Saturday
Satu Lagi Ajaran Sesat
Kumpulan itu yang bergerak aktif di sekitar Lembah Klang juga menganggap Malaysia bukan negara Islam, malah mengibaratkan negara ini seperti keadaan Makkah sebelum kedatangan Islam.
Anggota mereka berpegang kepada prinsip mahu menjalankan usaha menegakkan Islam secara sulit dengan menjadikan gerakan mencari pengikut seramai mungkin di negara ini, sebelum melakukan hijrah ke Madinah Baru di Sumatera dan tidak lagi di Arab Saudi.
Kegiatan kumpulan terbabit didedahkan selepas pihak berkuasa menyerbu markas mereka di Ampang, dekat sini, baru-baru ini.
Seramai sembilan pengikut dan lima ‘ketua’ mereka ditahan.
Malah, ketika serbuan, pengikut kumpulan itu berusia 30 hingga 40 tahun mendakwa mereka menghadiri kelas insurans bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.
Sebelum itu, penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengekori pergerakan anggota kumpulan terbabit dari jam 5 pagi sebelum melakukan serbuan kira-kira jam 2 petang.
Pergerakan bagi membawa pengikut baru ke premis terbabit dilakukan secara terancang dengan mengambil mereka di tempat ditetapkan sebelum dipindahkan ke kenderaan lain.
Pengikut juga dipercayai dibawa sebelum Subuh ke markas berkenaan bagi memastikan mereka tidak mengetahui lokasi itu sebelum diberikan tarbiyah songsang secara berterusan.
Kumpulan itu mensasarkan golongan kaya dan terpelajar yang ditemui di kedai kopi dan tepi jalan oleh anggota yang digelar 'penyilah'.
Penyilah yang kononnya memiliki ilmu agama ‘memasukkan jarum’ menceritakan perkara berkaitan Islam sambil merujuk ayat al-Quran yang dihafal dipercayai diselewengkan maksud keseluruhannya.
Perjumpaan di kedai kopi itu akan berterusan beberapa kali sebelum pengikut baru dibawa ke markas terbabit pada waktu Subuh dalam keadaan mata ditutup sebelum dihantar pulang pada waktu malam.
Antara pengikut mereka ialah pegawai kanan syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan institusi kewangan tempatan serta pakar teknologi maklumat.
Operasi kumpulan itu lebih bertumpu di Ampang, Klang, Petaling Jaya dan Sentul yang menjalankan kegiatan itu lebih 10 tahun.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi, yang mendedahkan kegiatan kumpulan itu, berkata mata pengikut ditutup dengan alasan bagi menunjukkan keikhlasan dibawa ke markas itu selain menyedarkan mereka perjuangan tidak boleh dilakukan secara terbuka.
Menurutnya, asas ajaran anggota kumpulan itu lebih menekankan kepada kewujudan manusia, bumi dan al-Quran (MBA) yang diambil pengertiannya dalam surah tertentu al-Quran.
“Apa saja hujah kepada pengikut dan mereka yang diperangkap tidak menyimpang daripada tiga perkara itu.
“Pengikut akan ditarbiah supaya lebih memahami MBA dan mereka diwajibkan membayar RM3,000 kononnya sebagai wang taubat atau wang tebus,” katanya.
Sesi di markas itu dibahagikan lima bahagian dan mereka diajar mengibaratkan rakyat di negara ini seperti labah-labah sering melabuhkan jaring yang tidak kukuh, manakala mereka sendiri dianggap lebah yang hidup bersatu padu.
Antara kesalahan dan penyelewengan yang dilakukan kumpulan itu ialah menafsir al-Quran secara lompat-lompat tanpa mengikut keseluruhan ayat yang sepatutnya.
Mereka memegang istilah solat yang membawa dua pengertian iaitu hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.
“Jadi, apabila kita tanya mereka melakukan solat, mereka mengakui solat menjurus kepada dua pengertian itu,” katanya, semalam.
Mohammed Khusrin berkata, pengikut yang selesai sesi motivasi akan dibawa melawat ‘Madinah Baru’ di Sumatera.
“Pemergian mereka dilakukan secara sulit dari Lembah Klang sebelum dibawa menaiki kenderaan khas ke Johor,” katanya.
Menurutnya, mereka ke Singapura untuk menaiki penerbangan ke Sumatera.
Apa yang menghairankan, mereka tidak menggunakan lapangan terbang di negara ini.
“Saya dimaklum, ‘Madinah Baru’ dalam lokasi begitu luas dilengkapi hotel, ladang pertanian dan sekolah. Apa yang menarik, mereka hanya memakan sumber asli tanpa sebarang bahan kimia. Ia lebih kepada lawatan untuk memperkenalkan diri di situ dan penduduknya,” katanya.
Sumber: http://www.hmetro.com.my/Wednesday/Setempat/20080618095349/Article/index_html
Ulasan Dari petikan diatas:
Dalam pada umat Islam tercari-cari Negara Islam, ada sebahagian dari gerakan Islam yang menyeleweng mengkhususkan suatu tempat sebagai Darul Islam (Madinah Baru dan sebagainya), yang mana kawasan ini didakwa oleh mereka adalah Negara Islam yang mungkin radiusnya tidak sampai 2-3 kilometer persegi. Jika betullah sebagaimana yang dilaporkan, maka akidah dan fahaman gerakan ini perlu dibetulkan semula. Antara fakta yang menarik di sini adalah “Negara Islam” versi mereka ini adalah dihuni oleh pengikut gerakan mereka sahaja dan ia bersifat eksklusif. Negara Islam versi mereka ini juga dirahsiakan dari orang lain, dan setiap orang yang ingin bertaubat perlu membayar RM3,000. Mungkin juga jumlah wang ini digunakan untuk menyeberang ke Sumatera di tempat Negara Islam mereka berada. Banyak lagi perkara lain yang boleh dibincangkan dari segi akidah dan fahaman kumpulan ini sebagaimana dipaparkan, namun kami cuba ketengahkan persoalan Negara Islam, kerana persoalan “Negara Islam” ini kebanyakannya menjadi agenda perjuangan yang sama bagi sesetengah gerakan Islam. Tambahan pula, gerakan ini nampaknya cuba menyelewengkan akidah orang yang diajaknya dengan tujuan akhir untuk di bawa ke “Negara Islam” mereka.
Amat malang bagi umat Islam yang terperangkap dalam penyelewengan akidah seperti ini. Sebagai seorang yang berfikiran sederhana sekalipun, setiap orang akan memahami bahawa Negara Islam yang dibina oleh Rasulullah di Madinah dahulu adalah sebuah negara yang didiami oleh orang Islam dan orang kafir. Orang Islam diajak untuk berhijrah ke sini dan orang kafir sekalipun dibenarkan masuk ke Negara Islam Madinah ini, tanpa perlu menutup mata. Orang kafir dan orang Islam boleh hidup dalam satu negara, dan kerana inilah munculnya istilah kafir zimmi (kafir yang hidup dalam Negara Islam). Inilah yang ditunjukkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah.
Dari segi hijrah pula, kerajaan kufur dan setiap orang kafir yang tinggal di Mekah waktu itu mengetahui bahawa ramai orang Islam telah berhijrah ke Madinah. Saidina Umar al-Khattab, dengan terang-terang membuat perisytiharan bahawa beliau akan berhijrah ke Madinah dan hal ini didiamkan sahaja oleh Rasulullah. Justeru, amat pelik kenapa ‘perjalanan’ ke “Negara Islam” yang di bawa oleh gerakan ini perlu disembunyikan, malah “Negara Islam” itu sendiri pun tersembunyi. Tidak pernah kita temukan dalam nas yang Rasulullah memerintahkan agar Negara Islam disembunyikan. Dan tidak ada juga perintah dari Allah untuk menyembunyikan Negara Islam, sehingga hanya orang-orang tertentu dari kalangan manusia sahaja yang boleh “berada” di Negara Islam ini. Nas manakah yang mereka gunakan?
Jika kita melihat perbincangan imam-imam mazhab sekalipun, ‘Darul Islam’ telah didefinisikan oleh ahli sains politik (ulama) bermazhab Hanafi sebagai,
"Darul Islam adalah negeri yang di dalamnya dilaksanakan hukum-hakam Islam dan keamanan itu berada di tangan orang Islam (autoriti), tanpa melihat apakah penduduknya beragama Islam, zimmi atau campuran. Tidak disyaratkan bahawa penduduk Islam itu adalah Islam kesemuanya"
Syarat utama dikatakan Negara Islam adalah berorientasikan ‘autoriti’ dan ‘perundangan’ di mana:-
1) Hukum-hakam (law/legal rulings) Islam diterapkan di dalam negara;
2) Keamanan (political authority) berada di tangan orang Islam
Darul Islam boleh menjadi Darul Kufur apabila telah zahir di dalamnya hukum-hakam kafir
Imam Al Buijarimi As Syafi'i menyebutkan bahawa,
“Darul Islam adalah negeri yang ditempati kaum Muslimin sekalipun di dalamnya ada orang Kafir Dzimmi (ahlu dzimmah), atau negeri yang dibebaskan dan ditundukkan oleh kaum Muslimin, atau dulu pernah dihuni kaum Muslimin kemudian dikuasai oleh kaum kafi
Syarat Negara Islam berasaskan pandangan negarawan mazhab Syafie, mendefinisikan Negara Islam berorientasikan hak milik tanah;
1) Negeri yang dihuni oleh kaum Muslimin; atau
2) Negeri yang dibuka oleh kaum Muslimin; atau
3) Pernah dihuni oleh kaum Muslimin tapi dirampas oleh kafir. (eg sekarang Singapore, India, Andalusia dsb).
