...lampu isyarat ni perlu dr segi undnag-undang jalan raya..coz xnak ada x-cident?

Lelaki : erm..betol lah tue..tapi tak semua waktu lampu tu diperlukan benornyer..ko bawak kete memalam...kol 2 ker..3 pagi....jalan kan xde kenderaan..kosong..boleh kire r yg jalan pepagi tue.. pastu ko jumpa lampu merah...ko berhenti ker..ko jalan???

Dia : Berenti r...

Lelaki : Adoi...kenapa ko berhentiiii....bukan banyak kenderaan...pown..kan ada lampu ni tuk elak kemalangan macam ko kater td??hehehe...

Dia : Yer r...mana tau ada CCTV ker..coz member aku dulu penah je wat camtu..last2 surat saman sampai..

Lelaki : o0o0oo...CCTV ko kire lak..surat saman sumer..huhu..

Dia : Abis klu aku langgar ko nak bayarkan??

Lelaki : haha..xdenyer... bukan apa..cuba ko fikir semua...pasal lampu trafik td..mula2 ko kate trafik ni undang2 jalan raya bagi elak kemalangan kan?? pastu bila malam pulak ko masih berhenti...walaupun kenderaan xde kat simpang jalan 2.. erm... macam tu jugak lah...dalam hukum hakam ISLAM..adakalanya KAU HARUS MEMATUHI HUKUM-HAKAMNYA sebagai hamba yang mengabdikan diri... Seorang hamba ni nak xnak kene patuh dengan apa yg di perintahkan oleh tuan die...ko tgok dalam askar lak..salah satu trade mark die no question asked. xde..soalan..xde bantahan..tapi manusia dengan Allah yang maha melihat die x hirau sgt berbanding CCTV.. Balasan n azab Allah die x kire sgt berbanding AZAB ALLAH kat ahirat t..pasal x nampak..sebab tu iman tu kene ada..kene latih dari kecikk...iman ni xdapat bro kat pasar...kat bengkel pown xde..

Lelaki td menyambung lagi : mcm raihan nyanyi selalu... " Iman x dapat diwarisi..dari seorang ayah yg bertqwa..ia x dapat dijual beli..ia tiada di tepian pantai.." cewah...hihihi...

samapi sini je perbualan antara 2 orang lelaki tadi n walapun "lelaki" rasa " Dia" masih x berpuas hati...tp mungkin boleh gak terima hujjah si "lelaki"

Semoga apa yang saya sampaikan disini dapat memberi sedikit pengajaran serta ikhtibar bagi tatapan kita semua.Kita hanyalah hamba Allah kerdil yang tidak dapat melakukan apa-apa kecuali dengan izin Allah S.W.T..Saya hanya hamba yang tidak terlepas dari sebarang kesalahan dan hina disisinya seta tidak memiliki apa-apa pun.Dan mungkin apa yang saya sampaikan disini tidak tepat dan terdapat beberapa kesalahan..Sekiranya ada saya memohon ada pihak yang memperbetulakn kesilapan penulisan ini yang lari dari Al-Quran dan sunnah serta memohon maaf dan menarik semula apa yang saya sampaikan disini.



Wednesday

Perkembangan Islam Semenanjung Arab selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.



Jika kita hayati....Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w... telah berkembang secara serius diseluruh dunia. Kerajaan Bani Ummaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah, dan Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan sebagai pewaris kekuatan Islam selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Mereka masih lagi berpegang teguh dengan ajaran Islam dan di zaman mereka ini telah lahir begitu ramai ulama dan cendikiawan yang agung bagi menjalankan amanah Allah dimuka Bumi..... Mereka juga sanggup mempertaruhkan segala yang ada pada diri mereka untuk menegakan kalimah Allah....

