Saturday

serakah yang Menjijikan


Assalamu'alaikum kepada para pembaca sekalin.Alhamdulillah,bersyukur saya kehadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izinnya saya dapat membuat satu lagi artikel bagi mengisi blog saya ni.Selawat dan salam keatas junjungan besar kekasih kami Nabi MUhammad S.A.W,para sahabtat dan ahli keluarganya.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah(yang bermaksud):
"Allah berfirman kepada malaikat sesungguhnya aku ingin menjadikan dibumi ini khalifah.........".Sesungguhnya Allah telah memuliakan manusia berbanding makhluk ciptaan Allah yang lain.Allah berfiman di dlam Al-Quran yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya kami telah memuliakan bani Adam(sekalian manusia)".....

Sebenarnya manusia dijadikan oleh Allah bertujuan mengabdikan diri kepada-NYA yang maha Esa.Terlalu banyak didalam AL-Quran dan juga hadis yang mnyatakan kita sebagai manusia wajib menyembah Allah yang satu.Dan manusia juga dijadikan adalh untuk manusia itu sendiri(menjadi khalifah dimuka bumi).Ianya adalah tidak lain mencegah perkara yang mungkar dan menyeru manusia kepada benda-benda yang ma'ruf(keaikan).Acap kali kita mendengar ayat-ayat seperti ini.Tapi acap kali kita mendengar manusia menjadi semakin bengis,tidak mengenal bagaimana cara yang sewajarnya memilih jalan agar tidak terpesong jauh dari keredhaan Allah.Malah perkara-perkara yang dilalkukan telah menjadikan diri mereka yang 'terlampau' ini menjadi lebih hina dari binatang.

Baru-baru ni saya membaca surat khabar Harian Metro yang bertarik 30/12/2007. Alangkah hinanya perlakuan mereka yang tidak berperikemanusiaan.Menindas wanita yang lemah berbanding mereka sebagai lelaki.Wanita telah dijadikan dari tulang rusuk kiri yang bengkok dan kita sebagai lelaki seharusnya menegakkan mereka.Bukan menjadikan mereka sebagai bahan melepaskan nafus.!!Semua ini berlaku kerana kurangnya iman dan tidak faham konsep iman dan sucinya Islam itu sendiri.Disini saya ada sertakan artikel yang saya copy dari harian metro sebagai renungan kita semua.

KUALA LUMPUR: Dalam tempoh enam jam, 20 lelaki ‘hidung belang’ dilayan dan jika tidak bernasib baik, pulang ke rumah dalam keadaan cedera di mulut dan anggota badan.
Itu yang dilalui Maia, 27, selepas terpaksa menjaja tubuh di beberapa ladang di negara ini sejak tiga bulan lalu.
Maia yang ditemui wartawan Metro Ahad memberitahu dia pada asalnya bekerja sebagai pembantu rumah, tetapi kerana tidak tahan dengan beban kerja termasuk didera majikan, dia melarikan diri.

Katanya, dalam keadaan sehelai sepinggang, menerusi seorang kenalan dia ditawarkan perlindungan oleh seorang lelaki.
“Sehingga hari ini saya tidak tahu siapa sebenarnya lelaki itu. Saya hanya memanggilnya Abang.
“Pada mulanya Abang bersikap baik, tetapi lama kelamaan dia berubah. Dia memberi pilihan sama ada mahu dihantar ke pihak berkuasa negara ini atau melakukan kerja yang mudah tetapi pulangannya lumayan,” katanya.
Oleh kerana tiada pilihan Maia, terpaksa melakukan kerja seperti diarahkan Abang.
“Rupa-rupanya saya perlu menggadai diri. Saya disuruh pergi ke sebuah rumah sewa di Utara dan menetap di situ buat sementara waktu.

“Selang beberapa hari, pada jam 9 malam saya dibawa oleh seorang lelaki tidak dikenali ke sebuah rumah kongsi di sebuah ladang. Di situ beberapa orang lelaki warga asing sudah menunggu dan saya perlu melayan nafsu mereka,” katanya.
Maia berkata, sejak itu hidupnya tidak pernah tenang kerana terpaksa membiarkan tubuhnya diratah orang tidak dikenali.
“Sudah beberapa kali saya melayan sehingga 20 orang. Dari jam 9 malam sehingga 3 pagi mereka bergilir-gilir ‘menggunakan’ saya. Kadangkala saya dicederakan jika tidak mengikut kemahuan mereka,” katanya.
Menurut Maia, dia tidak melakukan pekerjaan itu di satu ladang saja, sebaliknya turut berbuat demikian ladang lain.