Mazhab Hanafi sebenarnya membincangkan definisi Negara Islam sebagai sebuah autoriti Negara yang kita fahami hari ini, iaitu undang-undang dan jaminan keamanan, manakala Mazhab Syafie membincangkan Negara dalam konteks 'bilad' (negeri/tanah air). Malaysia, Singapura, Sumatera dan Indonesia yang mencakupi Nusantara adalah negeri/tanah air umat Islam, tetapi dari konteks ‘negara’, kesemuanya sekarang adalah negara kufur kerana tidak memenuhi dua kriteria utama iaitu hukum-hakam Islam dan keamanan (kuasa politik) di tangan umat Islam.
Justeru, konsep Madinah Baru yang diperkenalkan di Sumatera itu adalah satu konsep Negara yang menyeleweng dari pandangan Fikih Islam. Negara Islam Madinah yang dibina oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam, adalah bersifat terbuka yang mana warga-negaranya terdiri dari kaum Muslimin, non-Muslim, Ahli kitab iaitu Yahudi dan Nasrani dan terdapat juga kafir musyrik di dalamnya, tidak sebagaimana Negara Islam Madinah Baru yang ada di Sumatera sekarang. Negara Islam yang sebenar adalah Daulah Khliafah, sebuah entiti politik umat Islam yang diwariskan oleh Rasulullah kepada para Khulafa’ Rasyidin dan Daulah Khilafah ini pernah memerintah hampir dua per tiga dunia, tanpa di sembunyikan oleh mana-mana Khalifah di mana-mana zaman sekalipun, dan tanpa perlu masuk ke dalamnya dengan bertutup mata.
Judi Genting Highland itu Halalkah?
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Abdul Aziz berkata, peraduan itu jelas tidak mematuhi hukum syariah dan menggalakkan pembaziran.
"Tidak boleh. Peraduan ini mengandungi unsur judi.
"Kita minta Celcom batalkan peraduan ini. Kalau mahu juga, buat pertandingan lain yang selari dengan hukum syarak,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Semalam, Celcom mengumumkan akan mengadakan pertemuan kali kedua dengan Jakim untuk membincangkan status peraduan 100 hari 100 kereta anjuran syarikat telekomunikasi itu yang didakwa mempunyai unsur perjudian.
Difahamkan Celcom akan membentangkan secara terperinci kesemua butiran peraduan berkenaan di hadapan Panel Syariah Jakim.
Jelas Wan Mohamad, mesyuarat khas panel kajian syariah Jakim hari ini bersetuju untuk memutuskan pertandingan itu jelas menggalakkan pembaziran.
Peraduan 100 hari 100 kereta anjuran Celcom didakwa berunsur perjudian oleh beberapa tokoh agama kerana bayaran perlu dibuat untuk menjawab setiap soalan seperti dalam kegiatan judi nombor ekor.
Peraduan yang bermula 2 Jun lalu dan berakhir 9 September ini menawarkan sebuah kereta setiap hari kepada pemenang yang mengumpul mata tertinggi selepas menjawab soalan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Peraduan berbentuk promosi itu berlangsung selama 100 hari dan dibuka kepada kesemua pelanggan Celcom.
Sumber: Utusan Malaysia 18/06/08
Ulasan saya:
Akhirnya...peraduan Celcom diputuskan sebagai judi. Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Abdul Aziz menjelaskan lagi bahawa, peraduan itu jelas tidak mematuhi hukum syariah dan menggalakkan pembaziran.
Baguslah tu, kalau dah difatwakan ada unsur judi dan tidak mematuhi hukum syarak, mesti dihentikan segera. Namun, sebagai seorang Muslim yang waras, kita tertanya-tanya, habis tu macam mana dengan kedudukan Genting Highland sebagai pusat judi terbesar di Malaysia? Yang ini sah-sah judi!!! Tak difatwakan haram ke? Tak perlu dihentikan ke? Siapa tak tahu yang kat atas bukit tu berapa ramai orang Islam yang mencuba nasib di sana dan yang pastinya, kebanyakannya orang besar-besar. ‘Orang-orang kecil’ tak mampu nak ke sana, hanya mampu berlaga ayam kat kampung sahaja. Jadi, tempat judi yang berprestij seperti Genting Highland tu biasanya hanya menerima tetamu-tetamu besar dan kaya raya sahaja.
Sudah menjadi sikap dan tabiat institusi agama di Malaysia, siapa berani lawan tokeh? Tokeh dah bagi lesen besar yang pusat judi kat atas bukit tu ‘halal’, siapa berani lawan? Hari ini engkau kata tempat tu haram, maka besok tokeh akan kata, engkau haram makan gaji dengan aku! Sanggup tanggung risiko? Maka dalam hati masing-masing akan berkata, “Periuk nasi lagi penting la..., ini mesti dijaga”.
Dengan adanya golongan pemerintah sekular dan 'orang agama' yang mementingkan periuk nasi inilah, menyebabkan wujudnya istilah 'judi halal dan 'judi haram'dalam pemerintahan negara. Judi celcom difatwakan haram, manakala judi Genting Highland masih tetap ‘halal hingga kini. Allah swt berfirman,
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan...” [TMQ al-Ma’idah (5):90]
Apakah kefahaman Jakim tentang ayat ini? Kenapa Jakim berdiam diri dengan perbuatan pemerintah yang 'menghalalkan' judi di Genting Highland (dan juga di kasino-kasino di seluruh negara)? Jika Allah menyatakan bahawa orang yang berjudi adalah najis dan merupakan perbuatan syaithan, apakah pula statusnya pemerintah yang membenarkan perbuatan syaithan ini terus hidup subur di negara ini?
Banyak lagi ayat-ayat yang menunjukkan keharaman judi dan arak samada ia diharamkan secara jelas atau ianya memerlukan kepada Ijma' Ulama mahupun Qias.Sebagai seorang mukmin yang diamanahkan oleh Allah menjadi khalifah di bumi ini sebagai penggerak untuk mentauhidkan Allah dan mentaatinya.
Kalau begini cara 'ulama' serta umara kita menjelaskan hukum dan memimpin yang ini halal yang haram,yang ini tidak berapa haram,yang in baik untuk negara yang ini kurang baik jika dilakukan maka yang akan emnerima bahananya masyarakat yang akan datang.
Mari kita perhatikan hadis nabi yang menjelaskan hala dan haram di bawah ini dengan maksud:
("Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu jelas yang haram itu jelas dan antara keduanya itu terdapat perkara-perkara yang syubhat,ramai dari kalangan manusia yang tidak mengetahuinya.Sesiapa yang menjaga diri dari perkara syubhat maka die telah membersihkan agama dan kehormatannya.Dan sesiapa yang jatuh kedalamnya maka dia akan jatuh ke dalam perkara haram.Seperti penegmabala yang mengembala di kawasan larangan,dibimbangi gembalanya akn meragut makanan dalam kawasan itu.Ketahuilah bahwa setiap raja itu ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah perkara-perkara yang diharamkan.Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging,apabila ia baik,maka baiklah jasad seluruhnya.apabila ia rosak,maka rosaklah jasad seluruhnya.Ketahuilah bahawa ia adalah hati)
Macam Bagus
Assalamu’alaikum w.b.t. Segala puji bagi Allah tuhan yang berkuasa atas tiap-tiap sesuatu, Selawat dan salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi rahmat sekelian alam,serta ahli keluarganya dan sahabat dan mereka yang mengikuti sunnahnya.
Adakah anda seorang yang pemalas dan sombong? Dua perkataan yang pelu dijauhkan dari diri seorang yang bergelar pelajar yang akan menjadi pelapis Negara dan harapan bangsa.Bukan apa,malas ini adalah musuh utama manusia untuk bergerak maju dan kehadapan.
Sila genggamkan lima jari anda dan tegakkan jari telunjuk serta bawa kepada dada anda,Ya!anda yang sedang membaca artikel ini dan arahan saya.Ingin saya bertanya kepada anda. Anda seorang yang pemalas dan sombong?Jika tidak perhatikan diri dan sekeliling anda.Anda membaca buku kuliah hari ini? Bersepahkah rumah serta bilik anda? Berbasuhkah pinggan di sinki dapur?Dan setelah di nasihat agar membaca buku mengemas rumah kerana telah tiba giliran anda,tetapi anda tidak laksanakan sambil mengomel sana sini,menyumpah lantas menarik muka. Kiranya ya,pastikan sifat ini dibuang dari hidup anda kerana tidak mungkin hidup anda akan maju,
Ok,sekarang kita lihat diri kita,tidak kira lihat dihadapan cermin,ataupun tundukan kepala dan lihat diri atau tanya pada kawan sambil disusuli satu pertanyaan, “aku ni boleh ke jadi harapan bangsa?bagus ke?”.Tapi ingat ianya mesti dilihat dari sudut mata kita dan orang lain. Dan yang paling penting sekali ialah dari pandangan mata kita sendiri. Pada pandangan mata orang mungkin kita boleh dan ok,siapa berani kata kita tidak ok? Yelah, kerana mereka bukan selalu bersama kita. Baik katalah kita balik dari kuliah pukul 1 petang,pukul 3.30 kelas tafaqquh,habis 5 petang.6-12 malam sahaja waktu berjumpa.Jadi dalam 6 atau 7 jam sahaja waktu bertemu. Itu tidak temasuk yang buat hal masing-masing. Dan lain pula ceritanya yang tidur 1 hari.Di rumah mungkin mereka lihat kita ok,kita bagus kita cemerlang,tapi pada hakikatnya??? Sendiri mahu tahu la.
Kata seorang pakar motivasi di Malaysia,beliau menyatakan bahwa hati manusia ada dua jenis 1). Hati kecil 2). Hati besar.Pernahkah kita tanya pada diri sendiri dan menjawab soalan itu sendiri?Jawablah dengan hati kecil,kerana hati besar selalu berbohong apa yang dinyatakan. Yang cakap besar,perasaan membesar-besar dan berbangga tidak kena tempat itu datang dari hati besar. Dan perasaan sedar diri.serta menerangkan satu keadaan yang betul ialah datangnya dari hati yang kecil.
