Friday

Korban Raya


Ibadah korban merupakan satu ibadah yang dituntut dalam islam,khususnya bagi mereka yang berkemampuan untuk melaksanakannya.Ibadah koraban telah disyari;atkan oleh Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud:

"(Sesungguhnya kami(Allah) telah memberi engkau(Muhammad) kebaikan yang banyak.Maka sembahyanglah engkau kerana Tuhanmu dan sembelihlah(korbanmu)"

Sebenarnya melakukan korban ataupun penyembelihan haiwan tertentu pada tarikh 10,11,12,dan 13 Zulhijjah adalah kerana untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.Dan hukum peneyembelihan pula adalah sunnat mu'akkad dan meninggalkannya adalah makruh dan akan dijelaskan dengan lebih terperinci dibawah nanti.Imam Ibnu Jarir mentafsirkan ayat diatas seperti berikut:

“Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah semata dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai tanda syukur terhadap apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya”.

Banyak sekali hadis yang menerangkan akan kelebihan korban, ia antara ibadah yang mendapat ganjaran yang amat besar daripada Allah.Mengikut sebuah hadis Rasulullah S.A.W bersabda:

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.” Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim.

Akan tetapi umur binatang yang boleh dikorbankan telah ditetapkan oleh syarak iaitu:

1)Unta 5 tahun ke atas – 7 bahagian
2)Kerbau,lembu 2 tahun ke atas – 7 bahagian
3)Kambing 2 tahun ke atas – 1 bahagian
4)Kambing biri-biri, kibas 1.5 tahun ke atas – 1 bahagian

Dan perlu diingatkan kita sebagai umat islam ditegah berkorban dengan binatang yang cacat, berpenyakit, patah anggotanya dan terlalu kurus.

Sunat-Sunat Ketika Menyembelih Binatang Korban
1. Membaca basmilah
2. Selawat ke atas Nabi
3. Menghadap Kiblat
4. Bertakbir
5. Berdoa semoga diterima ibadah korban kita.

Hukum asal ibadah korban itu adalah sunat mu’akkadah (sunat yang sangat dituntut). Jumhur ulama juga mengatakan ia adalah sunat bagi orang yang mampu. Makruh bagi orang yang mampu itu jika dia tidak melakukan korban. Walau bagaimanapun jika ditinggalkannya tanpa sebarang keuzuran, tidaklah dia berdosa dan tidak wajib dia mengqadhanya. Walaubagaimanapun ianya boleh menjadi wajib apabila dinazarkan. Maka secara ringkasnya, korban itu terbahagi kepada 2:

1)Korban sunat (muakkad -sangat dituntut mengerjakannya)
2)Korban wajib

Bagaimana korban boleh menjadi wajib? Binatang sembelihan bagi ibadat korban itu menjadi wajib apabila ia dinazarkan, sama ada:

1)Nazar itu nazar yang sebenar (nazar hakikat) ataupun
2)Nazar dari segi hukum sahaja, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya : “Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah, maka hendaklah dia mentaatinya”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Apa yang dimaksudkan dengan nazar yang sebenar dan nazar dari segi hukum ni sebenarnya?? Nazar sebenar/hakiki itu adalah dengan menyebut nama Allah atau menggunakan perkataan ‘nazar’. Sebagai contoh orang yang berkorban itu berkata: “Demi Allah wajib ke atasku menyembelih kambing ini sebagai korban”, ataupun dia berkata: “Aku bernazar untuk menyembelih kambing sebagai korban pada Hari Raya Haji nanti”.Ini contoh ayat orang yang buat nazar hakiki/sebenar.

Kalau bernazar dari segi hukum pulak seperti seseorang itu berkata: “Aku jadikan kambing ini untuk korban”, ataupun dia berkata: “Ini adalah korban”, maka dianggap sama seperti bernazar yang sebenar kerana dia telah menentukan (ta‘ayin) binatang tersebut.

Binatang yang dinazarkan sebagai korban atau binatang korban wajib tidak boleh ditukar dengan yang lain walaupun dengan yang lebih baik. Apatah lagi dijual, disewakan atau dihadiahkan

Kalau binatang korban wajib itu dijual oleh orang yang berkoban, maka hendaklah dia mendapatkannya semula daripada orang yang telah membelinya jika masih ada di tangan pembeli dan dia hendaklah memulangkan harga belian yang diterimanya. Jika tiada lagi di tangan pembeli, umpamanya sudah disembelihnya, maka wajib dia sediakan nilai ataupun harga yang lebih mahal daripada harga binatang yang sebelumnya, dan dia kene beli semula dengan harga baru tadi dengan binatang korban yang sama jenisnya dan sama umurnya untuk disembelih pada tahun tu jugak.

