Thursday

Kongsi Cerita-cerita 1

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Alhamdulillah, segala puji kepada Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam kepada baginda junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarganya para sahabatnya dan yang mengikuti sunnah bagi dari masa kesemasa hingga hari kiamat.

Lama betul rasanya saya tak update blog saya ni. Hampir setahun agaknya. Ah, entahlah. Kalau dulu semangat nak update mengupdate  nih. Tapi bila dah kat Malaysia ni, makin lama makin malas nak post apa-apa. Tak tau kenapa. Biarkanlah. ;)

Sebenarnya banyak benda yang saya nak tulis, nak kongsikan dan nak cerita dalam blog ni. Tak kesahlah ada orang nak baca ke, tak ada ke. Saya nak tulis jugak. Sebab blog saya yang punya. Hehe.

Eh? rupa-rupanya dah 1tahun 6 bulan dah saya dah balik ke Malaysia, dah 1tahun  3bulan saya bekerja, dan dah 2 bulan dah saya berkahwin. Alhamdulillah dan Alhamdulillah. :D. Kahwin? Haha..cepat-cepatlah kahwin siapa yang belum lagi. INDAH. Dalam pos saya yang lepas ada jugak cerita pasal kenapa perlu kahwin. Klik SINI kalau nak baca. Tak nak baca pon xpe. :D

Alhamdulillah, sah dah jadi suami orang. Ewah.. :P

Tapi belajar dan kerja masing-masing ada cabarannya, kegembiraanya, kesedihannya, dan pelbagai lagi. Belajar sahaja tanpa praktikal dan pengalaman sebenarnya masih lagi belum menguji kematangan apa yang kita belajar. 

Pada 9/1/2012 saya mula bekerja di U PLUS MIND SDN.BHD. Mula-mula tempat saya bekerja dan mencari pengalaman. Akak Indok, Abang Ayie, Mikail (Bos), kak Su dan semuanya memberikan pengajaran yang baik macam mana nak bercakap dengan orang ramai. U PLUS MIND adalah satu syarikat yang menjalankan PENGAKTIFAN OTAK TENGAH yang mana kalau otak tengah ni dah aktif dia akan menjadikan satu keajaiban kepada seseorang tu. 

Bukan senang nak meyakinkan orang , apatah lagi Melayu pasal otak tengah ni.

" Akak, akak percaya tak kalau saya cakap, akak boleh nampak walaupun tutup mata?"
" Yeke? Macam mana tu dik?" balas akak tu ragu-ragu.
" Dengan otak tengah. Akak pernah dengar otak tengah? " soalan yg biasa saya kemukakan pada orang ramai..
"Tak pernah dengar pun."

Saya pun mula lah menerangkan pada orang-orang seperti akak ni apa itu otak tengah sebab tak pernah dengar. Jadi nama manusia, memang perlbagai jenis, pelbagai ragam. Kalau yg memang tak nak dengar apa kita nak terangkan tu, muka mereka akan buat acuh tak acuh jelah. Kalau yg berminat pon ada, tapi akhir sekali ...

"Oklah dik. Nanti saya datang HQ atau call."

Nak berjumpa dengan orang untuk menerangkan sesuatu produk yang kita nak bawa dan nak orang dengar apa yang kita nak sampaikan, kita kene standby dengan beberapa perkara :

1) Keyakinan
2) Kebolehan bercakap
3) Jangan malu-malu untuk bercakap
4) Senyum
5) Mesti ada gurau senda untuk tarik perhatian
6) Tuturcara dan gaya bahasa yang elok
7) Ada bukti / bahan / yang berkaitan dengan apa utk disampaikan.

Berjalan tengah panas, rumah ke rumah, masuk ke pasaraya untuk sebarkan Flyers, letak kat cermin kereta, masukkan pada peti surat, join pameran-pameran, dan macam-macam lagi. Semunya untuk kembangkan apa yang kita nak bawa dan kenalkan pada orang ramai. Pengalaman menjadikan kita lebih dewasa dan luas pemandangan serta akan hadir idea-idea baru camna nak mantapkan lagi apa yang kita nak bawak. Sebab apa saya sanggup buat benda nih.. Sebab saya tau, pengaktifan otak tengah ni memang sangat baik dan sungguh mengujakan, malah sangat baik bagi perkembangan minda anak-anak kita. Saya ulangi. MEMANG SANGAT BAIK UNTUK ANAK-ANAK KITA.

Pameran di Singapore ketika program Lelong di Changi

Selepas beberapa bulan, di U PLUS MIND ada tawaran daripada Masjid Bandar Baru Uda untuk menjadi kerani. Ust Sulaiman, Pengerusi Masjid Bandar Baru Uda telefon saya untuk saya masuk ke sana menjadi kerani. Oleh kerana bidang saya menjurus kepada Agama Islam, dan atas kemahuan Bonda terchentaku yang comel itu nak saya pergi masjid, maka saya telahpun membuat surat untuk berhenti dari U PLUS MIND. Saya pun buatlah surat untuk berhenti kerja di U PLUS MIND. Bila dah siap, saya pun ambil surat tu...

"Tok..tok..tok.." pintu pejabat bos saya diketuk......... (bersambung)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Nukilan Ini, Jangan Lupa Memberi Sebarang Komen Sebagai Tanda Ingatan Anda