Assalamu’alaikum w.b.t. Segala puji bagi Allah tuhan yang berkuasa atas tiap-tiap sesuatu, Selawat dan salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi rahmat sekelian alam,serta ahli keluarganya dan sahabat dan mereka yang mengikuti sunnahnya.
Adakah anda seorang yang pemalas dan sombong? Dua perkataan yang pelu dijauhkan dari diri seorang yang bergelar pelajar yang akan menjadi pelapis Negara dan harapan bangsa.Bukan apa,malas ini adalah musuh utama manusia untuk bergerak maju dan kehadapan.
Sila genggamkan lima jari anda dan tegakkan jari telunjuk serta bawa kepada dada anda,Ya!anda yang sedang membaca artikel ini dan arahan saya.Ingin saya bertanya kepada anda. Anda seorang yang pemalas dan sombong?Jika tidak perhatikan diri dan sekeliling anda.Anda membaca buku kuliah hari ini? Bersepahkah rumah serta bilik anda? Berbasuhkah pinggan di sinki dapur?Dan setelah di nasihat agar membaca buku mengemas rumah kerana telah tiba giliran anda,tetapi anda tidak laksanakan sambil mengomel sana sini,menyumpah lantas menarik muka. Kiranya ya,pastikan sifat ini dibuang dari hidup anda kerana tidak mungkin hidup anda akan maju,
Ok,sekarang kita lihat diri kita,tidak kira lihat dihadapan cermin,ataupun tundukan kepala dan lihat diri atau tanya pada kawan sambil disusuli satu pertanyaan, “aku ni boleh ke jadi harapan bangsa?bagus ke?”.Tapi ingat ianya mesti dilihat dari sudut mata kita dan orang lain. Dan yang paling penting sekali ialah dari pandangan mata kita sendiri. Pada pandangan mata orang mungkin kita boleh dan ok,siapa berani kata kita tidak ok? Yelah, kerana mereka bukan selalu bersama kita. Baik katalah kita balik dari kuliah pukul 1 petang,pukul 3.30 kelas tafaqquh,habis 5 petang.6-12 malam sahaja waktu berjumpa.Jadi dalam 6 atau 7 jam sahaja waktu bertemu. Itu tidak temasuk yang buat hal masing-masing. Dan lain pula ceritanya yang tidur 1 hari.Di rumah mungkin mereka lihat kita ok,kita bagus kita cemerlang,tapi pada hakikatnya??? Sendiri mahu tahu la.
Kata seorang pakar motivasi di Malaysia,beliau menyatakan bahwa hati manusia ada dua jenis 1). Hati kecil 2). Hati besar.Pernahkah kita tanya pada diri sendiri dan menjawab soalan itu sendiri?Jawablah dengan hati kecil,kerana hati besar selalu berbohong apa yang dinyatakan. Yang cakap besar,perasaan membesar-besar dan berbangga tidak kena tempat itu datang dari hati besar. Dan perasaan sedar diri.serta menerangkan satu keadaan yang betul ialah datangnya dari hati yang kecil.
Dalam hidup ni penuh dengan pujian. Kita puji orang, orang puji kita. Apa rasa anda bila orang lain puji? Dan bila pula anda memuji? Pujian ialah makanan hati. Dan hati yang berbunga ialah bila menerima pujian. Tidak pernah hati berbunga bila dikeji. Kalau keji hati akan jadi ‘bengkek’ (bengkak). Kalau sudah ‘bengkek’ semua perlakun seseorang itu jadi lain macam. Serba tidak kena. Cuba bayangkan anda seorang ketua, orang bawahan anda semua ‘bengkek’ dengan anda. Seperti anda ‘bengkek’ dengan orang lain macam itulah rasanya. ‘bengkek’ itu bagaimana? Ala ….. ‘bengkek’lah.
