Assalamualaikum WBT,
Mungkin kita biasa jumpa kalau kita baca hadith dekat mana2 buku ke..atau kita dengar Masyaikh kita lepas baca hadith dia akan sebut perkataan-perkataan kat atas macam tu. Mungkin ada yang sudah tau,mungkin ada yang baru tahu,mungkin ada tidak tahu dan tengan mencari. Jadi saya nak kongsikan siket apa makna2 istilah2 (صحيح الإسناد, رجــــال الصحيح,رواتــه ثقــات). Kita terus pada tajuk :
Selain perkataan (صحيح الإسناد) kita jugak kadang-kadang jumpa perkataan Isnaduhu Sahih (إسنـــاده صحيــح) / Bi isnaadin Sahih (بإسنــد صحيح) . Ok,jadi apa dia Sahihul Isnad ni (صحيح الإسناد) ?
Perkataan-perkataan kat atas ni sebenarnya nak tunjuk rawi-rawi yang ada pada sanad dalam sesuatu hadith adalah dipercayai dan diyakini. Tapi kita kene ingat,bila disebut (صحيح الإسناد) tak semestinya 'sahih' juga matan hadith tu. Ok,baik. Saya datangkan satu contoh :
HADITH PERTAMA :
ثنا مسدّد,ثنا أبو عوانــة, عن داود بن عبدالله عن حميد بن حميري, قـال لقيت رجلا صحب النبي أربع سنيـن كما
صحبه ابو هريرة قــال : نهى رســـوال الله (ص) ان تغتسل المرأة بفضل الرجل او يغتسل الرجل بفضل المرأة وليغترفا جميعا
Bermaksdu : " Telah menceritakan kepada kami Musaddad, telah menceritakan kepada kami Abu 'Awanah, daripada Daud bin 'Abdillah, dari humaid bin Himyari, dia berkata : Aku pernah berjumpa dengan seorang lelaki yang bersahabat dengan Nabi SAW selama empat tahun, seperti Abu Hurairah pernah bersahabat dengannya. Dia berkata : Rasulullah SAW melarang wanita dari mandi air lebihan lelaki,atau lelaki mandi air lebihan wanita. tapi hendaklah keduanya mencedok air bersama-sama
-Riwayat Abu Daud & Nasai-
Kalau kita rujuk dalam kitab "bulughul maram" kita akan jumpa gak hadith ni. Hadith no.6. Imam ibnu Hajar ada sekalikan dekat bawah hadith tu dengan cakap (أخرجه أبو داود و النســائى، وإسناده صحيح)
Kalau kita kaji,kita akan dapati betul sanadnya tak ada yang terputus atau rawi yang lemah. Tapi dekat sana ada satu periwayatan yang lebih sah dari riwayat yang kat atas ni. Diriwayatkan daripada Muslim :
HADITH KEDUA
عن ابن عباس ان النبي (ص) كان يغتسل بفضل ميمونة
Bermaksud : "Daripada Ibnu 'Abbas bahawa Nabi SAW pernah mandi lebihan air Maimunah"
-Riwayat Muslim-
KETERANGAN :
Hadith yang pertama datang dengan riwayat yang melarang kita dari mandi air lebihan. Tapi hadith yang kedua pulak datang dengan Nabi sendiri buat. Adakah hadith berlaku ta'arudh? Tak, selamanya Al-quran & Hadith tidak akan berlaku ta'arudh.
Kalau kita katakan Larangan Nabi SAW pada hadith pertama tadi, kita nak kata dia makruh,maka Nabi SAW tak akan buat perkara yang makruh. Kalau kita nak kata dia sebagai khusus untuk Nabi SAW,jadi kita perlu ada dalil yang jelas untuk kuatkan dia sebagai khusus kepada Nabi SAW. Jadi macam mana nak buat?
*** Perbezaannya ialah :
--->Sahihul Isnad (صحيح الإسناد) = Sanadnya sahaja SAH,matannya tidak SAH kerana datangnya Hadith yang lebih SAH.
--->Hadisus Sohih (حديــث الصحيح) = Sanad dan matannya sekali SAH.
Jadi kesimpulannya (صحيح الإسناد) darjatnya di bawah dari yang disebut (حديــث الصحيح)
Rijal sahih
Satu riwayat atau sanad hadith yang mana terdiri dari rawi-rawi bagi Bukhari. Perawi-perawi dari Imam Bukhari adalah di sepakati oleh ulama bahawa mereka adalah perawi yang Thiqah (dipercayai). Sebab Imam Bukhari sangat berhati-hati dalam melihat perawi dan menentukan hadith. Tapi bila sebut Rijalus Sahih (رجــــال الصحيح) tak semestinya membawa makna matnnya jugak sahih. Saya bawakan contoh :
حدثنا محمد بن موسى البصري حدثنا زياد بن عبدالله حدثنا عطاء بن السائب عن أبي عبد الرحمن عن ابن مسعود قـــال : قــال رسول الله (ص) طعام أول يوم حق، وطعام يوم الثاني سنة وطعام يوم الثالث سمعة ومن سمّع سمّع الله به
Bermaksud : " