Friday

Imam yang berkhutbah Jumaat

Bersempena hari Jumaat :

Saya bukanlah org yang bijak dalam menyusun ayat, ataupun petah dalam berkata2. Apatah lagi jika dibandingkan dengan para imam dan ilmuan di Malaysia ni. Tapi saya boleh mendengar dan merasa. Saya adalah masyarakat awam yang datang ke masjid untuk mendengar khutbah. Hari Jumaat kita akan dengar Khutbah yang disampaikan oleh Para Imam di Malaysia. Setiap Masjid cara penyampaiian, intonasi, gaya penyampaian dan sebagainya berbeza2. Ada yang Lantang, ada yang rileks2 je seperti biasa, ada yang hanya menjalankan tugas dengan memebaca teks khutbah.

Kalau di Mesir, penyampaiannya tidak melihat teks. Maka dari situ mungkin senang untuk kita menghayati dan faham kerana ia lahir dari hati menuju ke hati. Ada kepuasan pada pemahaman dan fikiran setiap pendengar. Malaysia ada, tapi tidak semua negeri benarkan macam tu. Dan setiap yang disampaikan adalah apa yang diperlukan oleh masyarakat yang mereka sedang tercari-cari. Setiap kata-kata yang disampaikan seolah-olah yang menyampaikan khutbah sedang berinteraksi dengan kita dengan nada yang sungguh semangat. Dan terus masuk ke dalam lubuk hati.

Seorang yang saya rapat mengomel imam masjidnya membaca khutbah tidak menimbulkan langsung rasa gerun dihati.
"Api neraka itu sangat pedih seksaannya" (intonasi seperti bercakap biasa2).
"Kau bayangkan mir, cakap pasal api neraka, tapi rasa api neraka tu macam tak ada apa2 langsung. Yang sampaikan pun orangnya dah tua. Patutnya yang muda-muda ni kita depankan. Biar suaranya lantang. Baru ada rasa nak dengar."
 

Sebab itu saya katakan, sebahagian mereka ada yang hanya membaca teks khutbah, tapi tidak menyampaikannya dengan  sepenuh hati. Tua ada tidak itu bukan menjadi alasan. Di Mesir yang sampaikannya pun tua-tua, tapi semakin tua semakin berisi dengan ilmu-ilmunya.

Kalau kita tengok, jemaah yang hadir datang ke masjid pada hari jumaat. Masuk je khutbah pertama, ramai yang tido. Khutbah ke-2 masa nak doa baru masing-masing bangun. Sebasululab apa benda mamcam ni terjadi? Sebab tiada feel untuk dengar.

Kalau cerita pasal taqwa dan kejayaan, dieorang dah siap hafal teks yang akan diberitahu.
"Bertaqwalah kamu kepda Allah, dan taatlah kamu dengan Rasulullah dan ulil amr, (orang-orang yang berkuasa dikalangan kamu)". Orang tahuu bertaqwa..taat.. Tapi agak-agak diaorang faham tak apa kaitannya taqwa dan kejayaan? Bagaiman bentuk taqwa? Kejayaan yang macam mana yang akan mereka jumpa kalau mereka bertawa? Bagaimana nak aplikasikan taqwa dalam kehidupan?
 

Jadi jika seorang pengkhutbah yang berjaya, dia akan sampaikan khutbah itu dengan sedikit kelainan. Lahirkan dari hati apa yang nak dia sampaikan kepada masyarakat. Gaya intonasi, gaya teks bahasa jangan terlalu berat untuk mereka dengar atau faham. Berikan idea-idea yang baru, yang fresh, Tapi bukan syok sendiri semasa penyampaian khutbah.

Hari jumaatlah dan masjid adalah hari dan tempat yang paling besar dan hebat. Hari penambahan amalan. Hari ni kita tengok tak kira siapa dia, apa jawatan dia, parti apa, besar mana, hebat mana, semuanya duduk sama rendah datang untuk mendengar ilmu. Jadi dari situlah sebenarnya punca perubahan yang baik untuk dimanfaatkan. Pencetus kepada perubahan untuk mendidik dan menjadikan masyarakat lebih cemerlang dan bersatu dibawah agama Islam.

Jadi jika disekat fungsi masjid dan khutbah kepada satu cabang dan lorong sahaja, sama ke fungsi masjid zaman Rasulullah dan zaman kita ini agaknye ye?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Nukilan Ini, Jangan Lupa Memberi Sebarang Komen Sebagai Tanda Ingatan Anda