Firman Allah yang bermaksud:

“Sedangkan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa, tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang” (QS 2:163)


Dan Allah berfirman lagi

“Hai kaumku, bagaimanakah kamu, aku menyeru kamu kepada keselamatan, tetapi kamu menyeru aku kepada neraka? Kenapa kamu menyeruku supaya kafir kepada Allah dan menyekutukan-Nya dengan apa yang tidak aku ketahui, padahal aku menyeru kamu beriman kepada Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun?” (QS 40:41-42)

sebenarnya dalam Al-Quran banyak menerangkan bahawa erti dua kalimah syahadah adalah bebas dari penyembahan kepada selain Allah, dan sembahan itu hanya untuk Allah..dan disyirikan kepadanya dengan yang lain. itulah petunjuk dalam beragama dan kerana ini.....Allah mengutus para rasul-Nya dan kerana penyebaran syahadah jugak juga Allah menurunkan semua kitab-Nya.



Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.

Khulafa al-Rasyidin

* 632M- Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah ibn Zaid mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan Musailamah al-Kazzab.
* 633M- Pengumpulan Al Quran bermula.
* 634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi
* 635M- Penawanan Madain, ibukota Empayar Parsi Sassanid.
* 636M- Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
* 637M- Mesir ditawan.
* 638M- Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
* 640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
* 644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
* 645M- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
* 646M- Kempen menentang Byzantine.
* 647M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan & diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi Sassanid ditumpaskan.
* 648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
* 656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
* 657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
* 659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
* 661M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Muawiyah mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

Kerajaan Bani Ummaiyyah

* 661M- Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
* 670M- Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul.
* 677M- Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke atas Constantinople.
* 680M- Kematian Muawiyah. Yazid I menaiki takhta. Peristiwa pembunuhan Saidina Hussein.
* 685M- Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
* 700M- Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
* 711M- Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
* 712M- Tentera Ummaiyyah mara ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
* 713M- Penaklukan Multan.
* 716M- Serangan ke atas Constantinople.
* 717M- Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan.
* 725M- Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
* 749M- Kekalahan tentera Ummaiyyah di Kufah, Iraq ditangan tentera Abbasiyyah.
* 750M- Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiyyah. Kejatuhan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

Kerajaan Bani Abbasiyyah

* 752M- Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah.
* 755M- Pemberontakan Abdullah bin Ali. Pembunuhan Abu Muslim.
* 756M- Abd ar-Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani [[Ummaiyyah Sepanyol.
* 763M- Penubuhan kota Baghdad. Kekalahan tentera Abbasiyyah di Sepanyol.
* 786M- Harun al-Rashid menjadi Khalifah.
* 792M- Serangan ke atas selatan Perancis.
* 800M- Kaedah sainstifik dicipta. Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi.
* 805M- Kempen menentang Byzantine. Penawanan Pulau Rhodes dan Cyprus.
* 809M- Kewafatan Harun al-Rashid. Al-Amin dilantik menjadi khalifah.
* 814M- Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma'mun. Al-Amin terbunuh dan Al-Ma'mun menjadi khalifah.
* 1000M- Masjid Besar Cordoba siap dibina.
* 1005M- Multan dan Ghur ditawan.
* 1055M- Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk bermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan Baghdad.
* 1085M- Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol).
* 1091M- Bangsa Norman tawan Sicily, pemerintahan Muslim di sana tamat.
* 1095M- Perang Salib pertama berlaku.
* 1099M- Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua penduduknya.
* 1144M- Nuruddin Zengi tawan Edessa daripada tentera Kristian. Perang Salib kedua berlaku.
* 1187M- Salahuddin Al-Ayubbi tawan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang Salib ketiga berlaku.
* 1194M- Tentera Muslim menawan Delhi, India.
* 1236M- Tentera Kristian tawan Cordoba (di Sepanyol).
* 1258M- Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk terbunuh.Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah-Seljuk.
* 1260M- Kebangkitan Islam. Kerajaan Bani Mamluk di Mesir (merupakan pertahanan Islam yang ketiga terakhir selepas Makkah & Madinah) pimpinan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz menewaskan tentera Mongol di dalam pertempuran di Ain Jalut.

