Wednesday

Yang malu dan yang tak tau malu

Assalamu'alaikum semua. Raya syukur terhingga pada Allah kerana masih beri kekuatan untuk meneruskan hidup. Hurm....terus pada point yang saya nak tulis. Kali ni saya nak citer pasal malu. Sekarang ni kita kat mana2 kita boleh tgok org xmalu. Perkara yang patut dimalukan pown mcm biasa dah. Ni semua angkra musuh dalam selimutlah ni. Siapa?? hurm..sapa lagi kalau bukan kalau bukan orang yahudi dan kristian. mereka ni mmg x pueh aty dgn kita selagi kita x masuk agama die. Kalau x masuk pown, ikut agama die pown ok dah.. Eh??yeke yahudi dan nasrani mcm tue?? Of course lah.. Firman Allah berbunyi:

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ
أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ
Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.
[al-Baqarah : 120]

Hah,dah terbukti....semua ni ialah perancangan mereka. Mereka buat semua umat manusia melihat perkara yang hak menjadi bathil,dan sebaliknya... Kalau kita dah dibiasakan dalam kehidupan untuk kata pegang tangan antara lelaki perempuan itu tak aper..riba siket2 tak apa..melakukan zina kerana dharurat itu tak apa..dari kaku menjadi biasa.. Air kene kat batu pown siket2..lama2 lekuk juga kan...

Aplikasi dalam kehidupan boleh kita buat... Ok, kalau kita suh kawan kita duduk depan kita. Kita ambil satu kertas, dan satu pen.. Sebelah kanan pen, sebelah kiri kertas. Kalau kita angkat tgn kanan, suruh die sebut pen, kalau kita angkat tangan kiri suruh die sebut kertas. Mula2 buat pelan2...bila dah agak lama..buat laju2...erm..saya pasti..mesti mudah tuk kawan kita tu untuk sebut.. amik lah dalam masa 10 min..

Lepas tue..cuba silangkan...kalau kita angkat tgn kanan suruh die sebut kertas, kalau kita angkat tangan kiri suruh die sebut pen. Saya rasa mesti agak payah untuk kawan tadi tue nak biasakan pada awalnya. Tapi kalau kita dah biasakan dalam 10 min gak...saya rasa die mesti akan terbiasa dengan sebutan silang, dan boleh menyebutnya dengan lancar.

Macam tu lah aplikasinya dalam kehidupan. Mula perkara bathil ini kita nampak pelik,nampak kaku tuk lakukan pada awalnya.. tapi setelah di eksploitasi oleh golongan laknatullah ni..so,kita pun jadi biasa dan best pulak nak buat.. Erm..bende haram memang sedap tu dilakukan...Tapi ketahuilah semua pembaca... Nak taat..buat amalan..nak istiqamah...memang payah..memang susah.. Tapi luputnya pahala dari melakukan amalam itu lebih payah dan lebih susah.......

Sebab apa ramai kita orang tak malu kat dunia ni.. Sebab bila dah tak ada malu..mereka boleh buat aper jer yang dieorang nak buat. Duduk bercium2 kat taman.. duk sebelah2 kat tempat redup... So, saksikankanlah kebenaran dari hadis nabi Muhammad S.A.W. :

عن ابي مسعود عقبة بن عمر اللأنصاري البدري رضي الله عنه؛ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ؛"ان مما أدرك الناس من الكلام النبوة الاولى , اذا لم تستح فاصنع ما شئت
Maksudnya : Dari Abu MA'ud,Uqbah bun Amru al-Anshori, Al-Badri radhiallau anhu berkata : telah bersabda Rasulullah S.A.W : Di antara sabda para nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai (sehingga kini) ialah : Jika kamu tidak tahu malu, buatlah sesuka hatimu."
[Riwayat Al-Bukhari]

Hadis ni die hadis tegahan yang ada ancaman. Kalau kita tak letak sifat malu pada neraca syari'at pown..kita dapat tau dan kita akui malu satu sifat yang patut ada dalam diri setiap manusia. Malu ni gak lah yang bezakan manusia dengan binatang.. Yeke?? Yelah...xpercaya?? pklah sendiri.. Hidupkan neuron kita yang masih tertido dan terlelap tue..kene banyak berfikir.. baru jadi bijak..

Kita semua masih tak boleh anggap sempurna akhlaq bila malu tak ada dalam diri. Nabi s.a.w bersabda :
الحياء خير كله , الحياء لا يأتي الا بخير
Maksudnya : Sifat malu itu segala-galanya baik. Sifat malu itu mendatangkan yang baik semata-mata.