Dalam hidup ni penuh dengan pujian. Kita puji orang, orang puji kita. Apa rasa anda bila orang lain puji? Dan bila pula anda memuji? Pujian ialah makanan hati. Dan hati yang berbunga ialah bila menerima pujian. Tidak pernah hati berbunga bila dikeji. Kalau keji hati akan jadi ‘bengkek’ (bengkak). Kalau sudah ‘bengkek’ semua perlakun seseorang itu jadi lain macam. Serba tidak kena. Cuba bayangkan anda seorang ketua, orang bawahan anda semua ‘bengkek’ dengan anda. Seperti anda ‘bengkek’ dengan orang lain macam itulah rasanya. ‘bengkek’ itu bagaimana? Ala ….. ‘bengkek’lah.
Berbeza bila dipuji,hati akan jadi lapang dan berputik-putik bunga tumbuh dan mekar. Cuba lihat orang yang berkahwin mahupun bercinta,bila dia memuji orang yang disayang,maka orang yang dipuji itu tadi akan merasa baik. Walaupun pujian itu tidak benar,tapi kerana hatinya berbunga maka ia tetap menerimanya.
Saya pernah dipuji.Anda pernah dipuji?Bila orang puji kita,kita pun ‘kembang’. Berbunga-bunga hati kita dan ada satu perasaan yang jarang timbul dihati sambil mengiakan dengan reaksi muka dan berkata “Eh? Mana ada,biasa-biasa sahaja.” Ada orang puji sebab nak bodek.Mungkin minta belanja di mo’meen ataupun hadhramaut, dan akhirnya kadang-kadang bila dah terhantuk baru sedar, terfikir…… “Mereka ni puji aku ikhlas ke tidak? Sebab apa yang mereka katakana itu tidaklah sama apa yang ada pada diri aku sebenarnya.Aku buat benda itu bukan sengaja. Si anu lebih ‘arif dari aku. Si fulan dan fulanah pun lagi hebat apa yang aku lakukan ini.”
Jadi jangan lah tertipu pada diri sendiri. Tanyalah pada diri sendiri “Kita ni bagus ke? Kita ni boleh ke? Ok ke tidak ok? Jawablah dengan hati yang jujur dan ikhlas.Malas masih lagi berlegar-legar di sekeliling kita. Kebanyakan daripda kita ini, selalu rasa dah rajin. Buat amal sikit dah kata rajin. Baru bangun tahajjud 2-3 kali dah kata hampir dengan Allah. Tapi hakikatnya itu semua adalah tipu helah dari syaitan. Kemudain tangguh sehingga beberapa jangka masa yang agak lama. Kerana apa? Kerana tiada pemangkin yang boleh kita jadikan sumber kekuatan untuk menambah amal dan menjadi rajin. Ketahuilah bahawa melakukan satu amal dengan berjamaah adalah sangat-sangat dituntut dalam Islam. Banyak hadis Nabi yang menyarankan agar bila nak buat sesuatu biarlah dengan berjamaah. Antaranya :
عليكم بالجماعة , فان يد الله مع جماعة , ومن شذّ شذّ في النار
“Keatas kamu semua ialah jamaah, sesungguhnya tangan(kuasa Allah) bersama orang-orang berjamaah. Dan sesiapa yang jauh dan bersendiri makan akan bersendiri di neraka”
Kita berpatah balik kezaman Nabi Musa dan saudaranya Nabi Harun.Kita lihat perbualan mereka yang telah Allah rakamkan di dalam Al-Quran dalam surah Thooha.
“Harun menjawab: Hai putera ibuku janganlah kamu pegang jaggutku dan jangan (pula) kepalaku. Sesungguhnya aku khawatir bahawa kamu akn berkata(kepadaku): Kamu telah memecahkan Bani Israel dan kamu tidak memelihara ummatku”.
Nah,kita lihat dapat lihat bahawa Nabi Harun khawatir akan dikata bahawa yang memecah belahkan umat Nabi Musa.Jadinya,kepentingan berjamaah dan bersatu padu penting di dalam kehidupan.
Sifat sombong serta angkuh juga satu sifat yang tidak perlu ada pada diri kita sebagai seorang pewaris nabi.Betol ke kita pewaris nabi? Tidak percaya? Mari kita lihat hadis nabi ini
ان العلماء ورثة الأنبياء
Kalau kita lihat dari segi sejarah pula ramai yang telah binasa hancur punah sebab sombong mereka itu.Seperti yang saya sarankan tadi supaya berbicara dengan diri sendiri,tanya diri, “Aku ni jenis sombong ke?”. Apakah sebab kita merasa sombong? Mungkin kita rasa kita lebh besar lebih mulia lebih pandai lebih cantik up to date,lebih ibadat dan segalanya lebih.
Para ahli sufi selalu mengingatkan antara satu sama lain. “Sesiapa yang berbangga diri (sombong) nescaya terhijablah dari Allah dan kebanggaan diri itu dapat dijadikan petunjuk darjat seseorang itu. Jika itu yang anda rasa dalam diri anda,maka berwaspada. Kerana iblis dibuang dari tempat yang tiggi ke pada yang hina dina kera keangkuhannya pada Nabi Adam. Lantas tidak taat pada perintah Allah. Lepas itu kita pergi pula pada kisah Qarun. Dia juga dibinasakan kerana bangga diri. Katanya: “Segala kekayaan dan kemewahan yang kumiliki adalah usahaku sendiri.”
Pergi pula pada zaman pemerintahan Fir’aun yang zalim itu. Kita lihat dia membanggakan kekuasaannya. Allah berfirman di dalam al-Quran dengan maksud: “Dan Fir’aun berseru pada kaumnya seraya berkata: Hai kaumku bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaanku dan(bukankah) sungai-sungai yang mengalir dibawahku maka apakah kamu tidak melihatnya?” Punyalah angkuh dan berbau syirik pada Allah katanya itu.
Maka Allah menghapuskan keduanya dalam sekelip mata dengan hina. Tapi iblis masih ada sehinggalah hari kiamat kerana diberikan kesempatan oleh Allah untuk hidup. Jadi sesiapa yang berbangga dan merasa dirinya mulia maka dialah yang berkawan dan ikut tunjuk iblis. Dan jangan pula kita lupa pada kisah raja Namrud, disiksa dan dihina oleh Allah dengan seekor nyamuk sahaja. Jadi kepada anda semua jadilah manusia yang bertaqwa kerana nabi pernah berpesan dengan sabdanya:
اتق الله حيثما كنت وأتبع السئة الحسنة تمحها وخالق الناس بخلق حسن
“Bertaqwalah kepada Allah dimana kamu berada. Susulilah keburukan dengan kebaikan yang akan menghapuskan keburukan itu. Dan bergaulah sesama manusia dengan akhlak yang baik.”
Nah kita sudah membaca hadis nabi dan sudah faham maksudnya. Nabi menyarankan kepada kita agar bertaqwa kepada Allah kerana ia adalah penghimpun segala kebaikan dan pencegah kemungkaran. Allah ada menerangkan di dalam surah an-nahl;128 yang bermaksud:
“ sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan.”
Taqwa adalah kalimah yang jaami’ah dan maani’ah (masukkan segala pengertian kedalamnya dan mengeluarkan segala yang bukan maknanya). Ia merangkumi segala yang dibawa oleh Islam,ibadah mahupun mu’amalah. Dengan demikian taqwa bukanlah sekadar kalimah yang diucapkan tetapi ia adalah suatu amalan dalam taat pada perintah Allah dan menjauhkan segala larangannya. Salafussalih telah menafsirkan pengertian taqwa dengan berkata : “Bahawa Allah ditaati.bukan dimaksiati,selalu diingati tidak dilupai,selalu disyukuri tidak dikhianati. Dengan kesempurnaannya taqwa ialah dengan menjauhkan diri kita dari syubhah yang bercampur haram.
“Barang siapa yang menjauhkan diri dari perkara syubhah maka dia telah membersihkan agama serta kehormatanya.”(Bukhari&muslim).
Akhirnya ingin saya katakana disini alangkah manisnya iman dan taqwa jika dapat dirasai. Pejamkan mata dari mengagumi kebesaran dunia yang sementara. Celikan hati dan rasa kebesaran Allah. Tepuk dada tanya iman. Kalau tanay selera maka slera kita sememangnya tidak pernah cukup. Dan janganlah kita menjadi seorang yang melepaskan ‘dehem’ di halkum. Wassalaaaam.
By: gLlaxoceI_vaLnceU.
Anak Halal vs Perbuatan Haram
Begini, kesenian Melayu-Islam yang menjadikannya indah ialah kerana bentuk, kemudian kandungannya, dan kemudian rasa yang dijambatani oleh kita dan semua hal tersebut dijalin oleh faedah dan manfaat. Nah, faedah dan manfaat itu yang mustahak.Tikar mengkuang sekali pun, kain batik sekalipun meski diciri oleh estetika yang menakjubkan akhirnya mesti dicipta untuk memberi faedah. Kain batik yang cantik tetapi dicipta untuk tidak memberi faedah maka ia sia-sia. Begitu jugalah karya sastera, atau karya filem. Mengambil kira 50 tahun merdeka, semua dari kita ingin kembali kepada jatidiri sendiri. Mahu merdeka dari kejahilan dan kebatilan serta kebodohan yang pernah dipantakkan kepada kita dulu. Filem juga mesti kembali kepada keindahan bentuk, kandungan, rasa dan mesti berfaedah. Anak Halal sebuah filem yang sia-sia. Pembikinannya sia-sia, terlibat dalamnya sia-sia. Hasilnya juga sia-sia. Justeru menontonnya juga sesuatu yang lagha. Tetapi untuk mereka yang tiada Tuhan, filem 110 minit dengan adegan rogol, peluk sana sini (ingatan: dakap dan gomolnya jauh lebih ganas dari Gubra!), main dadah (kononnya untuk tunjukkan dadah itu memusnahkan tetapi penonjolan dadah itu sendiri menghairankan kita!), adegan berkemban dan tak pakai baju, rempit dan kemungkaran, gangsterisme, bunuh-membunuh, adegan separuh Hindraf (iaitu ganas tidak bertempat), serta pagi tanpa subuh berleluasa di sana sini tentulah mereka gemari.