Kalau die tak dapat menyembelihnya pada tahun itu, jadi dia wajib menyembelih binatang korban wajib itu pada tahun hadapan sebagai qadha(ganti). Jika harga binatang korban itu (yang sama jenis dan umur dengan yang dahulu) lebih mahal kerana naik harga dan wangnya itu tidak mencukupi untuk membeli binatang yang sama dengan yang dulu itu, dia ken tambah dengan hartanya yang lain sampai cukup.

Kalau binatang korban wajib itu rosak,contohnya mati atau dicuri orang sebelum masuk waktu berkorban dan bukan sebab dia cuai, maka dia tidak wajib menggantinya.

Dan kalau binatang itu dirosakkan oleh orang lain, maka orang yang merosakkannya itu mesti menggantikan harga binatang korban wajib itu kepada tuannya
dan dia mesti membeli semula binatang yang sama seperti yang dahulu, jika tidak diperolehi binatang yang sama, dia kene beli yang lain sebagai ganti.


Adapaun sekiranya binatang korban yang telah ditentukan dalam korban wajib itu menjadi cacat (‘aib) lepas dinazarkan dan sebelum masuk waktu menyembelihnya dan cacatnya binatang itu adalah cacat yang tidak boleh dibuat korban pada asalnya, maka dia tidakl disyaratkan menggantinya dan tidak terputus hukum wajib menyembelih binatang itu tadi kerana cacat tersebut. Bahkan kalau disembelih jugak pada Hari Raya Adha adalah memadai (boleh dibuat) sebagai korban.


Jika kecacatan itu berlaku setelah Hari Raya Adha dan disembelih dalam keadaan yang demikian, maka tidaklah ia memadai (tidak memenuhi syarat) sebagai korban, kerana ia telah menjadi barang jaminan selagi belum disembelih, dan wajib diganti dengan yang baru.

Tidak sah dibuat korban bagi orang yang hidup melainkan dengan izinnya, dan tidak sah juga dibuat korban bagi orang yang telah mati jika simati tidak berwasiat untuk berbuat demikian.

Orang yang membuat korban bagi simati dengan izinnya (yakni dengan wasiatnya) wajib atasnya sedekahkan kesemuanya. Tak ada bahagian untuk dirinya atau orang-orang dibawah tanggungannya (nafkah), kerana ianya merupakan orang yang menerima dan orang yang menyerah. (Kitab Matla al-Badrain)

Bapa atau datuk boleh melaksanakan korban bagi orang yang diwalikan seperti anak dan cucunya dengan diambil perbelanjaan daripada harta ayah atau datuk atau anak atau cucu itu sendiri.

Dan akhir sekali saya ucapkan "Kullu 'aam wa antum bikhair"...Selamat Hari Raya
Semoga apa yang saya sampaikan disini dapat memberi sedikit pengajaran serta ikhtibar bagi tatapan kita semua.Kita hanyalah hamba Allah kerdil yang tidak dapat melakukan apa-apa kecuali dengan izin Allah S.W.T..Saya hanya hamba yang tidak terlepas dari sebarang kesalahan dan hina disisinya seta tidak memiliki apa-apa pun.Dan mungkin apa yang saya sampaikan disini tidak tepat dan terdapat beberapa kesalahan..Sekiranya ada saya memohon ada pihak yang memperbetulakn kesilapan penulisan ini yang lari dari Al-Quran dan sunnah serta memohon maaf dan menarik semula apa yang saya sampaikan disini.

Al-Faqir wal Haqir ila Allah™

5 comments:

ghost_MaR said...

naper lilo korban kn stich ???
spesies stich x t'senarai pn kt sini ... eheheh

LILUMANSURY said...

heheheh..2 sebagai kurban khas untuk masyitah..hihihi

iela said...

artikel yg bagus tuk pgetahuan erk..ader bkat tuk mgarang nie...truskan usha..hihihihi

LILUMANSURY said...

hehehehe..ader² jerk az..bakat mengarang mcm xde jerk..ni pown men tulis jerk apa yg tau;)

iela said...

eaceeh...tgok je r..men tulis pun jd satu artikel yg camtu, kalu seyes pyer karang tak tau r..mayb leh jd d best artikel ni...(",)...kuikuikui..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Nukilan Ini, Jangan Lupa Memberi Sebarang Komen Sebagai Tanda Ingatan Anda