Tapi malu pown ada kategori jugak. Sebab kita kene jugak kembali kepada syari'at. Malu yang macam mana yang harus dan macam mana pulak yang tak harus. Yelah, sebab bukan semua sifat malu tu dikira baik, ada gak yang tak baik.
Pulak...tadi datangkan hadis kata malu tu datangkan benda baik jer.. macam mana pulak tue?? Ingat..nabi bercakap simple tapi padat dengan maksud.(Jami' kalam). Tak apa.. akan diceritakan malu macam mana yang tak harus pada diri kita ni jaap je lagi...t

Antara beberapa kategori malu mengikut syara'
1)Malu kerana menjaga tertib dan sopan santun
2)Malu kerana mencegah perkara mungkar
3)Malu kerana belajar sesuatu syari'at

Ok..Yang pertama : Malu kerana menjaga tertib dan sopan santun.
Kita sebagai seorang muslim bila bergaul dengan orang ramai kita dituntut untuk menjaga diri dan tata tertib dan adab sopan. Sebab pada masa itulah letaknya budi pekerti dan tinggi rendahnya adab seseorang. Bila orang tak tau malu dalam berkata-kata, bercakap dengan mengeluarkan kata-kata yang keji..maka die akan dipandang rendah dan pribadinya akan dicela. Jangan bergurau senda melainakan pada tempat2 yang tertentu jangan sampai ia mengira semua tempat adalah sama.

Yang kedua : Malu kerana mencegah perkara yang mungkar
Dalam kehidupan kita. mesti kita tak terlepas dari melihat perkara yang mungkar..di tempat kerja,di kampung2..malah dirumah kita sendiri kita boleh melihat perkara yang tidak disukai oleh Allah. Kita disuruh untuk mencegah perbuatan mungkar semampu yang boleh.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :-

“Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu hendaklah diubah dengan lisan, dan jika tidak mampu juga, hendaklah diubah dengan hati. Demikian itu adalah selemah-lemah iman. "

Betapa banyak guru-guru dan orang-orang tua membuat kemungkaran berbanding anak murinya serta anaknya sendiri. Sebab dia cikgu, sebab dia orang lebih tua dari kita maka kita tak layak untuk tegur. Mana boleh macam tue!! Melakukan maksiat ialah dosa antara manusia dengan Allah. Jadi nak tak tak nak kita kene tegur jugak... sebab Allah dah suruh tuk kita menghalang orang2 yang macam ni.. Firman Allah yang berbunyi :

كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ‌ۗ

Maksudnya :
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)
[Al-imran : 110]
Abis bukankan kita dituntut untuk menjaga adab dan tatasusuila pada orang tua?? Ya! benar..Kita memang sangat dituntut untuk berkata yang elok pada orang yang lebih dewasa.
Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'authoriti'. Serahkan sahaja pada pak imam, ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum seperti nabi Muhammad s.a.w. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama.

Yang ketiga : Malu kerana belajar sesuatu hukum syariat
Malu yang tak harus kita buat ialah malu bila nak tanya pasal hukum syara' yang kita sendiri tak tau. Dan dalam perkara macam ni, tak harus untuk kita malu.... Kalau kita tak tau, pergilah bertanya, pasal bila salah dalam urusan agama, maka ianya akan tertolak. Maka sia-sialah amalan kita tadi.

Apa pun malu yang khusus ialah malu kepada Allah. Allah telah menjadikan kita dari tiada kepada ada, dia jugak yg bagi kita semua nikmat yang tak terhingga secara percuma tanpa minta sedikit pun dibayar semula. Jadi, apakah kita ini sebagai manusia yang dibawah kuasanya sesuka hati membuat maksiat sedangkan dia telah memberi nikmat yg pelbagai. Kalau semua manusia tau mengenang budi, dan pandai menghargai anugerah, tentu kita tak kan buat semua perkara itu. Dunia ini akan selamat dari bencana maksiat yang bermaharajalela. Kita akan patuh perintah-NYA tanpa banyak soal. Malah lebih-lebih lagi kalau perintah tu untuk kebaikan diri sendiri, sepatutnya kita semua berlumba-lumba untuk melakukannya dengan segera. Yang baik tak nak buat, yang jahat di kejar-kejarkan, walaupun dikenakan bayaran yang beribu2 sanggup berhempas pulas dan mencari akal untuk melakukannya. Alangkah bodohnya!

Ok lah.. saya tak nak tulis panjang2. tapi saya nak akhiri tulisan ni dengan sebuah hadis yang berbunyi :

استحيوا من الله تعالى حق الحياء؛ قالوا؛ إنا نستحيي والحمدلله، فقال : ليس ذلك ، ولكن الاستحياء من الله حق الحياء ، أن تحفظ الرأس وما وعى، والبطن وما حوى، وأن تذكر الموت والبلى، فمن فعل ذلك فقد استحيى من الله حق الحياء

Maksudnya : menjawab : Alhamdulillah, kita semua bersikap malu kepada Allah ta'ala. Berkata nabi s.a.w : Bukan itu yang aku maksudkan. Tapi malu dengan Allah dengan malu yang hakiki ialah : Bila kamu memeliharaBersikap malulah pada Allah dengan sebenar-benar m malu. Para sahabat kepala dan apa yang didengarnya. kamu memelihara perut dengan apa yang dikandungnya, dan kamu mengingati maut dengan bencananya. maka dia telah malu kepada Allah dengan sebenar2 malu.
[ Riwayat : At-tirmidzi]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Nukilan Ini, Jangan Lupa Memberi Sebarang Komen Sebagai Tanda Ingatan Anda