Ingat; kerangka yang saya guna ialah bukan kerangka bentuk, kandungan dan rasa lagi, kerangka yang saya gunakan disini ialah sebagai 'ciptaan Tuhan yang mencipta' kita melakukan sesuatu semuanya untuk memberi faedah, lagi bermanfaat.
Tidak pernah saya menonton filem seburuk ini. Rasanya Nana Tanjung 10 kali lebih senonoh dari filem batil ini. Malahan kata teman saya, menonton Impak Maksima 20 kali pun lebih baik dari menonton kisah gila ini.
Betul, Anak Halal sebuah filem yang sedang ditayangkan di panggung kala ini adalah sebuah filem yang tiada jatidiri. Sesekali macam berkiblatkan Hong Kong, sesekali pula macam berkiblatkan Bollywood, ada sentuhan macam nak jadi Indonesia, juga macam nak jadi Hollywood dan disuntik sana sini pesan yang kononnya bermaruah iaitu supaya jangan hancurkan anak bangsa dengan dadah. Kecelaruan identiti begitulah kesimpulannya.
Aspek naratif? Hancur bersepai! Plot filem ini lemah dan kelam kabut serta tiada arah. Watak dan perwatakan mendatangkan geli geleman dan dialog tidak lojik seperti ingin hidup di Zuhal atau ingin terbang ke Kejora diucapkan demi memberi sentuhan artistik. Puitis la konon!
Pengalaman membaca dan membimbing cerpen pemula dari budak-budak Minggu Penulis Remaja, macam itulah jalan cerita dan plot filem ini. Plot macam budak tak pernah belajar menulis. Penuh dengan klise (anak orang kaya mesti tak cukup kasih sayang!), formula karut (zina, penagihan dadah dan penderitaan ala 'Bersama-Mu' untuk menagih simpati dan tangsian penonton), serta melankolia geli anak tekak (seperti adegan cinta yang busuk).
Eloklah pengarah-pengarah filem kita masuk berkursus dulu, masuk berkursus penulisan dengan Saharil Hasril Sanin pemenang Hadiah Sastera Berunsur Islam DBP pun tak apa. Upah Saharil mengajar apa itu logos dulu kalau pun tak kenal erti ethos.
Begini, sebab dan akibat yang lemah itu biar saya huraikan, (ingat dari segi naratif filem, plot yang bodoh, tidak lojik dan merapu adalah bukti kelemahan sesebuah filem): Hisham seorang penjenayah telah menyerahkan bayi lelakinya kepada Mariam, seorang perempuan gila di jalanan. Hisham telah ditangkap dan dipenjarakan. Mariam membesarkan bayi tersebut (Putra) dalam kemelaratan.
Tinggal di kawasan kumuh yang kusam, berjirankan Bu Leha dan anak perempuannya, Johanna. Dari zaman kanak-kanak, Putra dan Johanna bersahabat rapat. Selepas Mariam diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Putra dibesarkan oleh Bu Leha. Putra dan Johanna membesar menjadi remaja jalanan. Putra bertugas di sebuah kedai potong, sementara Johanna dan ibunya berniaga di Pasar Chow Kit.
Huraian Pertama: Cerita dengan watak kerdil akan mengakibatkan pemikiran yang dihantar juga kerdil. Watak kerdil tak pernah dapat berfikir besar, sebab itulah bila Mariam merindui Putra, dia berangan nak terbang ke bintang Kejora (dengan air mata bertakung). Memang menyampah dan meluat betul. Kerana itu jugalah kita lihat watak-watak ini duduk dalam lingkungan kemungkaran dan tak pernah mahu keluar darinya.
Tak cukup-cukup ke filem Melayu atas nama realisme (yang konsep dan falsafahnya menyalahi Islam itu) menonjolkan realiti seperti pelacur, rempit bohsia, penagih dadah? Tak cukup-cukup ke? Korang yang tengok tak muak-muak ke?
Lebih keji, lebih tiada Tuhan ialah apabila voice over di hujung filem ini menyatakan - setiap manusia ada takdir sendiri - cis biadab! Seolah-olah keadilan Ilahi dicabar dalam filem ini. Watak-watak yang tiada harapan ini menyalahkan Tuhan pula.
Kerana Tuhan dah takdirkanlah maka mereka hisap dadah, kerana Tuhan dah takdirkanlah mereka jadi pembunuh dan penjenayah, kerana Tuhan dah takdirkanlah maka mereka berpeluk bercium tak sudah-sudah. Kerja menyalahkan Tuhan ini menunjukkan pengarah-pengarah filem di Malaysia tak faham agama Islam.
Dan supaya mereka kenal jati diri bangsa menerusi hikayat lama seperti Sulalatus Salatin. Tetapi cadangan itu dipandang sepi. Malah diremehkan dengan kata-kata 'nak jadi tukang filem buat apa belajar agama'. Begitulah kalau sudah tak kenal hukum. Disiplin apa pun kembali kepada Tuhan. Kaji alam macam bidang geografi pun akhirnya dapat jumpa Tuhan, patutnya begitulah juga dengan dunia filem.
Ini satu hal yang menyesakkan, sekolah filem di UiTM, sekolah filem di Aswara, sekolah filem di USM dan UM mesti menyediakan asas pemikiran bangsa dari awal lagi.
Sila jemput Mufti Perlis yang banyak kepandaiannya itu untuk mengajar karyawan filem yang tak ada arah ini, ajarkan mereka doktrin Inna lillah wa Inna ilaihi Rajiun. Ajarkan juga konsep min aina, fi aina dan ila aina. Sebab pengarah filem dan pelakon filem pun ada Tuhan dan akan mati satu hari nanti. Sekolah filem kita mesti mengajarkan rukun iman.
Ini tidak, karyawan filem kita buat filem macam tak kenal adanya hari kiamat! Astaghfirullah, karyawan seni kita makin tak ada Tuhan ke?
Kalau tak, pengarah filem kita akan buat kerja sia-sia lagi. Dan duduk dalam putaran keji yang serupa. Kemudian sesama mereka akan ampu dan angkat sesama sendiri. Syok sendiri.
Huraian Kedua: Johanna membesar sebagai seorang gadis tomboi, dalam diam menyukai Putra. Tetapi Putra pula jatuh cinta dengan Amiera, anak orang kaya yang dikenali mereka secara kebetulan. Amiera walaupun disaluti kemewahan tetapi hidup dalam kesunyian. Mereka sering melepak bersama. Mereka bahagia hidup dalam dunia mereka sendiri.
Lihatlah stereotaip yang tidak pernah bebas dari filem Melayu. Sebab dan akibat yang sama tak sudah-sudah, langsung tiada kreativiti. Tolonglah beri anjakan paradigma sedikit wahai orang filem!
Huraian Ketiga: Erzan salah seorang rakan mereka, sedang dibelenggu masalah hutang dengan along dan diugut supaya melangsaikannya segera. Suatu hari ketika sedang melepak dan tergedik-gedik di kelab malam, mereka ditangkap dan ditahan di lokap (maka ada alasanlah untuk hero-hero filem ini ditampilkan dalam adegan tak pakai baju dan hanya pakai boxer) .
Bapa Amiera begitu marah dan tidak membenarkan Amiera keluar dari rumah. Amiera yang tertekan (memang macam cerpen yang biasa editor Dewan Siswa reject!), di samping ketagihan dadah telah melarikan diri. Amiera bertemu Erzan. Mereka sama-sama khayal dengan dunia dadah mereka.
Keesokannya Putra yang terjumpa mereka berdua telah naik angin. Amiera melarikan diri. Setelah puas mencari, Putra bertemu Amiera dalam ketagihan yang amat teruk. Amiera minta Putra membawanya ke tempat dia sering mengambil bekalan, di Kg. Kayu Ara. Putra bersetuju kerana dia mahu tahu tempat dan orang yang telah merosakkan kawan-kawannya itu.
Jeng-jeng orang yang merosakkan kawan-kawannya ialah bapanya sendiri, yang sudah keluar dari jel. Tak ke klise! Macam filem Tamil, malah filem Tamil pun sudah jauh lebih bermutu.
Kemudian untuk menambah rasa jengkel kita, Amiera yang sedang khayal dek dadah di bumbung flat tempat Putra tinggal telah mengejar bunga api dilatari KLCC lalu jatuh dan mampus di situ juga dalam hujan yang lebat. Inilah kemuncak tiadanya moral dalam filem Melayu, sangat hadhari sifatnya.
Putra yang bertambah marah dengan kesan dadah ke atas kawan dan kekasihnya telah membawa geng untuk bergaduh dengan kumpulan along, maka jadilah adegan ala-ala The Departed atau Young and Dangerous yang merepek merapu.
Kemudian plot menjadi seperti filem Bangla semula, Putra nekad ke Kg. Kayu Ara mahu membunuh mereka yang terlibat. Niat Putra terlaksana apabila dengan mudah dapat membunuh Hisham, ketua kumpulan pengedaran dadah tersebut.
Tiba-tiba muncul wanita tua yang sekian lama dirindui Putra, Mariam. Selama ini rupa-rupanya Mariam telah dijaga oleh Hisham, dan mereka berdua tidak pernah berputus asa mencari Putra. Oh Putra membunuh atau terbunuhkan bapanya sendiri. Oh sedih-sedih, penonton dipaksa bersedih. Saya kira inilah naratif filem yang paling memperbodohkan penonton pernah saya tonton.
