Alhamdulillah..selawat dan salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W yang diutus Allah sebagai rahmat untuk seluruh alam ini.Lama sudah saya tidak memainkan jari jemari saya ini diatas papan kekunci untuk menambah serta berkongsi sedikit ilmu bagi disantapi serta dihayati oleh para pembaca sekalian.Mungkin kerana tiada masa yg selesa untuk mengisinya dengan menulis artikel.Di selangi juga dengan jadual kuliah yang padat.
Semalam saya terbaca satu artikel dari blog Infiniti Maya yang mengisahkan seorang wanita yang ingin kembali bertaubat.Saya terkesima seketika membayangkan gadis ini yang diberi ujian oleh Allah kemudian mendapat hidayah untuk kembali bertaubat.Terharunya dihati ini melihat seorang wanita sepertinya.
Walaupun yang demikian,sesungguhnya pengampunan Allah itu sangat luas.Nabi S.A.W pernah bersabda:
يا ابن ادم انك ما دعوتني ورجوتني إلا غفرت لك على ما كان منك ولا أبالي يا بن ادم لو بلغت ذنوبك عنان السماء ثم استغفرتني غفرت لك ولا ابالي يا بن ادم لو اتيتني بقراب الارض خطايا ثم لقيتني لا تشرك بي شيئا لأتيتك بقرابها مغفرة
bermaksud:"Wahai anak adam!Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepadaku,maka aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan aku tidak pedulikannya lagi.Wahai anak adam!Sekiranya dosamu setinggi langit,kemudian kamu memohon ampun kepada ku,nescya Aku emngampuni dosamu.Wahai anak adam!Sekiranya kamu datang dengan dosa kesalahan sepadat isi bumi,kemudian kamu datang di akhirat kelak dengan kamu tidak menyekutukan Aku dengan yang lain,nescaya aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula"
Hah! Tengok,betapa Allah yang maha agung lagi penyayang begitu murah dan maha pengampun terhadap hambanya.Ketahuilah sesungguhnya kasih sayang serta rahmat Allah itu mengatasi kemurkaan Allah..Banyak lagi dalil yang menunjukan sesiapa yag meminta ampun kepadaNYA makan akan diperkenankan.
Akan tetapi doa serta permintaan mestilah diiringi dengan dengan harapan supaya dikabulkan.Doa sebenarnya satu perkara yang telah diperintah oleh Allah dan Allah akan menerimanya.Firman Allah yang bermaksud
"Dan Tuhan mu telah berfirman;Berdoalah kepadaku nescaya akan Aku perkenankan doa permohonan kamu itu".(Ghaafir:60)
Untuk pengtahuan semua,Allah bukan sahaja memberikan taufik kepada seseorang untuk berdoa sahaja,akan tetapi Allah iringi sekali doa mereka yang meminta dengan kemakbulan dan penerimaan doa tersebut.Dengan kata yang lebih mudah,siapa yang doa Allah akan kabulkan.
Daripada At-Tabrani meriwayatkan hadis marfu' yang bermaksud:
"Barang siapa yang diberikan(taufik) untuk berdoaakan diberikan kepadanya penerimaan doanya,kerana Allah telah berfirman(yang bermaksud):Berdoalah kepada Aku,nescaya akan Aku perkenankan permohonan kamu itu".
Untuk mendapat suatu kejayaan di dalam apa yang dihajatkan,mesti melalui beberapa syarat,adab dan sebagainya.Kalau kita lihat seorang pelajar,untuk mendapat kejayaan yang mendapat keberkatan diantara syaratnya bestilah berusaha dengan bersungguh-sungguh,menghormati seorang guru serta rakan yang lain,memperbanyakkan latihan serta ulangkaji dan sebagainya.Begitu halnya dengan doa,juga terdapat syarat serta adab yang perlu dilakukan ketika berdoa.Kadang-kadang kita berdoa,tapi kita rasa doa kita lambat dimakbulkan dan terus putus asa.Ini mungkin disebabkan tidak mencukupi syarat dan adab-adab atau terdapat sesuatu yang menghalang.Antaranya:
1)Memerlukan penumpuan yang lebih dan penuh pengharapan.
Hadis daripada Abu Hurairah bahawa Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin Allah akan memakbulkannya.Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari orang yang lalai."
2)Bersungguh-sungguh ketika berdoa.
