Saturday

Zulhijjah


"Labbaik Allahumma labbaik.labbaik kalaa syarikalakalabbaik..innalhamda,wanni'mataa..lakawalmulk..laasyariikalak."

Sungguh merdu alunan nasyid yang saya dengar dalam radio IKIM.fm yang saya letakkan di dalam blog ini ketika saya saya sedang membaca komen di dalam ruangan 'chatting'.Lantas tergerak hati saya untuyk mencari beberapa fakta yang berkaitan dengan musim haji ini bagi tatapan umum.

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu 'Abbas r.a bahawa
Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai
kelebihan
melainkan pada hari-hari ini - iaitu 10 hari Zulhijjah.

Para sahabat baginda bertanya, Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad
pada jalan Allah? Ujar Baginda, Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan
Allah
kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak
membawa pulang apa-apa pun.

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Tiada
suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada
hari-hari
10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha
Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa
baginda s.a.w bersabda, "Seutama-utama hari adalah hari Arafah".

Amalan yang dianjurkan padanya

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan.
Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi
s.a.w.: "Satu
umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara
keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan
syurga".

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya - terutamanya
pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang
terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah
hadis qudsi, "Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia
meninggalkan
keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu".

Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan
(dosa) setahun
yang lalu dan setahun yang mendatang.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang
bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang
termaklum),
hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab
itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari
tersebut
sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,
di antaranya, "Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa
Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)".

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan
baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah
punca
kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala
ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat
sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah
kemungkaran
dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai
oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar
seperti
berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik,
tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda
(kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia
cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang
atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang
dikerjakan
secara berjemaah.

Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu
subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula
pada
waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu
Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya
haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah
Nabi
Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih
anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan
untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w
bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di
kalangan kamu yang
ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya
dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : "Maka
janganlah
dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.

Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka
yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka
yang
telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut
kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya
kepada
penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada
pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan
anak-anaknya
melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika
yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa
helai
rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara
berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya
mendapat pengajaran
daripadanya.

Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan
hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula
dilakukan
padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan
maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab
kepada
terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir,
bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri
kepada-Nya
semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

Peristiwa Sejarah Bulan Zulhijjah

Di sebalik bulan Zulhijjah yang terkenal dengan bulan haji, ia juga
mencatatkan beberapa peristiwa di dalam diari sejarah pembinaan dan
perjuangan umat
Islam. Ia menjadi nadi dan titik-tolak kepada pengukuhan akidah dan
pemantapan sahsiah serta kekuatan ukhwah ummat di dalam meneruskan
perjuangan Baginda
s.a.w. Antara peristiwa tersebut adalah:

1. Nabi Muhammad s.a.w membawa dagangan Khadijah ke negeri Syam, di sana
baginda diberitahu tentang kenabiannya oleh pendita Nasthurah. Ia berlaku
pada
tahun kelima sebelum pelantikan baginda menjadi nabi.

2. Peristiwa Baiah Al-Aqabah (perjanjian setia Al Aqabah) pada tahun ke-13
selepas pelantikan baginda menjadi nabi. Ia disertai oleh 73 orang lelaki
dan
2 orang perempuan dari kaum Aus dan Khazraj.

3. Peperangan As Sawiq pada tahun kedua Hijrah, Nabi s.a.w keluar mengekori
kumpulan Abu Sya'ban yang menceroboh dan memerangi penduduk pinggir kota
Madinah.
Semasa melarikan diri mereka mencampakkan guni-guni gandum yang dibawa bagi
mempercepatkan perjalanan supaya tidak dapat diekori oleh baginda.

4. Pada 7 Zulhijjah tahun kelima Hijrah satu kumpulan tentera Islam dihantar
ke perkampungan Bani Sulaim yang diketuai oleh Ibnu Abi Al 'Arjak.

5. Kelahiran Ibrahim putera Nabi s.a.w pada tahun kelapan Hijrah, ibunya
bernama Mariyah Al Qibtiyah.

6. Pada tahun ke-10 Hijrah, Nabi s.a.w mengerjakan ibadah Haji yang dikenali
dengan Hajjatul Wada'. Di sana baginda menyampaikan amanat-amanatnya yang
kesemuanya
adalah peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.

7. Abu Bakar As Siddiq mengerjakan ibadah Haji bersama umat Islam selepas
kewafatan Nabi s.a.w pada tahun 12 Hijrah.

8. Peperangan Dathin yang dipimpin oleh Umamah Al Bahiliy menentang tentera
Rom, berakhir dengan kemenangan tentera Islam.

9. Kemenangan tentera Islam yang diketuai oleh Yazid bin Abi Sya'ban
menentang tentera Rom yang dikepalai oleh Sarjius di dalam pertempuran Wadi
'Arabah
di Palestin.

10. Pada tahun 23 Hijrah, Khalifah Umar Al Khattab meninggal dunia dibunuh
oleh Abu Lu'luah Al Majusi.

11. Pelantikan Uthman bin 'Affan sebagai khalifah yang dipilih sebulat suara
oleh sebuah majlis Syura yang ditubuhkan oleh Umar Al Khattab sebelum
kematiannya.

12. Pelantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan Uthman bin
Affan pada tahun 35 Hijrah.

13. Kematian Yahya bin Aktham seorang ulama dan panglima tentera Islam pada
tahun 242 Hijrah di Rabdah, sebuah kota di pinggir Madinah semasa berusia 82
tahun, pernah menjadi hakim kota Basrah, kadi besar dan penasihat kerajaan.

Tidak banyak yang dapat diisi diatas kecetekan ilmu dan kekerdilan diri ini.Maka jadilah kita manusia yang bersyukur terhadap Rabbul Jalil.Salam ceria dari sya yang faqir disisi Allah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Nukilan Ini, Jangan Lupa Memberi Sebarang Komen Sebagai Tanda Ingatan Anda