Bunuh sana sini dalam filem ini kita pun tertanya, polis Malaysia yang cekap itu di mana, di hujung barulah muncul polis dengan kereta peronda. Saya kira filem ini juga menghina slogan cepat mesra betul polis. Kasihan polis. Padahal polis di Malaysiakan cekap dan baik? Sampai hati kutuk polis diam-diam begini.
Kerja seni bukan kerja setakat menyusun bentuk, mengisi kandungan dan menampilkan rasa. Kerja seni macam mesin basuh juga mesti memainkan peranannya. Setakat mahal, nampak bergaya dan penuh estetika tetapi tiada fungsi itu namanya tak berguna, dan benda tak berguna adalah sia-sia.
Kembali kepada 'voice over' Putra di akhir filem yang menyalahkan takdir tadi, inilah kesesatan sekolah pemikiran hasil daripada ketidakfahaman terhadap konsep keadilan Ilahi. Ini kesan kerana ustaz-ustaz kita dari dulu asyik mengajar sifat 20 dan ini kesan kerana ustaz balik dari Madinah dan Jordan kebanyakannnya bertengkar tahlil itu bid'ah ke tidak, ada filem macam gampang; tak siapa pun peduli. Agamawan kita seronok nak bid'ahkan orang, mungkar tertonggok depan bijik mata buat tolol.
Wahai pengarah filem, kalau ya pun mahu berjaya di peringkat internasional dan menang di pesta filem antarabangsa janganlah hina diri sendiri.
Filem kita tak akan mampu menandingi filem Barat dari segi teknologi. Dari segi kandungan dan bentuk serta rasa, kita punya tafsiran sendiri-sendiri (untuk mereka yang tiada Tuhan tentu berbeza dengan yang ada Tuhan), tetapi dari segi faedah dan manfaat, kitakan Melayu-Islam, faedah dan manfaat itu kembali kepada tauhid, kepada Nabi, kepada keluarga baginda.
Sebab itu sekolah filem kita mesti mengajar epistemologi. Kenal kamera sahaja tak memadai. Kamera tanpa Tuhan adalah kerja sia-sia.
Harap Profesor Madya Abdul Razak Mohaideen dan Dr Abu Hasan dapat pertimbangkan. Kamera harus bersekali dengan Tuhan. Itulah yang menjadikan kesenian kita berbeza dengan kesenian Barat dan bukan Islam, iaitu kita tidak habis setakat bentuk, kandungan dan rasa sahaja, ada lain di sebalik itu semua. Itulah kelainannya.
Godless dan Hopeless tema yang sesuai untuk Anak Halal (tema ini berturutan sejak Bukak Api, Puaka Tebing Biru dan terbaru filem ini). Mesej besarnya, kalau hisap dadah tak apa, ini kerja takdir, Tuhan dah takdirkan untuk hisap dadah jadi nak buat macam mana. Atau kalau nak melacur pun melacurlah, dah takdir. Nak buat macam manakan?
Memang kerja sia-sia.
* Nota: Kalau yang membikin filem ini namanya Lee Ang, atau Gus Van Sant saya tak akan berleter begini. Tetapi yang terlibat hampir kesemuanya muslim, dan sebagai muslim kita diminta bertanggungjawab dengan syahadah kita
serakah yang Menjijikan
Assalamu'alaikum kepada para pembaca sekalin.Alhamdulillah,bersyukur saya kehadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izinnya saya dapat membuat satu lagi artikel bagi mengisi blog saya ni.Selawat dan salam keatas junjungan besar kekasih kami Nabi MUhammad S.A.W,para sahabtat dan ahli keluarganya.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah(yang bermaksud):
"Allah berfirman kepada malaikat sesungguhnya aku ingin menjadikan dibumi ini khalifah.........".Sesungguhnya Allah telah memuliakan manusia berbanding makhluk ciptaan Allah yang lain.Allah berfiman di dlam Al-Quran yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya kami telah memuliakan bani Adam(sekalian manusia)".....
Sebenarnya manusia dijadikan oleh Allah bertujuan mengabdikan diri kepada-NYA yang maha Esa.Terlalu banyak didalam AL-Quran dan juga hadis yang mnyatakan kita sebagai manusia wajib menyembah Allah yang satu.Dan manusia juga dijadikan adalh untuk manusia itu sendiri(menjadi khalifah dimuka bumi).Ianya adalah tidak lain mencegah perkara yang mungkar dan menyeru manusia kepada benda-benda yang ma'ruf(keaikan).Acap kali kita mendengar ayat-ayat seperti ini.Tapi acap kali kita mendengar manusia menjadi semakin bengis,tidak mengenal bagaimana cara yang sewajarnya memilih jalan agar tidak terpesong jauh dari keredhaan Allah.Malah perkara-perkara yang dilalkukan telah menjadikan diri mereka yang 'terlampau' ini menjadi lebih hina dari binatang.
Baru-baru ni saya membaca surat khabar Harian Metro yang bertarik 30/12/2007. Alangkah hinanya perlakuan mereka yang tidak berperikemanusiaan.Menindas wanita yang lemah berbanding mereka sebagai lelaki.Wanita telah dijadikan dari tulang rusuk kiri yang bengkok dan kita sebagai lelaki seharusnya menegakkan mereka.Bukan menjadikan mereka sebagai bahan melepaskan nafus.!!Semua ini berlaku kerana kurangnya iman dan tidak faham konsep iman dan sucinya Islam itu sendiri.Disini saya ada sertakan artikel yang saya copy dari harian metro sebagai renungan kita semua.
KUALA LUMPUR: Dalam tempoh enam jam, 20 lelaki ‘hidung belang’ dilayan dan jika tidak bernasib baik, pulang ke rumah dalam keadaan cedera di mulut dan anggota badan.
Itu yang dilalui Maia, 27, selepas terpaksa menjaja tubuh di beberapa ladang di negara ini sejak tiga bulan lalu.
Maia yang ditemui wartawan Metro Ahad memberitahu dia pada asalnya bekerja sebagai pembantu rumah, tetapi kerana tidak tahan dengan beban kerja termasuk didera majikan, dia melarikan diri.
Katanya, dalam keadaan sehelai sepinggang, menerusi seorang kenalan dia ditawarkan perlindungan oleh seorang lelaki.
“Sehingga hari ini saya tidak tahu siapa sebenarnya lelaki itu. Saya hanya memanggilnya Abang.
“Pada mulanya Abang bersikap baik, tetapi lama kelamaan dia berubah. Dia memberi pilihan sama ada mahu dihantar ke pihak berkuasa negara ini atau melakukan kerja yang mudah tetapi pulangannya lumayan,” katanya.
Oleh kerana tiada pilihan Maia, terpaksa melakukan kerja seperti diarahkan Abang.
“Rupa-rupanya saya perlu menggadai diri. Saya disuruh pergi ke sebuah rumah sewa di Utara dan menetap di situ buat sementara waktu.
“Selang beberapa hari, pada jam 9 malam saya dibawa oleh seorang lelaki tidak dikenali ke sebuah rumah kongsi di sebuah ladang. Di situ beberapa orang lelaki warga asing sudah menunggu dan saya perlu melayan nafsu mereka,” katanya.
Maia berkata, sejak itu hidupnya tidak pernah tenang kerana terpaksa membiarkan tubuhnya diratah orang tidak dikenali.
“Sudah beberapa kali saya melayan sehingga 20 orang. Dari jam 9 malam sehingga 3 pagi mereka bergilir-gilir ‘menggunakan’ saya. Kadangkala saya dicederakan jika tidak mengikut kemahuan mereka,” katanya.
Menurut Maia, dia tidak melakukan pekerjaan itu di satu ladang saja, sebaliknya turut berbuat demikian ladang lain.
“Dalam tempoh seminggu, saya berkejar ke ladang berlainan. Kadangkala ladang kelapa sawit dan kadangkala ladang getah, kebun sayur malah kolam ternakan ikan dan udang juga saya pernah sampai asalkan ada permintaan,” katanya.
Menurut Maia, dia ibarat kain buruk yang boleh diperlakukan sesuka hati kerana tiada siapa mampu membantunya.
“Harga saya ditentukan oleh orang tengah yang mengumpul pelanggan. Saya diberitahu bayaran yang dikenakan adalah antara RM30 hingga RM60 bergantung kepada kehendak pelanggan.
“Ikutkan kepada pendapatan memang lumayan, tetapi semua itu tiada guna kerana hati saya tidak pernah tenang,” katanya.
Maia berkata, di rumah sewa yang didiaminya ada sekurang-kurangnya tiga wanita melakukan pekerjaan sepertinya.
“Kami tidak dipanggil ‘ayam’, sebaliknya ‘burung’ adalah gelaran kami. Di rumah sewa kami ada seorang wanita tua tinggal bersama kami dan dia seperti ‘ketua’ kami,” katanya.
Menurut Maia, mereka tidak tinggal lama di rumah sewa itu kerana setiap minggu akan tiba ‘burung’ baru di rumah berkenaan.
“Dari Utara Semenanjung kami dipindahkan ke Selatan dan melakukan kerja yang sama di beberapa ladang. Kadangkala kami juga di bawa ke rumah kongsi di kilang yang menempatkan pekerja asing,” katanya yang kini kembali ke utara selepas dua hingga tiga minggu berada di selatan.
Maia berkata, dia tidak tahu sampai bila terpaksa melakukan pekerjaan itu kerana tiada peluang untuknya melarikan diri.
“Dulu ketika bekerja sebagai pembantu rumah, bolehlah lari sebab majikan tidak dapat mencari. Kini, saya takut untuk lari kerana abang ugut akan menyusahkan saya jika melarikan diri,” katanya.
