Friday

APAKAH SIKSAAN KUBUR ITU WUJUD??

Assalamuialaikum warahmatullahi wabarakatuh. alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya maka sekali lagi saya dapat menulis artikel di dalam blog ini buat sekian kalinya. Dan syukur yang tidak terhingga saya panjatkan kehadrat Allah SWT kerana masih lagi diberi 2 nikmat yang paling besar iaitu Iman dan Islam. Segala puji dan puja saya panjat kepada Allah sahajalah yang menjadikan alam serta mengatur setiap pergerakan ataupun menetapkan sesuatu.

Tiada apa yang ingin saya kata untuk kali ini,walau hakikatnya terlalu banyak untuk saya dan pembaca sekalian berkongsi ilmu untuk dijadikan bekal di perhentian musafir kita. Pejamkan mata sejenak..kosongkan fikiran kita..dan bawalah fikiran dan hati kita serta bawalah 'jasad' kita beterbangan dari tempat duduk anda sekarang ke satu padang pasir yang luas tiada sempadan luasnya. Tempatkan diri kita seorang diri di tengah-tengahnya. Maka itulah kita bagaikan sedang dalam perjalanan di muka bumi ini yang luas menuju kesatu tempat pengakhiran iaitu padang mahsyar yang telah di janjikan Allah. Akan tetapi sebelum itu kita akan berjumpa dengan satu alam yang dinamakan sebagai alam barzakh.


Persoalan hidup dan mati sering menjadi buah mulut masyarakat samada kita menyedarinya atau tidak. Sesungguhnya pancaindera manusia tidak mampu untuk menetapkan hal yang berkaitan hidup dan mati. Kalau ada pun hanya dengan teori. Dan teori biasanya terjadi kesalahan. Salah satunya teori Charles Darwin. Saya tidak mahu berbicara pantang berkaitan kecacatan teori dan pemikiran manusia berasal dari monyet, akan tetapi,saya lebih cenderung untuk memperkatakan berkaitan alam kubur dan kematian.

Pembaca sekalian,ketika ajal semakin hampir,maka mendekatila sakratulmaut. Kemudian,kehidupan yang nikmatnya sementara,berpindah ke alam kubur. Gambaran kehidupan di alam kubur ini amatlah singkat dan akan berakhir apabila datangnya hari kebangkitan. Ianya begitu seketika,bahkan Allah telah memberitahu di dalam Al-quran singkatnya waktu di dalam kubur hanya seperti 'ziarah'. Cuba anda semua membuka Al-quran surah (at-takaathur 1-2) yang bermaksud:

(Bermegah-megah telah melalaikan kamu. Sehingga kamu masuk(ziarah) ke dalam kubur).
Sebagaimana seorang pelancong,dia hanya menziarahi tempat y ditujunya hanya seketika. Maka di dalam kubur ini akan berakhir bila hari kebangkitan menjelma.

Di dalam alam kubur nanti,tiada lagi ketetapan masa untuk semua penghuninya. Sebab itu,walaupun manusia memasuki alam kubur ini sejak awal usia dunia hingga hari qiamat,tidak mustahil dia rasa hanya 1 hari atau setengah hari. Allah memberikan kepada kita semua 1 contoh dari kisah ashabul kahfi yang ditaqdirkan allah tidur selama 309 di dalam gua. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
(dan demikianlah kami bangunkan merekat agar mereka tertanya-tanya di antara mereka sendiri. Bertanyalah salah seorg dari mereka,'sudah berapa lama kamu berada disini?' mereka menjawab ' kami berada disini sehari atau setengah hari.)
Mengapa mereka menjawab 'kami tinggal baru sehari atau setengah hari? Ini kerana ketika mereka memandang wajah dan pakaian,sedikitpun tiada yang brubah. Semuanya sama seperti mula mereka masuk ke gua dan tertidur. Dan kalau terjasi perubahan pada mereka,macam kuku menjadi panjang,rambut dan kening jadi putih,dan muka mereka menjadi tua,pasti mereka tak berkata sedemikian rupa.

Begitulah Allah memberi gambran kehidupan didalam kubur. Manusia akan bangkit denga jasad yang sama seperti mereka dikebumikan. Seorang bayi yang mati tak akan menjadi orang tua yang begitu tua pada saat dibangkitkan dari kubur kerana dimakan usia. Adakah bayi pada zaman mesopotamia bili dibangkitkan akan menjadi rambut dan kuku yang panjang,sudah beruban dan sebagainya? Ini adalah satu gambaran yang tidak tepat. Allah telah menjelaskannya di dalam Al-quran aka hal ini. Allah telah berfirman di dalam Al-quran dengan maksud

(berapa tahunkah kamu tinggal di di bumi? Mereka menjawab 'kami tinggal sehari atau setengah hari,maka tanyalah orang-orang yang menghitung.) almukminun 112-113. Sila rujuk tafsir anda.

Dalam keterangan di atas dapat kita ketahui bahawa di dalam qubur mempunyai undang-undang yang tersendiri. Di sana tiada waktu sehingga manusia terlepas dari undang-undang waktu.

Jadi mungkin anda tertanya-tanya "jika tiada masa masa,bagaimana dengan siksaan kubur?"
Apakah ada?jawabnya tidak ada. Proses penyiksaan terjadi setelah hisab. Akan tetapi di dlm kubur Allah hanya memperlihatkan keacaan di dalam syurga atau neraka. Memperlihatkan keadaan itu adalah agar orang mukmin tahu akn kurnia Allah bahawa dia telah dixelamatkan dari api neraka. Dan begitulah sebaliknya.

Orang mukmin dapat merasakan kurniaan Allah dan rahmatNya. Dan orang kafir mereka amat sengsara. Allah dah merakamkan kesengsaraan orang kafir di dalam kubur dalam Al-quran. Firmannya bermaksud :

"kepada mereka diperlihatkan neraka pada pagi dan petang dan pada hari terjadinya qiamat.(dikatakan pada malaikat : )"masukkanlah fir'aun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat pedih" almukminun 46. anda boleh rujuk tafsir anda.

Tapi dimana keadaan neraka itu diperlihatkan kepada kaum firaun? Apakah ketika mereka di dunia.? Bukan, sebab jika hal demikian rterjadi maka mereka walau sesaat mereka tak akn menyembah firaun,tapi akan membunuhnya dan melemparkannya ke dalam laut. Jadi dimana?akhirat? Semestinya bukan kerana akhirat adalah tempat penyiksaan bagi orang kafir. Jadi dimana tempat diperlihatkan seksaan neraka seperti ayat di atas? Maka di kubur adalah jawapannya. Di dalamnyalah tempat mereka diperlihatkan keganasan api neraka. Mereka melihat pada pagi dan petang. Tapi apa yang di maksudkan pagi dan petang? Telah berkata 'alim 'allamah as-syeikh Prof.Dr.Muhammad Mutawalli Sya'rawi "Tidak ada sesiapa sesiapa yang dapat menjelaskan hal ini. yang jelas hanya ada satu siksaan dalam kubur ialah seksaan dalam bentuk seksa api neraka. Adapun seksaan sebenar akan diterima dia khirat kelak setelah manusia di hisab. Wallahu ta'ala a'laa wa'a'lam.

al-faqir ilalla (adam)-

-dari tafsir Al-fadhil 'allaamah Syekh Sya'rawi-





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Nukilan Ini, Jangan Lupa Memberi Sebarang Komen Sebagai Tanda Ingatan Anda