Empayar Turki Uthmaniyyah

* 1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.
* 1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.
* 1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.
* 1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.
* 1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.
* 1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.
* 1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.
* 1453M- Constantinople ditawan oleh tentera Islam pimpinan Sultan Muhammad al-Fatih. Berakhirnya Empayar Byzantine.
* 1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.
* 1526M- Perang Mohacs
* 1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.
* 1571M- Perang Lepanto berlaku.
* 1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV
* 1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
* 1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
* 1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.
* 1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
* 1792M- Perjanjian Jassy.
* 1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".
* 1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
* 1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.
* 1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
* 1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
* 1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.
* 1829M- Perjanjian Adrianople.
* 1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
* 1841M- Konvensyen Selat.
* 1853M- Bermulanya Perang Crimea.
* 1856M- Berakhirnya Perang Crimea.
* 1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
* 1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.
* 1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.
* 1912M- Perang Balkan pertama.
* 1913M- Perang Balkan kedua.
* 1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.
* 1919M- Mustafa Kemal Atatürk mendarat di Samsun.
* 1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.
* 1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.

Sunday

WARKAH UNTUK 'ADAM'



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

“Wahai Adam…”
Adam…maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.Sesugguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam…maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangam kaummu mengatasi kaumku nescaya marahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa, kaumku sendiri rupanya!

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun, jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu, tapi semestinya tidak lebih dari empat pada satu waktu. Tentu engkau lebih tahu dari diriku sendiri.

Adam… bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merungsingkan aku. Tetapi aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Ah…semuanya sudah aku maklumi.

Namun… terasa berat pula untukku nyatakan isi perkara pokoknya…
Adam…aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidikku, kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku, malah untuk memerhati dan mengawasi gerak perilaku aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu, Allah azzawajallah…

Tetapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari landasan yang sepatutnya lebih lurus, jalan yang ditetapkan asalnya Allah mahukan aku tinggal tetap di dalam rumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan patutnya menjadi jejak kaki ini. Jika pun ada, patutnya engkau lebih maklum tentu kerana aku hanya terpaksa, tetapi aku tak lupa untuk menutup seluruh tubuh dan aurat perempuanku, darilah hujung rambut (kalaulah tidak botak), hinggalah hujung kakiku yang ayu. Tetapi…realitinya kini, hawa telah mengada-ngada, telah lebih dari yang sepatutnya!

Adam…mengapa kau hanya membiarkan aku begini? Engkau mahu aku jadi isteri, aku sudah buat. Engkau mahu aku jadi seorang guru, juga aku anggukkan kepala. Engkau lihat, aku telah menjadi ibu dan guru pada anak-anakmu. Engkau suka kan? Tetapi, pada masa yang sama juga, adakah engkau faham, aku telah menjaja diriku ke muka dunia, menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata…padahal engkau hanya mampu duduk goyangkan kaki, sambil menyanyi lagu Mariah Carey lagi. Seronok kan? Engkau lihat, ada antara kaummu yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyinsing peha…seksi kan? Tetapi aku masih baik, masih mahu selamatkan negara kita. Apakah sekarang engkau tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadap perempuan baik seperti aku?

Adam…Marahkah jika ku katakan andainya Hawa terpesong, maka Adam lah puncanya, engkaulah yang patut tanggung! Mengapa begitu Adam?! Ya!! Ramai yang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai mendidik, kononnya kita ni macam orang tak pernah pergi sekolah. Jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar, seolah tak ada sijil universiti lulusan dari Amerika! Adam…kau selalu berkata, hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak suka makan nasihat (sebab kami suka makan coklat ajer), kepala batu (walaupun rambutku pakai syampu sunsilk)!

Pada fikiranku ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu dahulu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Memang engkau bukanlah seorang Nabi, tetapi sedarlah bahawa namamu seorang Lelaki?! Engkau kenal siapa itu lelaki? Kau tanya dirimu, adakah kaum Adam malayani kaum Hawa sama adilnya seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam…kau sebenarnya imam dan tentulah aku menjadi makmumnya. Aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah seorang ketua. Tentu kau suka kan Adam- atau lebih patut ke Hawa memanggil diri Adam sebagai Boss? Kau hanya mampu duduk tersengih. Itu sahajakah yang mampu kau hadiahkan? Ketua-jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal dan aku banyak dilebihkan dengan nafsu.