“Dalam tempoh seminggu, saya berkejar ke ladang berlainan. Kadangkala ladang kelapa sawit dan kadangkala ladang getah, kebun sayur malah kolam ternakan ikan dan udang juga saya pernah sampai asalkan ada permintaan,” katanya.

Menurut Maia, dia ibarat kain buruk yang boleh diperlakukan sesuka hati kerana tiada siapa mampu membantunya.

“Harga saya ditentukan oleh orang tengah yang mengumpul pelanggan. Saya diberitahu bayaran yang dikenakan adalah antara RM30 hingga RM60 bergantung kepada kehendak pelanggan.
“Ikutkan kepada pendapatan memang lumayan, tetapi semua itu tiada guna kerana hati saya tidak pernah tenang,” katanya.
Maia berkata, di rumah sewa yang didiaminya ada sekurang-kurangnya tiga wanita melakukan pekerjaan sepertinya.
“Kami tidak dipanggil ‘ayam’, sebaliknya ‘burung’ adalah gelaran kami. Di rumah sewa kami ada seorang wanita tua tinggal bersama kami dan dia seperti ‘ketua’ kami,” katanya.
Menurut Maia, mereka tidak tinggal lama di rumah sewa itu kerana setiap minggu akan tiba ‘burung’ baru di rumah berkenaan.

“Dari Utara Semenanjung kami dipindahkan ke Selatan dan melakukan kerja yang sama di beberapa ladang. Kadangkala kami juga di bawa ke rumah kongsi di kilang yang menempatkan pekerja asing,” katanya yang kini kembali ke utara selepas dua hingga tiga minggu berada di selatan.
Maia berkata, dia tidak tahu sampai bila terpaksa melakukan pekerjaan itu kerana tiada peluang untuknya melarikan diri.
“Dulu ketika bekerja sebagai pembantu rumah, bolehlah lari sebab majikan tidak dapat mencari. Kini, saya takut untuk lari kerana abang ugut akan menyusahkan saya jika melarikan diri,” katanya.
Seorang lagi wanita yang mahu dikenali sebagai Suzi, 30, berkata dia melakukan kerja seperti Maia atas dasar sukarela kerana mahu melangsaikan hutang di kampung.
Katanya, dia dibantu seorang rakan yang berpengalaman melakukan pekerjaan itu di negara ini sejak beberapa tahun lalu.

“Ikutkan hati memang teruk menjaja tubuh di ladang. Tempatnya kotor dan pada bila-bila masa boleh mendapat pelanggan yang tidak betul. Bagaimanapun, saya terpaksa kerana dengan cara itu saja saya boleh mendapatkan wang dengan mudah,” katanya yang baru beberapa minggu menjaja diri di negara ini,” katanya.
Suzi yang memulakan kerjanya itu di selatan Semenanjung ditemui ketika singgah di Kuala Lumpur untuk tempoh beberapa hari sebelum kembali ‘beroperasi’ di Utara.
Suzi berkata, sepanjang melakukan pekerjaan itu dia pernah melayan 17 lelaki hanya dalam tempoh 5 jam.
“Lagi ramai pelanggan, lagi banyak wang yang saya dapat kerana menjaja tubuh di ladang bayarannya sedikit iaitu antara RM30 hingga RM50,” katanya.

Menurut Suzi, untuk mendapat pelanggan, orang tengah digunakan.
“Orang tengah itu yang mengumpulkan pelanggan untuk saya. Bukan seorang dua tetapi sekurang-kurangnya 10 orang. Jika lebih lagi bagus.
“Saya hanya berikan orang tengah itu ‘duit kopi’, tetapi jika dia mahu meniduri saya, saya tidak perlu membayar kepadanya,” katanya.
Suzi berkata, dia tetap dibayangi perasaan bimbang melakukan pekerjaan itu kerana banyak risiko yang perlu ditanggung.
“Saya sedar, lama kelamaan saya akan ditangkap juga. Walaupun menggunakan visa pelancong, pihak berkuasa negara ini lebih arif mengenal pasti wanita warga asing yang melacur,” katanya.

