Saturday

Belajar-Belajar

Jam di dinding masih ligat menggerakkan jarum saatnya bagi meneruskan 'tugasan rutin'.Tapi mata dan tangan ini masih ligat dan segar dalam mengkaji lagi bagaimana ingin menggunakan blog dengan tamplete lama.Boleh dikatakan saya seharian dihadapan komputer mahupun laptop kepunyaan kawan-kawan serumah.Bukan ingin mengambil kesempatan,tetapi atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan,saya menangguhkan dahulu pembelian laptop yang amat di inginkan.Setiap kali terbayang ingin memeli laptop di kepala,saya cepat-cepat berkata dalam hati ini"Alah,tak ada laptop pun xkisah mana.Kalau ader laptop pon nanti silap-silap malas nak pergi masjid utuk berjemaah bersama bangsa arab di sini.Bukan senang nak dapat.Kalaulah kat Malaysia,jangan harapah nak dapat orang meng'ameenkan' bacaan fatihah imam dengan kuat.Kalau kat kampung saya tu,paling kuat ameennya hanya 'nojer masjid'(penjaga masjid).Kalau ameennya tu nak kata kuat,orang yang pertama kali datang kemasjid itu akan terkejut dengan bacaan ameennya di dalam solat.Sebenarnya pada saya biasa-biasa sahaja,cuma orang kampung yang sedikit dan 'berat mulut' mereka yang menjadiakn nojer masjid kampung saya itu mendapat pingat.Lagipun study aku belom selesai."

Bercerita tentang tamplete rasa nak menjerit rasanya apabila sudah selesai memahami kod dengan sendirian dan memuat turun kod bagi meringkaskan artikel yang dimuatkan di dalam blog(read more) apabila mendapat tahu tamplete yang saya gunakan tidak menerima kod bagi read more.Ditambah kaki yang tersedia sakit.Entah kenapa tiba-tiba terasa sakit yang teramat sangat.Sudah hampir lima hari termasu hari saya menulis artikel ini.Apa boleh buat inilah namanya ujuan Allah.Di bumi anbia ini perlu banyak bersabar atas setiap apa yang terjadi dalam kehidupan seharian bagi menjana 'booster' dalam diri supaya dapat menjadi motivasi agar menjadi lebih cemerlang di masa depan.

Erm,melayulah katakan.Ada orang kata melayu lemah,lembik,lesu,ikut resam tumbuhan.Pada mulanya sahaja segar.Tapi akhirnya layu....persoalannya.betol ker??Ikut anda ingin mengatakan apa sekalipun pada bangsa sendiri.Tapi pada saya masyarakat lain juga terdapat sedemikian setelah saya bergaul bersama pelbagai masyarakat.Sebelom ke Egypt,saya bergiat aktif di dalam persatuan tae-kwan-do(ITF).Dari ahli,kemudian ke open tournement,pengadil dan menjadi salah seorang jurulatih.Dan dalam masa itu saya bergaul bersama mereka2 yang berbangsa selain bangsa melayu.Cina,India dan kini bangsa arab.Mereka juga ader yang bersifat mengikut resam tumbuhan.Ini berkemungkinan mereka yang bersifat layu ini tidak menghidupkan booster dalam diri mereka (motivasi).Jadi bile benda elektrik takde suis xdapatlah nak gune...bila hp x cas xdapat lah nak sms ngn 'ehem2x' kan?hehehe...ala..Ym ader x?tp klu komputer x cucuh pada tempatnya..susah jugak rasanya.

Rasa itu sahaja celoteh saya kali ni.Ada hal yang lebih penting nak buat ni.Ada masa sentlah komen atau cadangan atau bantu saya dlm hal2 bagi memperbaiki blog saya ni.salam ceria salam ukhuwwah dari saya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Nukilan Ini, Jangan Lupa Memberi Sebarang Komen Sebagai Tanda Ingatan Anda