Akalmu sembilan (9), nafsumu satu (1),…akalku (1), nafsuku beribu! Banyakkan Adam?! Oleh itu, pimpinlah tanganku kerana aku ini seorang yang pelupa, aku juga lalai dan alpa. Aku banyak kekurangan. Sering juga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku mengenai kalimah syahdu dari Tuhan kita agar dapat menjadi terang hidupku ini. Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku, agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah!

Adam…andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan kau saksikan hingga menjadi hancur bila kaummu sendiri yang akan mentertawakanmu, kerana pada masa itu tentu kaum Hawa berpeluang memerintah negara! Malulah engkau Adam! Malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhan kita yang engkau agungkan…jika hari ini kau tidak mampu berganjak, engkau tunggu dan lihatlah…nantazir wa nara…ilal liqa’

Wallahualam…

“Wanita tidak dijadikan daripada kepala untuk disanjung
bukan jua dijadikan daripada kaki untuk ditindas
tetapi wanita dijadikan daripada tulang rusuk kiri lelaki
dekat dengan tangan untuk dilindungi
Dan dekat dengan hati untuk disayangi”

“Wahai Adam…berilah Hawa sedikit kegembiraan
Maka Hawa akan berikan seluruh kesetiannya padamu..
Kegembiraan itu berupa kasih sayang, perhatian, belaian dan kejujuran.
Nescaya kau tidak akan hampa.”


Wednesday

Maulidurasul

Merayakan Peringatan Maulid Nabi

Mengikut Sejarah yang telah dicatatkan,Raja Al-Mudhaffar Abu Sa`id Kaukabri ibn Zainuddin Ali bin Baktakin(l. 549 H. w.630 H.), menurut Imam Al-Suyuthi tercatat sebagai raja pertama yang memperingati hari kelahiran Rasulullah SAW ini dengan perayaan yang meriah luar biasa . Tidak kurang dari 300.000 dinar beliau keluarkan dengan ikhlas untuk bersedekah pada hari peringatan maulid ini. Imam Al-Hafidz Ibnu Wajih menyusun kitab maulid yang berjudul “Al-Tanwir fi Maulidi al-Basyir al-Nadzir”.

Di negeri kita tercinta Malaysia,meskipun tidak dapat disebut sebagai Negara Islam, banyak masyarakat yang merayakannya dan telah menjadi tradisi mereka. Pemerintah pun telah menjadikan peringatan ini salah satu agenda rutin dan acara kenegaraan tahunan yang dihadiri oleh pejabat tinggi negara serta para duta besar negara-negara sahabat berpenduduk Islam. Hari peringatan maulid Nabi telah disamakan dengan hari-hari besar Islam lainnya. Pendapat Ulama bercanggah pendapat mengenai perayaan Maulid Nabi Hukum perayaan maulid telah menjadi topik perdebatan para ulama sejak lama dalam sejarah Islam,antara kalangan yang memperbolehkan dan yang melarangnya karena dianggap bid'ah. Hingga saat ini pun masalah hukum maulid, masih menjadi topik hangat yang diperdebatkan kalangan muslim. Yang ironis, di beberapa lapisan masyarakat muslim saat ini permasalahan peringatan maulid sering dijadikan tema untuk berbeza pendapat yang kurang sihat, dijadikan topik untuk saling membantaht, saling menuduh sesat dan lain sebagainya. Bahkan yang paling sedih, masalah peringatan maulid nabi ini juga menimbulkan kekerasan antara pemeluk Islam di beberapa tempat. Seperti yang terjadi di salah satu kota Pakistan tahun 2006 lalu, peringatan maulid berakhir dengan banjir darah karena dipasang bom oleh kalangan yang tidak menyukai maulid.Wajarkah ini terjadi??

Untuk lebih jelas mengenai duduk persoalan hukum maulid ini, ada baiknya kita kaji balik sejarah pemikiran Islam tentang peringatan maulid ini dari pendapat para ulama terdahulu. Semestinya tulisan ini bukanlah tulisan yang dapat mengumpulkan sejrah yang lengkap,akan tetapi dengan membacanya,secara tak langsung kita akan dapat memahami dan mengathui serta dapat menilai….