Seorang lagi wanita yang mahu dikenali sebagai Suzi, 30, berkata dia melakukan kerja seperti Maia atas dasar sukarela kerana mahu melangsaikan hutang di kampung.
Katanya, dia dibantu seorang rakan yang berpengalaman melakukan pekerjaan itu di negara ini sejak beberapa tahun lalu.
“Ikutkan hati memang teruk menjaja tubuh di ladang. Tempatnya kotor dan pada bila-bila masa boleh mendapat pelanggan yang tidak betul. Bagaimanapun, saya terpaksa kerana dengan cara itu saja saya boleh mendapatkan wang dengan mudah,” katanya yang baru beberapa minggu menjaja diri di negara ini,” katanya.
Suzi yang memulakan kerjanya itu di selatan Semenanjung ditemui ketika singgah di Kuala Lumpur untuk tempoh beberapa hari sebelum kembali ‘beroperasi’ di Utara.
Suzi berkata, sepanjang melakukan pekerjaan itu dia pernah melayan 17 lelaki hanya dalam tempoh 5 jam.
“Lagi ramai pelanggan, lagi banyak wang yang saya dapat kerana menjaja tubuh di ladang bayarannya sedikit iaitu antara RM30 hingga RM50,” katanya.
Menurut Suzi, untuk mendapat pelanggan, orang tengah digunakan.
“Orang tengah itu yang mengumpulkan pelanggan untuk saya. Bukan seorang dua tetapi sekurang-kurangnya 10 orang. Jika lebih lagi bagus.
“Saya hanya berikan orang tengah itu ‘duit kopi’, tetapi jika dia mahu meniduri saya, saya tidak perlu membayar kepadanya,” katanya.
Suzi berkata, dia tetap dibayangi perasaan bimbang melakukan pekerjaan itu kerana banyak risiko yang perlu ditanggung.
“Saya sedar, lama kelamaan saya akan ditangkap juga. Walaupun menggunakan visa pelancong, pihak berkuasa negara ini lebih arif mengenal pasti wanita warga asing yang melacur,” katanya.
>Dalang teliti, bersistem
KUALA LUMPUR: Meskipun beroperasi di ladang dan disifatkan ‘low class’, modus operandi sindiket yang mendalangi kegiatan terbabit teliti dan bersistem.
Sumber berkata, selain dilakukan di lokasi tersembunyi, pelanggan yang tiada wang tunai boleh melanggan menggunakan sistem kredit atau berhutang.
“Pelanggan boleh memotong jumlah perbelanjaan ‘memuaskan nafsu itu daripada gaji bulanan mereka. Tidak hairan pelanggan sentiasa ramai. Saya difahamkan, sindiket terbabit berpakat dengan majikan pekerja ladang supaya membenarkan wang gaji mereka ditolak untuk tujuan itu,” katanya.
Menurut sumber, bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, ‘burung’ yang ditawarkan tidak bekerja secara terus selama seminggu, sebaliknya berehat selang sehari.
“Jika bekerja pada Isnin, Selasa mereka akan bercuti dan begitulah sistem yang digunakan untuk hari seterusnya.
“Stok ‘burung’ yang ada hanya untuk tempoh seminggu hingga dua minggu dan ia akan digantikan dengan ‘burung’ baru.
“Sebab itulah sindiket itu mempunyai ramai pelanggan tetap kerana mereka mampu menyediakan ‘burung’ yang berlainan setiap minggu,” katanya.
Sumber itu berkata, selain menggunakan warga asing tanpa sebarang dokumen, ada juga ‘burung’ yang secara sukarela melakukan pekerjaan itu hanya menggunakan visa pelancong.
“Sebelum tamat tempoh visa itu, mereka akan pulang dan kembali semula ke negara ini pada tempoh tertentu,” katanya.
IMAN adalah satu kekuatan yang sanggup menjaga dan mengawal manusia daripada terjerumus melakukan perbuatan keji. Iman juga sebagai kekuatan yang mendorong manusia melakukan pekerjaan mulia dan terpuji sepanjang hayat. Bertolak dari kekuatan iman inilah terbitnya seruan Allah yang memerintahkan manusia sentiasa berlumba mengerjakan kebaikan di samping menghindari segala kemungkaran. Itulah tuntutan iman secara keseluruhan bagi seseorang yang mengaku beriman. Sekian banyaknya ayat al-Quran menyentuh soal iman yang dihubungkaitkan dengan akhlak atau budi pekerti.
Firman Allah bermaksud:
“Hai orang beriman. Bertakwalah kepada Allah. Hendaklah kamu bersama orang yang benar”. – (At-Taubah: 119)
Baginda sendiri diutus untuk menegakkan akhlak mulia.
Sabdanya: “Sesungguhnya aku diutus hanya untuk menyempurnakan budi pekerti luhur”. – (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi)
Apakah ukuran (piawai) untuk mengatakan budi pekerti itu buruk atau baik?Tidak lain jawapannya ialah wahyu, sunnah dan akal berasaskan kedua-duanya.Bukti wahyu sebagai kayu ukur menilai pekerti buruk atau sebaliknya adalah daripada wahyu juga.
Firman Allah bermaksud: “Kami perintahkan, “Turunlah kamu semua daripadanya (syurga). Selepas itu datang kepadamu hidayah daripada-Ku. Siapa yang mengikut hidayah-Ku itu, mereka tidak berasa ketakutan dan tidak pernah dukacita”. – (Al-Baqarah: 38)
Dengan ini nyata manusia yang mengikut neraca hidayah seperti mana diturunkan Allah tidak akan kecundang dalam hidupnya.Teladan daripada diri Muhammad juga adalah ukuran dalam menilai pekerti baik atau buruk.
Firman Allah: “Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada teladan baik untuk kamu semua”. – (Al-Ahzab: 21)
Pertimbangan akal juga dibenarkan Islam untuk menilai yang baik dan buruk tetapi ia adalah berasaskan pemikiran tidak menyongsang agama. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Agama itu akal, tidak ada agama bagi mereka yang tidak waras akalnya”.
Firman Allah bermaksud: “Sungguh sudah Kami jelaskan kepadamu ayat-ayat (wahyu), supaya dengan ayat itu kamu semua dapat memikir." – (Al-Hadid: 17)
Mengenai akhlak atau budi pekerti ini, orang selalu menilai atau melabel sesuatu perbuatan itu sebagai baik ataupun buruk (jahat). Tidak ada pertengahan antara kedua-duanya.Tidak pernah disebut “si polan itu tidak jahat dan tidak juga baik”.Di dalam Islam dua kategori itu disebut sebagai akhlak mahmudah (mulia) dan akhlak mazmumah (cela).Akhlak mahmudah adalah budi pekerti terpuji. Ulama menyenaraikan segala perbuatan baik yang sunat dan wajib sebagai termasuk dalam akhlak mahmudah.Demikian juga segala perbuatan yang boleh meningkatkan ketakwaan seseorang adalah bersifat mahmudah. Antaranya, ialah melakukan amar makruf dan nahi mungkar, menghubungkan silaturahim, mendamaikan perselisihan, mengukuhkan ukhuwah Islamiah, penyayang, peramah, pemaaf, bertolak ansur, berlemah lembut menjaga kepentingan ramai dan beberapa sifat mulia yang lain.
Akhlak mazmumah pula adalah segala perbuatan yang tidak baik seumpama suka memutuskan silaturahim, tiada perasaan ukhuwah, bengis, ganas, suka memaki hamun, tiada tasamuh (tolak ansur), tidak sabar, dendam, bercakap kotor dan mencarut, fitnah, dusta dan pelbagai perbuatan yang dilarang dalam agama. Dengan huraian ringkas itu, seseorang dapat menilai orang lain sama ada ia mempunyai akhlak Islamiah atau tidak. Seseorang mungkin pada zahirnya nampak hebat dan kononnya berwibawa di dalam hal agama tetapi tingkah laku bersifat cela, dia bukanlah orang terpuji. Kesimpulannya, perbuatan seseorang itu adalah akhlaknya. Jika perbuatannya tidak baik, bermakna akhlaknya cela. Akhlak cela berpunca daripada hilangnya kekuatan iman untuk melawan perkara buruk.
Oleh itu sedarlah wahai bani adam!sesungguhnya kita semua akan di hisab dihadapan Allah S.W.T.Di sana tiada lagi yang dapat menolong melainkan amalan kita didunia.Bersihkanlah hati agar kita menjadi hamba Allah yang di redhai-NYA.Adapun kesempurnaan hati ini terdiri dari 3 perkara:
1) Ilmu pengetahuan agama,seperti mengenal tuhan dengan sifat-sifatnya,mempercayai rasulNYA dan apa yang diutus oleh rasulNYA,serta mengenal dengan hukum hakamnya,dan memahami maksudnya.Juga mengetahui tentang gerak geri hati mengenai kecemasan dan kesusahannya dan kepujian sifat-sifatnya atau keburukannya.
2) Perbuatan,iaitu mengindahkannya dengan sifat-sifat yang terpuji dan menjauhkannya dari sifat yang keji.Mengiringinya ke tingkat-tingkat mendekatkan diri kepada Allah serta meninggikan dari satu darjat dengan darjat yang lain.Mengamalkan perbuatan yang ma'ruf dan mencegah perkara yang mungkar.
3) Keadaan,iaitu sentiasa mengingati kepada Allah S.W.T atau merasakan kehadirannya menurut hal masing-masingdan persediaannya.
Selain itu perkara-perkara yang boleh menyempurnakan hati selain 3 perkara diatas ialah 'tadabbur' (meneliti) makna-makna alquran,mengosongkan hati dari memikir dunia bangun di tengah malam dan beribadah serta memohon dan duduk di majlis-majlis ilmu ataupun duduk bersama-sama dengan orang-orang yang soleh.Meninggalkan perkara yang syubhat kerana perkara yang syubhat akan membawa pada kekerasan hati dan apabila hati kita telah menjadi keras maka hati kita akan menyuruh kita melakukan perkara yang dituntut oleh nafsu.Kemudian ianya akn diterjemah oleh fikiran serta di laksanakan oleh perbuatan dengan hati yang bulat.
