Thursday

SETIAP PERKARA BERDASARKAN NIAT

Assalamu'alaikum kepada permbaca sekalian..jika kita berbicara berkenaan niat, maka kita sudah tahu ianya adalah satu perkara yang mencakupi keseluruhan amal perbuatan. Sebagaimana hadith yang begitu masyhur pada kita, dari Umar radhiallahuanhu yang bermaksud :

"Sesunggunya setiap amal perbuatan itu dikira berdasarkan niat, dan sesungguhnya setiap apa yang diniatkan, sesiapa yang berhijrah kerana dunia dan inginkannya, atapun kerana wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu menjadilah apa sebab yang dia hijrahkan"

Al-Imam As-Syafie rahimahullah mengatakan bahawa hadith yang menceritakan berkaitan dengan niat telah merangkumi sebanyak 70 bidang ilmu didalamnya. Ini menandakan bahawa niat itu sangat dititikberatkan di dalam aspek kehidupan yang mana setiap perlakuan mestilah dengan niat. Dan ada juga satu hadith junjungan kita nabi Muhammad SAW yang berbunyi :

إنما يبعث الناس على نيّاتهم
" Sesungguhnya akan dibangkitkan manusia itu mengikut keatas apa yang diniatkan mereka"

Maka atas sebab itu setiap ucapan,perbuatan, dan apa sahaja maka niat itulah yang kita rujuk kembali bagi menentukan samada ianya betul atau salah. Dan kini saya bawa kepada pembaca 1 lagi hadith yang mana ianya sebagai dalil bahawa niat itu adalah lebih diutamakan berbanding amalan. Dari Abi Musa Al-Asy'ari, Nabi Muhammad SAW bersabda :

نية المؤمن خير من عمله
"Niat seorang mukmin itu lebih baik dari amalannya"

Jadi dengan sebab adanya hadith di atas ini ulama berpendapat dengan mengatakan orang mukmin yang beribadah kepada Allah hanya sekejap dan sedikit pd usianya yang singkat, akan tetapi Allah SWT memasukan mereka kedalam syurga selama-lamanya. Kerana apa? Kerana walaupun dia beramal sedikit pada usianya akan tetapi niatnya untuk beriman dengan Allah SWT dan niatnya ingin meneruskan ibadahnya pada Allah SWT menjadikan ianya mendapat tempat di sisi Allah SWT. Akan tetapi jika kita melihat pada orang kafir, mengapakah Allah menjanjikan kekal didalam neraka untuk selama-lamanya? Kerana niatnya ketika pada hayatnya walau seketika untuk mengkufuri Allah dan tidak mahu menghambakan dari pada Allah SWT. Jadi apa yang penting disini ialah niat.

Jadi apa yang telah disebutkan tadi menujukan bahawa SEGALA AMAL PERBUATAN HENDAKLAH DILAKUKAN SEMATA-MATA KERANA ALLAH. Apa yang mesti difahami dengan jelas ialah jika sesuatu perbuatan itu berkaitan dengan ibadah maka niat kerana Allah itu adalah satu rukun untuk menentukan samada amalan itu sah atau batal, diterima atau ditolak. Manakala amalan yang berkaitan sesama makhluq, sepeti munakahat, mu'amalat dan sebagainya ianya menjadi penentu samada ianya MEMPUNYAI NILAI IBADAH ataupun tidak. Wallahu ta'aala a'la wa a'lam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Nukilan Ini, Jangan Lupa Memberi Sebarang Komen Sebagai Tanda Ingatan Anda