Peringatan Maulid Nabi Pendapat Ibnu Taymiyah

Ibnu Taymiyah ada didalam salah satu kitabnya mengatakan: "Rasululullah s.a.w. telah melakukan kejadian-kejadian penting dalam sejarah beliau, seperti khutbah-khutbah dan perjanjian-perjanjian beliau pada hari Badar, Hunain, Khandaq, pembukaan Makkah, Hijrah, Masuk Madinah. Tidak seharusnya hari-hari itu dijadikan hari raya, karena yang melakukan seperti itu adalah umat Nasrani atau Yahudi yang menjadikan semua kejadian Isa hari raya. Hari raya merupakan bagian dari syariat, apa yang disyariatkan itulah yang diikuti, kalau tidak maka telah membuat sesuatu yang baru dalam agama. Maka apa yang dilakukan orang memperingati maulid, antara mengikuti tradisi Nasrani yang memperingati kelahiran Isa, atau karena cinta Rasulullah. Allah mungkin akan memberi pahala atas kecintaan dan ijtihad itu, tapi tidak atas bid'ah dengan menjadikan maulid nabi sebagai hari raya. Orang-orang salaf tidak melakukan itu padahal mereka lebih mencintai rasul".

Namun dalam bagian lain Ibnu Taymiyah menambahkan:"Merayakan maulid dan menjadikannya sebagai kegiatan rutin dalam setahun yang telah dilakukan oleh orang-orang, akan mendapatkan pahala yang besar sebab tujuannya baik dan mengagungkan Rasulullah SAW.

Suatu hari pernah ditanyakan kepada Imam Ahmad tentang tindakan salah seorang pembesar yang menyedekahkan wang 100 dinar untuk membuat mushaf Qur'an, beliau menjawab:"Biarkan saja, itu cara terbaik bagi dia untuk menyedekahkan emasnya". Padahal madzhab Imam Ahmad mengatakan bahwa menghiasi Qur'an hukumnya makruh. Tujuan Imam Ahmad adalah bahwa pekerjaan itu ada maslahah dan ada mafsadahnya pula, maka dimakruhkan, akan tetapi apabila tidak diperbolehkan, mereka itu akan membelanjakan uanngnya untuk kerusakan, seperti membeli buku porno dan lain².

Fahamilah dengan cerdas hakikat agama, lihatlah kemaslahatan dalam setiap pekerjaan dan kerusakannya, sehingga kita mengetahui tingkat kebaikan dan keburukan, sehingga pada saat terdesak kita boleh memilih mana yang terpenting, inilah hakikat ilmu yang diajarkan Rasulullah. Membezakan jenis kebaikan, jenis keburukan dan jenis dalil itu lebih mudah. Sedangkan mengetahui tahap kebaikan, tahap keburukan dan tahap dalil itu ialah pekerjaan para ulama. Ibnu Taymiyah menjelaskan tingkat amal solih itu ada tiga.

Orang yang beribadah dengan ibadah yang mengandung larangan seperti berpuasa lebih sehari tanpa buka (wisal), meninggalkan kenikmatan tertentu (mubah yang tidak dilarang), atau menghidupkan malam tertentu yang tidak perlu dikhususkan seperti malam pertama bulan Rajab, kadang-kadang mereka itu lebih baik dari pada orang pengangguran yang malas beribadah dan melakukan ketaatan dalam agama. Bahkan ramai orang yang membenci amalan-amalan seperti ini, mereka itu pemalas dalam melakukan ibadah, dalam mengamalkan ilmu, beramal solih, tidak menyukai amalan dan sebagainya, tetapi tidak juga meralisasikannya kepada kebaikan. Sentiasa mengatakan diri seseorang itu sesat kerana membuat benda yang tidak disuruh oleh Nabi SAW,akan tetapi dia berkata seperti itu jug adalah bid’ah kerana melarang apa yang nabi tidak pernah larang! Diri manusia itu juga adalah bid’ah kerana manusia itu juga baru! Jika dia mengatakan kita bid’ah dan kita juga mengatakan dia bid’ah,maka bersama melakukan bid’ah. Maka cara yang terbaik ialah senyap sahaja tanpa menuduh manusia lain yang bukan². “Fama jawaabukum,fahua jawaabuna”