Berbeza bila dipuji,hati akan jadi lapang dan berputik-putik bunga tumbuh dan mekar. Cuba lihat orang yang berkahwin mahupun bercinta,bila dia memuji orang yang disayang,maka orang yang dipuji itu tadi akan merasa baik. Walaupun pujian itu tidak benar,tapi kerana hatinya berbunga maka ia tetap menerimanya.
Saya pernah dipuji.Anda pernah dipuji?Bila orang puji kita,kita pun ‘kembang’. Berbunga-bunga hati kita dan ada satu perasaan yang jarang timbul dihati sambil mengiakan dengan reaksi muka dan berkata “Eh? Mana ada,biasa-biasa sahaja.” Ada orang puji sebab nak bodek.Mungkin minta belanja di mo’meen ataupun hadhramaut, dan akhirnya kadang-kadang bila dah terhantuk baru sedar, terfikir…… “Mereka ni puji aku ikhlas ke tidak? Sebab apa yang mereka katakana itu tidaklah sama apa yang ada pada diri aku sebenarnya.Aku buat benda itu bukan sengaja. Si anu lebih ‘arif dari aku. Si fulan dan fulanah pun lagi hebat apa yang aku lakukan ini.”
Jadi jangan lah tertipu pada diri sendiri. Tanyalah pada diri sendiri “Kita ni bagus ke? Kita ni boleh ke? Ok ke tidak ok? Jawablah dengan hati yang jujur dan ikhlas.Malas masih lagi berlegar-legar di sekeliling kita. Kebanyakan daripda kita ini, selalu rasa dah rajin. Buat amal sikit dah kata rajin. Baru bangun tahajjud 2-3 kali dah kata hampir dengan Allah. Tapi hakikatnya itu semua adalah tipu helah dari syaitan. Kemudain tangguh sehingga beberapa jangka masa yang agak lama. Kerana apa? Kerana tiada pemangkin yang boleh kita jadikan sumber kekuatan untuk menambah amal dan menjadi rajin. Ketahuilah bahawa melakukan satu amal dengan berjamaah adalah sangat-sangat dituntut dalam Islam. Banyak hadis Nabi yang menyarankan agar bila nak buat sesuatu biarlah dengan berjamaah. Antaranya :
عليكم بالجماعة , فان يد الله مع جماعة , ومن شذّ شذّ في النار
“Keatas kamu semua ialah jamaah, sesungguhnya tangan(kuasa Allah) bersama orang-orang berjamaah. Dan sesiapa yang jauh dan bersendiri makan akan bersendiri di neraka”
Kita berpatah balik kezaman Nabi Musa dan saudaranya Nabi Harun.Kita lihat perbualan mereka yang telah Allah rakamkan di dalam Al-Quran dalam surah Thooha.
“Harun menjawab: Hai putera ibuku janganlah kamu pegang jaggutku dan jangan (pula) kepalaku. Sesungguhnya aku khawatir bahawa kamu akn berkata(kepadaku): Kamu telah memecahkan Bani Israel dan kamu tidak memelihara ummatku”.
Nah,kita lihat dapat lihat bahawa Nabi Harun khawatir akan dikata bahawa yang memecah belahkan umat Nabi Musa.Jadinya,kepentingan berjamaah dan bersatu padu penting di dalam kehidupan.
Sifat sombong serta angkuh juga satu sifat yang tidak perlu ada pada diri kita sebagai seorang pewaris nabi.Betol ke kita pewaris nabi? Tidak percaya? Mari kita lihat hadis nabi ini
ان العلماء ورثة الأنبياء
Kalau kita lihat dari segi sejarah pula ramai yang telah binasa hancur punah sebab sombong mereka itu.Seperti yang saya sarankan tadi supaya berbicara dengan diri sendiri,tanya diri, “Aku ni jenis sombong ke?”. Apakah sebab kita merasa sombong? Mungkin kita rasa kita lebh besar lebih mulia lebih pandai lebih cantik up to date,lebih ibadat dan segalanya lebih.