Kia mestilah berdoa dengan penuh yakin dan bersungguh-sungguh tanpa ada perasaan ragu ataupun bimbang.Nabi sendiri malarang dari berdoa yang seperti ini. ("Ya Allahampunilah aku sekirannya Engkau kehendaki,Ya Allah turunkan lah rahmat kepadaku jika engkau mengingini").Ini kerana Allah adalah yang maha kuasa,tidak ada suatu kuasa pun mampu menghalang kuasa Allah.Dan Allah bebas mahu lakukan apa sahaja kepada sekalian makhluk yang berada diseluruh alam.
3)Merayu-rayu ketika berdoa.
Sebenarnya,selagimana seseorang itu sentiasa berdoa dan tidak berputus asa,maka doanya semakin menghampiri untuk dimakbulkan.Ini disebabkan Allah menyukai jika hambanya menzahirkan pengabdian kepadanya ketika meminta hajat sehingga dia memenuhi permintaan mereka.Sebagai contoh,seorang anak kecil merayu-rayu untuk mendapatkan sesuatu dari ibu atau ayahnya.Sekiranya anda seorang ayah mahupun ibu,apa perasaan dan apa yang anda lakukan sekiranya anak anda menangis teresak-esak dengan sinaran airmata serta penuh pengharapan dari kedua orang tuanya untuk mendapatkan suatu yang berfaedah dan anda mampu untuk memberinya???Beri ataupun tidak??
Daripada anas,beliau telah meriwayatkan hadis marfu' yang bermaksud:
"Janganlah kamu berputus asa dalam berdoa,kerana tidak ada seorang pun yang binasa akibat doanya".
4)Jangan berputus asa dan meninggalkan doa.
Rasulullah melarang kita semua dari berputus asa ketika berdoa kepada Allah.Bahkan Rasulullah telah menjadikan faktor ini sebagai salah satu faktor mengapa doa seseorang itu tidak dimakbulkan.Rasulullah S.A.W bersabda yangbermaksud:
"Doa kamu akan dimakbulkan selagimana kamu tidak berputus asa dengan mengatakan"Aku telah berdoa kepada Tuhanku tetapi dia tidak menerimanya"
5)Rezeki yang halal.
Ini adalah faktor terpenting bagi penerimaan sesuatu doa.Rezeki mestilah dari sumber yang halal dan mengikut batas-batas syarak.Dalam hal ini juga Nabi pernah menyentuhnya dengan bersabda yang bermaksud:
"Seorang lelaki menadahkan tangannya kelangit(berdoa) sambil berkata"Wahai tuhanku!Wahai tuhanku!" sedangakann makanan yang dimakannya adalah haram,minumannya adalah haram,pakaiannya adalah pakian yang haram,dan dia diberikan makan dari yang haram,bagaimankah doanya diterima??
Mungkin timbul persoalan bagi pembaca,Bagaimanakah kalau mereka yang sebelum ini telah makan dan minum benda yang haram seperti arak dan riba?Maksud hadis diatas adalah bagi mereka yang pada ketika itu mereka memakan harta yang haram tetapi berdoa untuk mendapatkan hajatnya,kemudian mengulang lagi berbuatan yang sama.Arak dan riba sebagai mainan hidup.Akan tetapi kita kembali semula pada hadis yang di awal pernulisan saya dan yakin lah Allah mengampunkan bagi mereka yang meminta ampun.
Antara adab-adab berdoa pula ialah ememilih waktu-waktu yang afdhaluntuk berdoa,mendahulinya dengan berwudhuk dan solat,bertaubat dengan taubat nasuha,mengadap kiblat,mengangkat tangan,memulakan dengan puji-pujian kepada Allah serta selawat dan salam kepada Nabi Muhammad,dan di akhiri dengan ameen.
Dan antaranya juga tidak mengkhususkan doa tersebut untuk dirinya sahaja,bahkan untuk muslimin yang lain.Mempunyai sangkaan yang baik kepada Allah,serta penuh mengharap kepadanya.
FirmanNYA lagi yang bermaksud:
"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji dan menganiaya dirinya sendiri,mereka segera ingat kepada Allah,lalu memohon ampunakan dosa mereka dan siapakah lagi yang akan mengampuni dosa mereka selain Allah,dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah,dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji merekalakukan itu,sedang mereka menegtahui(akan kesalahan mereka dan akibatnya).
