Friday

Kongsi Cerita 3

Nak kata serabut, tak adalah serabut sangat bila diperhatikan. Adalah dua atau 3 orang yang mungkin nampak sedikit serabut. Untuk makluman semua, Bandar Baru Uda jika tak silap saya, 90% penduduknya beragama Islam dan orangnya berduit. Berwang. Bukan BERUANG. Dalam keadaan mereka yang kaya, berduit, mereka juga selalu ke masjid dan melibatkan diri mereka dengan aktiviti-aktiviti masjid.

" Peh! Orang sini mir, semuanya kaya-kaya. Kalau kau tengok ada orang sini pakai biasa-biasa, tapi dialah yang sedekahkan karpet masjid ni".
Farid bercerita tentang pengalamannya bekerja di Masjid ni. Pot pet pot pet mulutnya lancar bercerita. Saya dengarkan jelah dia bercerita. Mata tertumpu pada dia, tapi fikiran melayang teringatkan seseorang nun jauh di daerah sempadan Melaka. Muo! Bandar Diraja.

---------------------------------------------**********--------------------------------------------------

Hari Jumaat

Jumaat pertama saya dalam menjalankan tugas di Masjid BBU. Ramai betul orang sembahyang kat sini. Parking dalam dan luar penuh! Yang pakai baju sekolah, baju kerja, semua ada. Alhamdulillah. Kawan saya Hambali Abd Rahman menyampaikan Khutbah pada hari tu. Kawan dari tingkatan 1 sampailah tingkatan 5. Lepas habis tingkatan 5, dia masuk Maahad Johor sekejap sebelum dia sambung pelajarannya ke Darul Quran. Alhamdulillah dah jadi Imam dah sekarang.


Habis sahaja Khutbah, saya nampak farid bawak 2 tong besar. Kutip duit dari derma-derma orang sekitar yang hadir ke Masjid. Dari 1 tabung ke 1 tabung. Boleh tahan juga kutipannya. Lepas kutip kami masuk ke bilik Imam bersebelahan dengan mimbar. Penghawa dingin yang sejuk buat kami jadi selesa walaupun dalam tu ramai untuk kira kutipan hari tu.

Wak Lan, Bilal Rahman, Haji Sunawan dah ada dah dalam bilik bersedia untuk mengira duit. Apa yang menariknya bila kira duit di sini ialah, orang yang mengira akan ada jamuan ringan sikit. Macam goreng pisang ke, cucur ke, keropok lekor ke, air sejuk disediakan masa kira duit ni. Dan yang lebih menariknya, kadang2, ada yang dibawa balik macam Nasi Ayam.

Ada yang kira 1 ringgit. Ada yang kira 5,10,20,50 dan 100. Yang sedap kira RM10. Kira punya kira punya kira, farid ambil kalkulator kecik dia tu. Saya pon tunggu.
" Ok. Hari ni punya RM13 000."
Hah?? RM13K 1 hari ??? Banyak tu..... Masjid kampung saya pon seingat saya masa kecik2 cuma RM100 paling tinggi. Em..nama pun masjid kampung........

" Ni tak banyak mir. Kalau Ramadhan, cecah RM20K." Ujar Farid.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Nukilan Ini, Jangan Lupa Memberi Sebarang Komen Sebagai Tanda Ingatan Anda