Fesyen Tudung yang Bagaimana??
Assalamu'alaikum pada anda yang sedang membaca blog saya ni.Syukur pada Allah kerana masih diberikan nikmat untuk hidup dan dikekalkan 2 nikmat yang paling besar Iman dan Islam.Syukur pada Allah kerana meberi saya peluang untuk menambah catatan saya walaupun dikelilingi dengan beberapa hal yang agak menyuntukkan masa.
Minggu yang lepas saya berjalan-jalan di tengah bandar Mansourah berseorangan kerana baru sahaja mengeluarkan wang dari akaun saya.Jika sebelum ini saya mengeluarkan wang yang dimasukan pada akaun saya di bank NSGB yang betul-betul berhadapan pejabat keselamatan Negeri Daqhiliyyah ,tapi kini saya sudah boleh mengeluarkannya di bank HSBC.Bolehlah dikatakan untung sedikit kerana potongan yang dikenakan tidaklah tinggi berbanding NSGB sebanyak L.E18.00 berbanding L.E10.00 bagi HSBC.
Selepas mengeluarkannya dari bank mata saya terpaku seketika terhadap sesusuk tubuh gadis mesir yang dalam lingkungan 20 tahun.Sambil berjalan sambil tergelak.Apa tidaknya.Diatas sudah lengkap bertudung.Baju pula kira masih boleh dimaafkan.Tapi apabila terus menundukkan kepala...saya tersenyum bersendirian.Skirt yang dipakai gadis tersebut menampakkan lutut.Terus dihati terdetik, "Kalau kat malaysia ni mesti kene gelak,kalau dengan budak yang ala 'gonjeng'(gila-gila kata orang sekarang)sudah digelar orang gila.Paling tidak pun digelakkan beramai.Mungkin disini sudah menjadi satu trend bagi fesyen terkini wanita rakyat Egypt.Dengan warna baju yang agak terang dan serta lenggok badan menuju ke bibir jalan dan terus menahan kenderaan bagi menuju tempat yang ingin ditujunya.
Terus saya mengharungi jalan yang agak sesak serta bunyi hon yang membingitkan.Jika para pembaca ingin tahu,hon di Egypt adalah satu kemestian diatas jalan.Hatta basikal juga dipasang hon bagi melancarkan perjalanan.Paling tidak pun mulut-mulut mereka yang akan berbunyi siulan untuk menarik perhatian pejalan kaki......Berbalik pada cerita tudung tadi,sedang asyik bejalan pulang sambil memerhati gelagat penduduk,terfikir saya satu persoalan.Apakah mereka dia tidak rasa bersalah?
Pada dasarnya tudung adalah pengelak fitah terhadap wanita.Tetapi sekarang dah jadi terbalik.Tudung penyebab kepada fitnah bagi wanita.Adakah itu wajar?Sudah tentu jawapannya tidak.Kalau kita melihat majalah-majalah di Malaysia,boleh dikata banyak model-model yang dikenakan tudung dikepala yang dihiasi dengan manik-manik.Malah dengan memakai tudung dikepala ada sebahagian mereka merasa bangga,sombong serta angkuh.Kalau memakai tudung dengan tidak menampakkan leher,ataupun jambul terkeluar kehadapan,dengan songkok di dalam tudung laksana pramugari pesawat penerbangan gulf air katanya tidak up-to-date,sofistikated dan sebagainya.Seharusnya bila memakai tudng perlulah ada rasa rendah diri dan rasa penuh kehambaan yang tinggi terhadap yang ESA.Bila ingat Allah,Allah akan ingat kita.Itu janji Allah.Allah tidak akan mengingkari janjinya.Barulah kita boleh promote situasi Islam itu semula yang telah dicemari.Barulah namanya muslimah sejati.
Nah,kita dah tengok,orang Islam sendiri merosakkan dan mencemarkan nama Islam.Baik-baik orang Islam nak ikut,terus tersekat atas sikap orang Islam yang acuh tak acuh dengan hukum.Saya penah berchating dengan seorang wanita melayu dan agamanya Islam.Mula saya tak kenalkan diri saya sebagai seorang pelajar yang menceburkan diri dalam keilmuan Islam.Tetapi akhirnya saya mengalah setelah didesak berkali-kali olehnya.Gambar yang dipaparkan olehnya ialah gambar yang tidak bertudung.Saya tanya pada dia,kenapa tak papar gambar yang bertudung?Terus dia jawab.."Ala..buat apa pakai tudung,orang yang pakai tudung pun bukan baik sangat".saya tanya balik."Apa yang tak baiknya?"dengan selamba die jawab,"Orang yang pakai tudung pun buat keje maksiat.Raba-raba,tak sembahyang......" dan diteruskan lagi dengan kata-kata yang sakitkan telinga saya mendengar.Rasa malu dan sedih.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.
Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.
Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.
"Pada dasarnya tudung adalah pengelak fitah terhadap wanita.Tetapi sekarang dah jadi terbalik.Tudung penyebab kepada fitnah bagi wanita.Adakah itu wajar?Sudah tentu jawapannya tidak.Kalau kita melihat majalah-majalah di Malaysia,boleh dikata banyak model-model yang dikenakan tudung dikepala yang dihiasi dengan manik-manik.Malah dengan memakai tudung dikepala ada sebahagian mereka merasa bangga,sombong serta angkuh.Kalau memakai tudung dengan tidak menampakkan leher,ataupun jambul terkeluar kehadapan,dengan songkok di dalam tudung laksana pramugari pesawat penerbangan gulf air katanya tidak up-to-date,sofistikated dan sebagainya.Seharusnya bila memakai tudng perlulah ada rasa rendah diri dan rasa penuh kehambaan yang tinggi terhadap yang ESA.Bila ingat Allah,Allah akan ingat kita.Itu janji Allah.Allah tidak akan mengingkari janjinya.Barulah kita boleh promote situasi Islam itu semula yang telah dicemari.Barulah namanya muslimah sejati."
Masihkan Ada Masa
Sebaik sahaja hukuman penjara 15 hari dijatuhkan ke atas Gibbon, pejabat luar negeri British meminta duta Sudan di UK untuk memberi penjelasan berhubung hukuman tersebut. Tindakan pejabat luar negeri itu adalah satu tamparan yang memalukan bagi pihak kedutaan Sudan. Pada masa yang sama, media-media British menyelar Sudan secara khusus. Lebih teruk lagi, umat Islam dan Islam secara umumnya.
Tindakan British mengirim delegasi British ke Sudan untuk mencari jalan penyelesaian kepada kes Gibbon itu mendedahkan bahawa mereka sentiasa bersedia untuk campurtangan. Sebaik sahaja delegasi tersebut disambut oleh Hassan al Bashir, iaitu Presiden Sudan, maka keputusan akhir sudah pun dapat dijangka iaitu hukuman yang dijatuhkan ke atas Gibbon akan dimansuhkan dan dia dibebaskan dengan lebih awal. Amat jelas bahawa pada masa kini wujudnya legasi pemerintahan kolonial seperti Hassan al Bashir yang mudah ‘dijinakkan’ dan kegagalannya untuk memerintah dengan sendiri.
Tindakan campurtangan yang dilakukan oleh pejabat luar Negari di UK itu sebenarnya adalah sama seperti yang dilakukan oleh generasi kolonial mereka yang terdahulu. Iaitu melakukan penjajahan, kolonialism dan peperangan di Sudan pada kurun ke-19 dan kurun ke-20.
Mantan Perdana Menteri UK (1951-1955), Winston Churchill pernah menulis tentang eksploitasi dan kolonialisma negaranya di Sudan di dalam bukunya yang berjudul ‘The River War: An account of the reconquest of Sudan’ di dalam tahun 1899:
“Sungguh dahsyat sumpahan yang Muhammad telah kenakan ke atas pengikutnya. Di samping sifat kefanatikan, iaitu sifat yang bahaya bagi seseorang manusia sebagaimana bahayanya hydrophobia pada seekor anjing, wujud di kalangan pengikutnya sikap tidak kisah dan tidak peduli yang amat menakutkan. Mereka langsung tidak mahu memikirkan persediaan bagi keperluan untuk masa akan datang, sistem pertanian yang kotor dan tidak tidak teratur, aktiviti perdagangan yang lembap, tiada keselamatan harta benda di mana sahaja terdapat para pengikut Muhammad”.
Campurtangan barat ke atas urusan dalam negeri negara lain bukan sahaja terhad kepada kes yang membabitkan Gibbon. Hal yang hampir sama juga pernah berlaku tidak berapa lama dahulu. Barat menganggap bahawa sistem merekalah yang paling tinggi berbanding sistem lain, terutamanya Islam. Pembebasan dua jururawat British daripada penjara Arab Saudi kerana disabitkan kesalahan membunuh rakan sekerja mereka pada lewat tahun 1990-an dan pembatalan hukuman kesalahan murtad yang dikenakan ke atas seorang lelaki muslim yang telah menukar agamanya kepada Kristian oleh rejim Afganistan adalah sekadar dua contoh untuk membuktikan hal di atas. Daripada semua kes itu, ini menunjukkan bahawa tekanan yang dikenakan oleh Barat ke atas pemimpin boneka mereka yang zalim akan berterusan sehinggalah Negara Khilafah ditegakkan.
