Demi untuk mengembangkan pengaruh mereka ke seluruh dunia, Barat tidak pernah berhenti untuk campurtangan di dalam urusan negara lain, khususnya negara kaum muslimin. Ini dapat dibuktikan di dalam kes terbaru bagaimana British bertindak untuk campurtangan di dalam urusan perundangan di Sudan. Di bawah tekanan daripada Kerajaan British, kerajaan Sudan membebaskan Gillian Gibbon. Gibbon, seorang guru British, yang beberapa hari sebelumnya telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah Sudan kerana menghina Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam dengan memberi nama sejenis teddy bear dengan nama ‘Muhammad’. Mengapa dia dibebaskan? Tanpa ragu-ragu, ianya sudah tentu mempunyai kaitan dengan wujudnya pengaruh Emperialis British di Afrika.
Sebaik sahaja hukuman penjara 15 hari dijatuhkan ke atas Gibbon, pejabat luar negeri British meminta duta Sudan di UK untuk memberi penjelasan berhubung hukuman tersebut. Tindakan pejabat luar negeri itu adalah satu tamparan yang memalukan bagi pihak kedutaan Sudan. Pada masa yang sama, media-media British menyelar Sudan secara khusus. Lebih teruk lagi, umat Islam dan Islam secara umumnya.
Tindakan British mengirim delegasi British ke Sudan untuk mencari jalan penyelesaian kepada kes Gibbon itu mendedahkan bahawa mereka sentiasa bersedia untuk campurtangan. Sebaik sahaja delegasi tersebut disambut oleh Hassan al Bashir, iaitu Presiden Sudan, maka keputusan akhir sudah pun dapat dijangka iaitu hukuman yang dijatuhkan ke atas Gibbon akan dimansuhkan dan dia dibebaskan dengan lebih awal. Amat jelas bahawa pada masa kini wujudnya legasi pemerintahan kolonial seperti Hassan al Bashir yang mudah ‘dijinakkan’ dan kegagalannya untuk memerintah dengan sendiri.
Tindakan campurtangan yang dilakukan oleh pejabat luar Negari di UK itu sebenarnya adalah sama seperti yang dilakukan oleh generasi kolonial mereka yang terdahulu. Iaitu melakukan penjajahan, kolonialism dan peperangan di Sudan pada kurun ke-19 dan kurun ke-20.
Mantan Perdana Menteri UK (1951-1955), Winston Churchill pernah menulis tentang eksploitasi dan kolonialisma negaranya di Sudan di dalam bukunya yang berjudul ‘The River War: An account of the reconquest of Sudan’ di dalam tahun 1899:
“Sungguh dahsyat sumpahan yang Muhammad telah kenakan ke atas pengikutnya. Di samping sifat kefanatikan, iaitu sifat yang bahaya bagi seseorang manusia sebagaimana bahayanya hydrophobia pada seekor anjing, wujud di kalangan pengikutnya sikap tidak kisah dan tidak peduli yang amat menakutkan. Mereka langsung tidak mahu memikirkan persediaan bagi keperluan untuk masa akan datang, sistem pertanian yang kotor dan tidak tidak teratur, aktiviti perdagangan yang lembap, tiada keselamatan harta benda di mana sahaja terdapat para pengikut Muhammad”.
Campurtangan barat ke atas urusan dalam negeri negara lain bukan sahaja terhad kepada kes yang membabitkan Gibbon. Hal yang hampir sama juga pernah berlaku tidak berapa lama dahulu. Barat menganggap bahawa sistem merekalah yang paling tinggi berbanding sistem lain, terutamanya Islam. Pembebasan dua jururawat British daripada penjara Arab Saudi kerana disabitkan kesalahan membunuh rakan sekerja mereka pada lewat tahun 1990-an dan pembatalan hukuman kesalahan murtad yang dikenakan ke atas seorang lelaki muslim yang telah menukar agamanya kepada Kristian oleh rejim Afganistan adalah sekadar dua contoh untuk membuktikan hal di atas. Daripada semua kes itu, ini menunjukkan bahawa tekanan yang dikenakan oleh Barat ke atas pemimpin boneka mereka yang zalim akan berterusan sehinggalah Negara Khilafah ditegakkan.
Lanjutan daripada kes penghinaan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam yang didakwa oleh media British dilakukan di dalam keadaan keliru oleh Gillian Gibbon ini, kaum muslimin tidak perlu memberi hormat atau memandang tinggi kepada kata-kata ataupun slogan daripada Barat tentang hal-hal yang berkaitan dengan kehormatan dan harga diri. Kaum muslimin seharusnya tidak mengendahkan kritikan dan tuduhan Barat ke atas mereka kerana masyarakat Barat sendiri telah hilang kewarasan akal sehingga agama, tuhan dan Nabi Isa (AS) sendiri terlalu kerap dimaki, dijadikan bahan jenaka dan sinis.
Kita mungkin sudah boleh membayangkan bagaimana agaknya reaksi daripada kerajaan British jika undang-undang anti-keganasannya dipertikaikan serta meminta penjelasan kepada tindakan pihak polis British menembak mati orang yang baru disyaki sebagai pengganas serta British diminta untuk mengampunkan dan memberi pembebasan awal kepada beratus-ratus orang yang telah ditangkap tanpa pendakwaan .
Sikap angkuh dan bongkak inilah yang akan menjadi petanda buruk di seluruh bahagian dunia bagi kuasa-kuasa neo-kolonialisma. Barat harus menyedari bahawa, pada ketika ini, seruan kepada kebangkitan politik Islam dan penegakkan semula Khilafah lebih kuat daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Mereka harus juga menyedari bahawa sejarah dunia bukanlah milik Barat, tamadun Barat bukanlah tamadun universal yang berhak memaksa semua negara menerapkannya. Ia merupakan tamadun yang akhirnya akan bertembung dan dihancurkan oleh Islam. Kenyataan Samuel Huntington's akan terus releven sehingga tiba saat yang dijanjikan. Menurutnya:
"Barat menguasai dunia bukanlah disebabkan oleh kehebatan mereka atau idea atau nilai atau agama tetapi mereka menguasai dunia dengan cara menggunakan keganasan yang dirancang. Barat kerap melupakan hal ini tetapi bangsa lain yang dikuasainya tidak akan pernah melupakannya."

No comments:
Post a Comment