Pendapat Ibnu Hajar al-Haithami:

"Bid'ah yang baik itu sunnah dilakukan, begitu juga memperingati hari maulid Rasulullah". Pendapat Abu Shamah (guru Imam Nawawi):"Termasuk yang hal baru yang baik dilakukan pada zaman ini adalah apa yang dilakukan tiap tahun bertepatan pada hari kelahiran Rasulullah s.a.w. dengan memberikan sedekah dan kebaikan, menunjukkan rasa gembira dan bahagia, sesungguhnya itu semua berikut menyantuni fakir miskin adalah tanda kecintaan kepada Rasulullah dan penghormatan kepada beliau, begitu juga merupakan bentuk syukur kepada Allah atas diutusnya Rasulullah s.a.w. kepada seluruh alam semesta". Ibnu Hajar al-Asqolani dalam kitab Fatawa Kubro menjelaskan:"Asal melakukan maulid adalah bid'ah, tidak diriwayatkan dari ulama salaf dalam tiga abad pertama, akan tetapi didalamnya terkandung kebaikan-kebaikan dan juga kesalahan-kesalahan. Barangsiapa melakukan kebaikan di dalamnya dan menjauhi kesalahan-kesalahan, maka ia telah melakukan bid'ah yang baik (bid'ah hasanah). Saya telah melihat landasan yang kuat dalam hadist sahih Bukhari dan Muslim bahwa Rasulullah s.a.w. datang ke Madina, beliau menemukan orang Yahudi berpuasa pada haru Asyura, maka beliau bertanya kepada mereka, dan mereka menjawab:"Itu hari dimana Allah menenggelamkan

Peringatan Maulid Firaun, menyelamatkan Nabi Musa, kami berpuasa untuk mensyukuri itu semua. Dari situ dapat diambil kesimpulan bahwa boleh melakukan syukur pada hari tertentu di situ terjadi nikmat yang besar atau terjadi penyelamatan dari mara bahaya, dan dilakukan itu tiap bertepatan pada hari itu.

Syukur boleh dilakukan dengan berbagai macam ibadah, seperti sujud, puasa, sedekah, membaca al-Qur'an dll. Apa nikmat paling besar selain kehadiran Rasulullah s.a.w. di muka bumi ini. Maka sebaiknya merayakan maulid dengan melakukan syukur berupa membaca Qur'an, memberi makan fakir miskin, menceritakan keutamaan dan kebaikan Rauslullah yang boleh menggerakkan hati untuk berbuat baik dan amal soleh. Adapun yang dilakukan dengan mendengarkan muzik dan memainkan alat muzik, maka hukumnya dikembalikan kepada hukum pekerjaan itu, kalau itu mubah maka hukumnya mubah, kalau itu haram maka hukumnya haram dan kalau itu kurang baik maka begitu seterusnya".

Di dalam Islam, pensyari’atan hukum hanya ada 5. Wajib,sunnah,makruh,haram dan juga mubah. Adakah di dalam Islam terdapat hukum bid’ah? Maka sekiranya tiada,maka manusia itu hanya meletakan sesuatu hukum dengan berlandaskan hawa nafsu mereka sahaja.

Tahukah anda bi’dah yang paling terbesar dan wajib dilakukan?? Tidak lain dan tidak bukan ialah pengumpulan Alquran semasa zaman Saidina Abu Bakar sehingga Saidina Osman dan di musyhafkan pada zaman pemerintahannya serta disatukan bacaannya kerana telah tersebarnya empayar Islam.