>Dalang teliti, bersistem

KUALA LUMPUR: Meskipun beroperasi di ladang dan disifatkan ‘low class’, modus operandi sindiket yang mendalangi kegiatan terbabit teliti dan bersistem.
Sumber berkata, selain dilakukan di lokasi tersembunyi, pelanggan yang tiada wang tunai boleh melanggan menggunakan sistem kredit atau berhutang.
“Pelanggan boleh memotong jumlah perbelanjaan ‘memuaskan nafsu itu daripada gaji bulanan mereka. Tidak hairan pelanggan sentiasa ramai. Saya difahamkan, sindiket terbabit berpakat dengan majikan pekerja ladang supaya membenarkan wang gaji mereka ditolak untuk tujuan itu,” katanya.

Menurut sumber, bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, ‘burung’ yang ditawarkan tidak bekerja secara terus selama seminggu, sebaliknya berehat selang sehari.
“Jika bekerja pada Isnin, Selasa mereka akan bercuti dan begitulah sistem yang digunakan untuk hari seterusnya.
“Stok ‘burung’ yang ada hanya untuk tempoh seminggu hingga dua minggu dan ia akan digantikan dengan ‘burung’ baru.
“Sebab itulah sindiket itu mempunyai ramai pelanggan tetap kerana mereka mampu menyediakan ‘burung’ yang berlainan setiap minggu,” katanya.
Sumber itu berkata, selain menggunakan warga asing tanpa sebarang dokumen, ada juga ‘burung’ yang secara sukarela melakukan pekerjaan itu hanya menggunakan visa pelancong.
“Sebelum tamat tempoh visa itu, mereka akan pulang dan kembali semula ke negara ini pada tempoh tertentu,” katanya.

IMAN adalah satu kekuatan yang sanggup menjaga dan mengawal manusia daripada terjerumus melakukan perbuatan keji. Iman juga sebagai kekuatan yang mendorong manusia melakukan pekerjaan mulia dan terpuji sepanjang hayat. Bertolak dari kekuatan iman inilah terbitnya seruan Allah yang memerintahkan manusia sentiasa berlumba mengerjakan kebaikan di samping menghindari segala kemungkaran. Itulah tuntutan iman secara keseluruhan bagi seseorang yang mengaku beriman. Sekian banyaknya ayat al-Quran menyentuh soal iman yang dihubungkaitkan dengan akhlak atau budi pekerti.

Firman Allah bermaksud:

“Hai orang beriman. Bertakwalah kepada Allah. Hendaklah kamu bersama orang yang benar”. – (At-Taubah: 119)


Baginda sendiri diutus untuk menegakkan akhlak mulia.

Sabdanya: “Sesungguhnya aku diutus hanya untuk menyempurnakan budi pekerti luhur”. – (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi)


Apakah ukuran (piawai) untuk mengatakan budi pekerti itu buruk atau baik?Tidak lain jawapannya ialah wahyu, sunnah dan akal berasaskan kedua-duanya.Bukti wahyu sebagai kayu ukur menilai pekerti buruk atau sebaliknya adalah daripada wahyu juga.

Firman Allah bermaksud: “Kami perintahkan, “Turunlah kamu semua daripadanya (syurga). Selepas itu datang kepadamu hidayah daripada-Ku. Siapa yang mengikut hidayah-Ku itu, mereka tidak berasa ketakutan dan tidak pernah dukacita”. – (Al-Baqarah: 38)


Dengan ini nyata manusia yang mengikut neraca hidayah seperti mana diturunkan Allah tidak akan kecundang dalam hidupnya.Teladan daripada diri Muhammad juga adalah ukuran dalam menilai pekerti baik atau buruk.

Firman Allah: “Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada teladan baik untuk kamu semua”. – (Al-Ahzab: 21)


Pertimbangan akal juga dibenarkan Islam untuk menilai yang baik dan buruk tetapi ia adalah berasaskan pemikiran tidak menyongsang agama. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Agama itu akal, tidak ada agama bagi mereka yang tidak waras akalnya”.