Dari maksdu firman Allah di atas ini kita dapati mereka yang ingin berdoa tidak akan mengulangi perbuatan keji dengan kata lain tidak mengulang dosa-dosa yang lalu serta diiringi dengan taubat nasuha,dan bukan taubat yang tidak bertitik.Sebagai contoh:
Seseorang berkata:"Aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepadanya" tetapi hantinya tetap ingin melakukan maksiat,ketahuilah bahwa dia adalah seorang pembohongdi dalam kata-katnya dan berdosa atas tindakannya kerana dia tidak bertaubat secara hakikatnya.Oleh itu janganlah kita mengatakan dirikita sendiri telah bertaubat,tetapi sebaiknya berkatalah seperti ini "Wahai tukanku!,aku memohon ampun kepada-MU maka terimalah taubatku". Jangan cepat kita meletakkan diri kita sudah bertaubat.Akan tetapi sentiasalah memohon keampunan kerana manusia tidak lepas dari melakukan kesalahan.
dan bagi mereka yang terlalu banyak melakukan kesalahan yang tidka terhitung dan tidak diketahui,mereka seharusnya beristighfar kepada Allah terhadap dosa-dosanya,kerana Allah sahja yang mengetahui akan kesalahannya yang telah dia lupai.Syadda bin Aus r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:
"Aku memohon kepadamu kebaikan yang engkau ketahui,aku berlindung kepadamu daripada kejahtan yang engkau ketahui,aku memohom keampunan kepadamu terhadap apa-apa yang engkau ketahui,dan sesungguhnya engkaulah yang mengetahui akan sesuatu perkara yang ghaib".
Saya telah menyebutkan diatas tadi,untuk mendapatkan doa yang makbul hendaklah melahirkan perasaan BERHARAP kepada Allah(raja').Untuk melahirkan perasaan harap ini mestilah didahului dengan perasaan TAKUT(khauf).Oleh yang demikian kita mesti menyatukan HARAP dan TAKUT dalam jiwa masing-masing.Sekiranya satu sahaja yang ada dalam hati maka ia akan tertipu dan mengakibatkan putus asa.Rasulullah penah bersabda yang bermaksud:
"Takut dan harap pernah bersumpah,jika keduanya tidak berkumpul di dalam diri seseorang di dalam dunia,maka dia akan mendapatkan bau nerakajan jika keduanya tidak terpisah,maka dia akan mendapat bau syurga".
Menurut Imam syafie,kedua-danya hendaklah sama bagi orang yang sihat dengan makana dia hendaklah melihat ke'aiban yang ada pada dirinyadengan perasaan takut dan kurnia Allah yang luas dengan perasaan penuh mengharap.Bagi orang yang sakit,perasaan mengharap hendaklah melebihi dari perasaan takut.
Dan diantara sebab doasanya terampun ialah mentauhidkan Allah yang esa,Dan tidak ada sebab untuk orang yang tidak mentauhidkan Allah untuk terampun dosanya. Allah berfirman dengan maksud:
"Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa syirik mempersekutukannya,(dengan sesuatu apapun)dan akan mengampunkan dosa orang lain bagi sesiapa yang dikehendakinya". (An-Nisaa:48).
Dan kepastiannya orang yang mempunyai tauhid tidak kekal didalam neraka bahkan mereka akan keluar dari neraka dan masuk kedalam syurga.(sekiranya mereka yang memepunyai iman tetapi timbangan dosa lebih berat).
Begitulah serba sedikit yang dapat saya kupas menegnai doa serta taubat.Semoga apa yang saya sampaikan disini dapat memberi sedikit pengajaran serta ikhtibar bagi tatapan kita semua.Kita hanyalah hamba Allah kerdil yang tidak dapat melakukan apa-apa kecuali dengan izin Allah S.W.T..Saya hanya hamba yang tidak terlepas dari sebarang kesalahan dan hina disisinya seta tidak memiliki apa-apa pun.Dan mungkin apa yang saya sampaikan disini tidak tepat dan terdapat beberapa kesalahan..Sekiranya ada saya memohon ada pihak yang memperbetulakn kesilapan penulisan ini yang lari dari Al-Quran dan sunnah serta memohon maaf dan menarik semula apa yang saya sampaikan disini.
Al-Faqir wal Haqir ila Allah™
Monday
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
TAHNIAH !!! Anda terpilih untuk kategori : SIHAT , KULIT BERSIH , GIGI BAIK & CUKUP UMUR ... Anda akan diambil dari rumah ...Nantikan kami Jawatankuasa Qurban Masjid Berhantu ... GOTCHA , SALAM AIDILADHA ... heheh
klu nk kad ry , meh dtg amek kt istana berhantu beta ...
Post a Comment