Para ahli sufi selalu mengingatkan antara satu sama lain. “Sesiapa yang berbangga diri (sombong) nescaya terhijablah dari Allah dan kebanggaan diri itu dapat dijadikan petunjuk darjat seseorang itu. Jika itu yang anda rasa dalam diri anda,maka berwaspada. Kerana iblis dibuang dari tempat yang tiggi ke pada yang hina dina kera keangkuhannya pada Nabi Adam. Lantas tidak taat pada perintah Allah. Lepas itu kita pergi pula pada kisah Qarun. Dia juga dibinasakan kerana bangga diri. Katanya: “Segala kekayaan dan kemewahan yang kumiliki adalah usahaku sendiri.”
Pergi pula pada zaman pemerintahan Fir’aun yang zalim itu. Kita lihat dia membanggakan kekuasaannya. Allah berfirman di dalam al-Quran dengan maksud: “Dan Fir’aun berseru pada kaumnya seraya berkata: Hai kaumku bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaanku dan(bukankah) sungai-sungai yang mengalir dibawahku maka apakah kamu tidak melihatnya?” Punyalah angkuh dan berbau syirik pada Allah katanya itu.
Maka Allah menghapuskan keduanya dalam sekelip mata dengan hina. Tapi iblis masih ada sehinggalah hari kiamat kerana diberikan kesempatan oleh Allah untuk hidup. Jadi sesiapa yang berbangga dan merasa dirinya mulia maka dialah yang berkawan dan ikut tunjuk iblis. Dan jangan pula kita lupa pada kisah raja Namrud, disiksa dan dihina oleh Allah dengan seekor nyamuk sahaja. Jadi kepada anda semua jadilah manusia yang bertaqwa kerana nabi pernah berpesan dengan sabdanya:
اتق الله حيثما كنت وأتبع السئة الحسنة تمحها وخالق الناس بخلق حسن
“Bertaqwalah kepada Allah dimana kamu berada. Susulilah keburukan dengan kebaikan yang akan menghapuskan keburukan itu. Dan bergaulah sesama manusia dengan akhlak yang baik.”
Nah kita sudah membaca hadis nabi dan sudah faham maksudnya. Nabi menyarankan kepada kita agar bertaqwa kepada Allah kerana ia adalah penghimpun segala kebaikan dan pencegah kemungkaran. Allah ada menerangkan di dalam surah an-nahl;128 yang bermaksud:
“ sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan.”
Taqwa adalah kalimah yang jaami’ah dan maani’ah (masukkan segala pengertian kedalamnya dan mengeluarkan segala yang bukan maknanya). Ia merangkumi segala yang dibawa oleh Islam,ibadah mahupun mu’amalah. Dengan demikian taqwa bukanlah sekadar kalimah yang diucapkan tetapi ia adalah suatu amalan dalam taat pada perintah Allah dan menjauhkan segala larangannya. Salafussalih telah menafsirkan pengertian taqwa dengan berkata : “Bahawa Allah ditaati.bukan dimaksiati,selalu diingati tidak dilupai,selalu disyukuri tidak dikhianati. Dengan kesempurnaannya taqwa ialah dengan menjauhkan diri kita dari syubhah yang bercampur haram.
“Barang siapa yang menjauhkan diri dari perkara syubhah maka dia telah membersihkan agama serta kehormatanya.”(Bukhari&muslim).
Akhirnya ingin saya katakana disini alangkah manisnya iman dan taqwa jika dapat dirasai. Pejamkan mata dari mengagumi kebesaran dunia yang sementara. Celikan hati dan rasa kebesaran Allah. Tepuk dada tanya iman. Kalau tanay selera maka slera kita sememangnya tidak pernah cukup. Dan janganlah kita menjadi seorang yang melepaskan ‘dehem’ di halkum. Wassalaaaam.
By: gLlaxoceI_vaLnceU.
No comments:
Post a Comment