Firman Allah bermaksud: “Sungguh sudah Kami jelaskan kepadamu ayat-ayat (wahyu), supaya dengan ayat itu kamu semua dapat memikir." – (Al-Hadid: 17)


Mengenai akhlak atau budi pekerti ini, orang selalu menilai atau melabel sesuatu perbuatan itu sebagai baik ataupun buruk (jahat). Tidak ada pertengahan antara kedua-duanya.Tidak pernah disebut “si polan itu tidak jahat dan tidak juga baik”.Di dalam Islam dua kategori itu disebut sebagai akhlak mahmudah (mulia) dan akhlak mazmumah (cela).Akhlak mahmudah adalah budi pekerti terpuji. Ulama menyenaraikan segala perbuatan baik yang sunat dan wajib sebagai termasuk dalam akhlak mahmudah.Demikian juga segala perbuatan yang boleh meningkatkan ketakwaan seseorang adalah bersifat mahmudah. Antaranya, ialah melakukan amar makruf dan nahi mungkar, menghubungkan silaturahim, mendamaikan perselisihan, mengukuhkan ukhuwah Islamiah, penyayang, peramah, pemaaf, bertolak ansur, berlemah lembut menjaga kepentingan ramai dan beberapa sifat mulia yang lain.

Akhlak mazmumah pula adalah segala perbuatan yang tidak baik seumpama suka memutuskan silaturahim, tiada perasaan ukhuwah, bengis, ganas, suka memaki hamun, tiada tasamuh (tolak ansur), tidak sabar, dendam, bercakap kotor dan mencarut, fitnah, dusta dan pelbagai perbuatan yang dilarang dalam agama. Dengan huraian ringkas itu, seseorang dapat menilai orang lain sama ada ia mempunyai akhlak Islamiah atau tidak. Seseorang mungkin pada zahirnya nampak hebat dan kononnya berwibawa di dalam hal agama tetapi tingkah laku bersifat cela, dia bukanlah orang terpuji. Kesimpulannya, perbuatan seseorang itu adalah akhlaknya. Jika perbuatannya tidak baik, bermakna akhlaknya cela. Akhlak cela berpunca daripada hilangnya kekuatan iman untuk melawan perkara buruk.

Oleh itu sedarlah wahai bani adam!sesungguhnya kita semua akan di hisab dihadapan Allah S.W.T.Di sana tiada lagi yang dapat menolong melainkan amalan kita didunia.Bersihkanlah hati agar kita menjadi hamba Allah yang di redhai-NYA.Adapun kesempurnaan hati ini terdiri dari 3 perkara:

1) Ilmu pengetahuan agama,seperti mengenal tuhan dengan sifat-sifatnya,mempercayai rasulNYA dan apa yang diutus oleh rasulNYA,serta mengenal dengan hukum hakamnya,dan memahami maksudnya.Juga mengetahui tentang gerak geri hati mengenai kecemasan dan kesusahannya dan kepujian sifat-sifatnya atau keburukannya.

2) Perbuatan,iaitu mengindahkannya dengan sifat-sifat yang terpuji dan menjauhkannya dari sifat yang keji.Mengiringinya ke tingkat-tingkat mendekatkan diri kepada Allah serta meninggikan dari satu darjat dengan darjat yang lain.Mengamalkan perbuatan yang ma'ruf dan mencegah perkara yang mungkar.

3) Keadaan,iaitu sentiasa mengingati kepada Allah S.W.T atau merasakan kehadirannya menurut hal masing-masingdan persediaannya.

Selain itu perkara-perkara yang boleh menyempurnakan hati selain 3 perkara diatas ialah 'tadabbur' (meneliti) makna-makna alquran,mengosongkan hati dari memikir dunia bangun di tengah malam dan beribadah serta memohon dan duduk di majlis-majlis ilmu ataupun duduk bersama-sama dengan orang-orang yang soleh.Meninggalkan perkara yang syubhat kerana perkara yang syubhat akan membawa pada kekerasan hati dan apabila hati kita telah menjadi keras maka hati kita akan menyuruh kita melakukan perkara yang dituntut oleh nafsu.Kemudian ianya akn diterjemah oleh fikiran serta di laksanakan oleh perbuatan dengan hati yang bulat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Nukilan Ini, Jangan Lupa Memberi Sebarang Komen Sebagai Tanda Ingatan Anda