Al-Hafidz al-Iraqi mengatakan:"Melakukan perayaan, memberi makan orang disunnahkan tiap waktu, apalagi kalau itu disertai dengan rasa gembira dan senang dengan kahadiran Rasulullah s.a.w. pada hari dan bulan itu. Tidaklah sesuatu yang bid'ah selalu makruh dan dilarang, banyak sekali bid'ah yang disunnahkan dan bahkan diwajibkan". Imam Suyuti berkata: "Menurut saya asal perayaan maulid Nabi SAW, iaitu manusia berkumpul, membaca al-Qur'an dan kisah-kisah teladan Nabi SAW sejak kelahirannya sampai perjalanan hidupnya. Kemudian dihidangkan makanan yang dinikmati bersama, setelah itu mereka pulang. Hanya itu yang dilakukan, tidak lebih. Semua itu tergolong bid'ah hasanah.

Orang yang melakukannya diberi pahala karena mengagungkan derajat Nabi SAW, menampakkan suka cita dan kegembiraan atas kelahiran Nabi Muhamad SAW yang mulia". syeikh Azhar Husnain Muhammad Makhluf mengatakan:"Menghidupkan malam maulid nabi dan malam-malam bulan Rabiul Awal ini adalah dengan memperbanyak zikir kepada Allah, memperbanyak syukur dengan nikmatnikmat yang diturunkan termasuk nikmat dilahirkannya Rasulullah s.a.w. di alam dunia ini. Memperingatinya sebaiknya dengan cara yang santun dan khusyu' dan menjauhi hal-hal yang dilarang agama seperti amalan-amalan bid'ah dan kemungkaran. Dan termasuk cara bersyukur adalah menyantuni orang-orang susah, menjalin silaturrahmi. Cara itu meskipun tidak dilakukan pada zaman Rasulullah s.a.w. dan tidak juga pada masa salaf terdahulu namun baik untuk dilakukan termasuk sunnah hasanah". Seorang ulama Turkmenistan Mubasshir al-Thirazi mengatakan:"Mengadakan perayaan maulid nabi Muhammad s.a.w. saat ini bisa jadi merupakan kewajiban yang harus kita laksanakan, untuk mengkonter perayaan-perayaan kotor yang sekarang ini sangat banyak kita temukan di masyarakat"

Dalil-dalil yang memperbolehkan melakukan perayaan Maulid Nabi s.a.w.

1. Anjuran bergembira atas rahmat dan karunia Allah kepada kita. Allah SWT berfirman: “Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan. QS.Yunus:58. 2. Rasulullah SAW sendiri mensyukuri atas kelahirannya. Dalam sebuah Hadits dinyatakan:

"Dari Abi Qotadah al-Anshori RA sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya mengenai puasa hari senin. Rasulullah SAW menjawab: Pada hari itu aku dilahirkan dan wahyu diturunkan kepadaku". (H.R. Muslim, Abud Dawud, Tirmidzi, Nasa'I, Ibnu Majah, Ahmad, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, Ibnu Abi Syaibah dan Baghawi). 3. Diriwayatkan dari Imam Bukhori bahwa Abu Lahab setiap hari senin diringankan siksanya dengan sebab memerdekakan budak Tsuwaybah sebagai ungkapan kegembiraannya atas kelahiran Rasulullah SAW. Jika Abu Lahab yang non-muslim dan al-Qur'an jelas mencelanya, diringankan siksanya lantaran ungkapan kegembiraan atas kelahiran Rasulullah SAW, maka bagaimana dengan orang yang beragama Islam yang gembira dengan kelahiran Rasulullah SAW.

Kesimpulan Hukum Maulid Melihat dari pendapat-pendapat ulama di atas, dapat disimpulkan bahwa pendapat-pendapat ulama terdahulu meletakan peringatan maulid adalah sebagai berikut:

1. Malarang maulid karena itu termasuk bid'ah dan tidak pernah dilakukan pada zaman ulama solih pertama Islam.

2. Memperbolehkan perayaan maulid Nabi, dengan syarat diisi dengan amalanamalan yang baik, bermanfaat dan berguna bagi masyarakat. Ini merupakan ekspresi syukur terhadap karunia Allah yang paling besar, yaitu kelahiran Nabi Muhammad dan ekspresi kecintaan kepada beliau.