Lanjutan daripada kes penghinaan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam yang didakwa oleh media British dilakukan di dalam keadaan keliru oleh Gillian Gibbon ini, kaum muslimin tidak perlu memberi hormat atau memandang tinggi kepada kata-kata ataupun slogan daripada Barat tentang hal-hal yang berkaitan dengan kehormatan dan harga diri. Kaum muslimin seharusnya tidak mengendahkan kritikan dan tuduhan Barat ke atas mereka kerana masyarakat Barat sendiri telah hilang kewarasan akal sehingga agama, tuhan dan Nabi Isa (AS) sendiri terlalu kerap dimaki, dijadikan bahan jenaka dan sinis.
Kita mungkin sudah boleh membayangkan bagaimana agaknya reaksi daripada kerajaan British jika undang-undang anti-keganasannya dipertikaikan serta meminta penjelasan kepada tindakan pihak polis British menembak mati orang yang baru disyaki sebagai pengganas serta British diminta untuk mengampunkan dan memberi pembebasan awal kepada beratus-ratus orang yang telah ditangkap tanpa pendakwaan .
Sikap angkuh dan bongkak inilah yang akan menjadi petanda buruk di seluruh bahagian dunia bagi kuasa-kuasa neo-kolonialisma. Barat harus menyedari bahawa, pada ketika ini, seruan kepada kebangkitan politik Islam dan penegakkan semula Khilafah lebih kuat daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Mereka harus juga menyedari bahawa sejarah dunia bukanlah milik Barat, tamadun Barat bukanlah tamadun universal yang berhak memaksa semua negara menerapkannya. Ia merupakan tamadun yang akhirnya akan bertembung dan dihancurkan oleh Islam. Kenyataan Samuel Huntington's akan terus releven sehingga tiba saat yang dijanjikan. Menurutnya:
"Barat menguasai dunia bukanlah disebabkan oleh kehebatan mereka atau idea atau nilai atau agama tetapi mereka menguasai dunia dengan cara menggunakan keganasan yang dirancang. Barat kerap melupakan hal ini tetapi bangsa lain yang dikuasainya tidak akan pernah melupakannya."
Belajar-Belajar
Bercerita tentang tamplete rasa nak menjerit rasanya apabila sudah selesai memahami kod dengan sendirian dan memuat turun kod bagi meringkaskan artikel yang dimuatkan di dalam blog(read more) apabila mendapat tahu tamplete yang saya gunakan tidak menerima kod bagi read more.Ditambah kaki yang tersedia sakit.Entah kenapa tiba-tiba terasa sakit yang teramat sangat.Sudah hampir lima hari termasu hari saya menulis artikel ini.Apa boleh buat inilah namanya ujuan Allah.Di bumi anbia ini perlu banyak bersabar atas setiap apa yang terjadi dalam kehidupan seharian bagi menjana 'booster' dalam diri supaya dapat menjadi motivasi agar menjadi lebih cemerlang di masa depan.
Erm,melayulah katakan.Ada orang kata melayu lemah,lembik,lesu,ikut resam tumbuhan.Pada mulanya sahaja segar.Tapi akhirnya layu....persoalannya.betol ker??Ikut anda ingin mengatakan apa sekalipun pada bangsa sendiri.Tapi pada saya masyarakat lain juga terdapat sedemikian setelah saya bergaul bersama pelbagai masyarakat.Sebelom ke Egypt,saya bergiat aktif di dalam persatuan tae-kwan-do(ITF).Dari ahli,kemudian ke open tournement,pengadil dan menjadi salah seorang jurulatih.Dan dalam masa itu saya bergaul bersama mereka2 yang berbangsa selain bangsa melayu.Cina,India dan kini bangsa arab.Mereka juga ader yang bersifat mengikut resam tumbuhan.Ini berkemungkinan mereka yang bersifat layu ini tidak menghidupkan booster dalam diri mereka (motivasi).Jadi bile benda elektrik takde suis xdapatlah nak gune...bila hp x cas xdapat lah nak sms ngn 'ehem2x' kan?hehehe...ala..Ym ader x?tp klu komputer x cucuh pada tempatnya..susah jugak rasanya.
Rasa itu sahaja celoteh saya kali ni.Ada hal yang lebih penting nak buat ni.Ada masa sentlah komen atau cadangan atau bantu saya dlm hal2 bagi memperbaiki blog saya ni.salam ceria salam ukhuwwah dari saya.
Zulhijjah
"Labbaik Allahumma labbaik.labbaik kalaa syarikalakalabbaik..innalhamda,wanni'mataa..lakawalmulk..laasyariikalak."
Sungguh merdu alunan nasyid yang saya dengar dalam radio IKIM.fm yang saya letakkan di dalam blog ini ketika saya saya sedang membaca komen di dalam ruangan 'chatting'.Lantas tergerak hati saya untuyk mencari beberapa fakta yang berkaitan dengan musim haji ini bagi tatapan umum.
Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu 'Abbas r.a bahawa
Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai
kelebihan
melainkan pada hari-hari ini - iaitu 10 hari Zulhijjah.
Para sahabat baginda bertanya, Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad
pada jalan Allah? Ujar Baginda, Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan
Allah
kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak
membawa pulang apa-apa pun.
Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Tiada
suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada
hari-hari
10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha
Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa
baginda s.a.w bersabda, "Seutama-utama hari adalah hari Arafah".
Amalan yang dianjurkan padanya
1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan.
Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi
s.a.w.: "Satu
umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara
keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan
syurga".
2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya - terutamanya
pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang
terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah
hadis qudsi, "Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia
meninggalkan
keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu".
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan
(dosa) setahun
yang lalu dan setahun yang mendatang.
3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang
bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang
termaklum),
hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab
itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari
tersebut
sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,
di antaranya, "Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa
Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)".
4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan
baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah
punca
kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala
ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.
5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat
sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah
kemungkaran
dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.
Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai
oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar
seperti
berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik,
tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda
(kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia
cedera atau mati syahid).
6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang
atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang
dikerjakan
secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu
subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula
pada
waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu
Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.
7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya
haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah
Nabi
Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih
anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan
untuk disembelih.
8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w
bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di
kalangan kamu yang
ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya
dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : "Maka
janganlah
dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.
Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka
yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka
yang
telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut
kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya
kepada
penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).
Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada
pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan
anak-anaknya
melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika
yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa
helai
rambutnya.
9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara
berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya
mendapat pengajaran
daripadanya.
Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan
hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula
dilakukan
padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan
maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab
kepada
terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.
10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir,
bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri
kepada-Nya
semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.
Peristiwa Sejarah Bulan Zulhijjah
Di sebalik bulan Zulhijjah yang terkenal dengan bulan haji, ia juga
mencatatkan beberapa peristiwa di dalam diari sejarah pembinaan dan
perjuangan umat
Islam. Ia menjadi nadi dan titik-tolak kepada pengukuhan akidah dan
pemantapan sahsiah serta kekuatan ukhwah ummat di dalam meneruskan
perjuangan Baginda
s.a.w. Antara peristiwa tersebut adalah:
1. Nabi Muhammad s.a.w membawa dagangan Khadijah ke negeri Syam, di sana
baginda diberitahu tentang kenabiannya oleh pendita Nasthurah. Ia berlaku
pada
tahun kelima sebelum pelantikan baginda menjadi nabi.
2. Peristiwa Baiah Al-Aqabah (perjanjian setia Al Aqabah) pada tahun ke-13
selepas pelantikan baginda menjadi nabi. Ia disertai oleh 73 orang lelaki
dan
2 orang perempuan dari kaum Aus dan Khazraj.
3. Peperangan As Sawiq pada tahun kedua Hijrah, Nabi s.a.w keluar mengekori
kumpulan Abu Sya'ban yang menceroboh dan memerangi penduduk pinggir kota
Madinah.
Semasa melarikan diri mereka mencampakkan guni-guni gandum yang dibawa bagi
mempercepatkan perjalanan supaya tidak dapat diekori oleh baginda.
4. Pada 7 Zulhijjah tahun kelima Hijrah satu kumpulan tentera Islam dihantar
ke perkampungan Bani Sulaim yang diketuai oleh Ibnu Abi Al 'Arjak.
5. Kelahiran Ibrahim putera Nabi s.a.w pada tahun kelapan Hijrah, ibunya
bernama Mariyah Al Qibtiyah.
6. Pada tahun ke-10 Hijrah, Nabi s.a.w mengerjakan ibadah Haji yang dikenali
dengan Hajjatul Wada'. Di sana baginda menyampaikan amanat-amanatnya yang
kesemuanya
adalah peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.
7. Abu Bakar As Siddiq mengerjakan ibadah Haji bersama umat Islam selepas
kewafatan Nabi s.a.w pada tahun 12 Hijrah.
8. Peperangan Dathin yang dipimpin oleh Umamah Al Bahiliy menentang tentera
Rom, berakhir dengan kemenangan tentera Islam.
9. Kemenangan tentera Islam yang diketuai oleh Yazid bin Abi Sya'ban
menentang tentera Rom yang dikepalai oleh Sarjius di dalam pertempuran Wadi
'Arabah
di Palestin.
10. Pada tahun 23 Hijrah, Khalifah Umar Al Khattab meninggal dunia dibunuh
oleh Abu Lu'luah Al Majusi.
11. Pelantikan Uthman bin 'Affan sebagai khalifah yang dipilih sebulat suara
oleh sebuah majlis Syura yang ditubuhkan oleh Umar Al Khattab sebelum
kematiannya.
12. Pelantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan Uthman bin
Affan pada tahun 35 Hijrah.
tahun 242 Hijrah di Rabdah, sebuah kota di pinggir Madinah semasa berusia 82
tahun, pernah menjadi hakim kota Basrah, kadi besar dan penasihat kerajaan.
Tidak banyak yang dapat diisi diatas kecetekan ilmu dan kekerdilan diri ini.Maka jadilah kita manusia yang bersyukur terhadap Rabbul Jalil.Salam ceria dari sya yang faqir disisi Allah.