3. Menganjurkan maulid, karena itu merupakan tradisi baik yang telah dilakukan sebagian ulama terdahulu dan untuk mengkonter perayaan-perayaan lain yang tidak Islami.

Jadi masalah maulid ini seperti beberapa masalah agama lainnya, merupakan masalah khilafiyah, yang diperdebatkan hukumnya oleh para ulama sejak dulu. Sebaiknya umat Islam melihatnya dengan sikap toleransi dan saling menghargi mengenai perbedaan pendapat ini. Tidak selayaknya mengklaim paling benar dan tidak selayaknya menuduh salah lainnya.

Bahkan kalau dicermati, sebenarnya pendapat yang melarang dan yang memperbolehkan perayaan maulid tujuannya adalah sama, yaitu sama-sama membela kecintaan mereka kepada Rasulullah s.a.w. Maka sangat disayangkan kalau umat Islam yang sama-sama dengan dalih mencintai Rasulullah s.a.w. tetapi saling hujat dan bahkan saling menyakiti.

Untuk menjaga agar perayaan maulid Nabi tidak melencong dari aturan agama yang benar, sebaiknya perlu diikuti etika-etika berikut:

1. Mengisi dengan bacaan-bacaan shalawat kepada Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman! Bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya". QS. Al-Ahzab:56.

2. Berdzikir dan meningkatkan ibadah kepada Allah. Syekh Husnayn Makhluf berkata: "Perayaan maulid harus dilakukan dengan berdzikir kepada Allah SWT, mensyukuri kenikmatan Allah SWT atas kelahiran Rasulullah SAW, dan dilakukan dengan cara yang sopan, khusyu' serta jauh dari hal-hal yang diharamkan dan bid'ah yang munkar".

3. Membaca sejarah Rasulullah s.a.w. dan menceritakan kebaikan-kebaikan dan keutamaan-keutamaan beliau.

4. Memberi sedekah kepada yang membutuhkan atau fakir miskin.

5. Meningkatkan silaturrahmi.

6. Menunjukkan rasa gembira dan bahagia dengan merasakan senantiasa kehadiran Rasulullah s.a.w. di tengah-tengah kita.

7. Mengadakan pengajian atau majlis ta'lim yang berisi anjuran untuk kebaikan dan mensuri tauladani Rasulullah s.a.w. Jika timbul pertanyaan, perayaan maulid yang datangnya pada bulan Robi'ul Awwal, juga bertepatan dengan bulan wafat Rasulullah SAW, mengapa tidak ada luapan kesedihan atas wafatnya beliau? Imam Suyuthi menjelaskan: "Kelahiran Nabi SAW adalah kenikmatan terbesar untuk kita, sementara wafatnya beliau adalah musibah terbesar atas kita. Sedangkan syariat memerintahkan kita untuk menampakkan rasa syukur atas nikmat dan bersabar serta diam dan merahasiakan atas cobaan yang menimpa. Terbukti agama memerintahkan untuk menyembelih kambing sebagai 'aqiqah pada saat kelahiran anak, dan tidak memerintahkan menyembelih hewan pada saat kematian, maka kaidah syariat menunjukkan bahwa yang baik pada bulan ini adalah menampakkan kegembiraan atas kelahiran Rasulullah SAW bukan menampakkan kesusahan atas musibah yang menimpa".

Oleh karena hakekat dari perayaan maulid adalah luapan rasa syukur serta penghormatan kepada Rasulullah SAW, sudah semestinya tidak dinodai dengan kemungkaran-kemungkaran dalam merayakannya. Seperti bercampurnya laki-laki dan perempuan, tampilnya perempuan di atas pentas dihadapan kaum laki-laki, alat-alat muzik yang diharamkan dan lain-lain. Begitu juga peringatan maulid tidak seharusnya digunakan untuk saling provokasi antara kelompok Islam yang berakhir dengan kekerasan antara kelompok. Jika demikian , maka bukanlah penghormatan yang didapat akan tetapi justru penghinaan kepada Rasulullah SAW.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Nukilan Ini, Jangan Lupa Memberi Sebarang Komen Sebagai Tanda Ingatan Anda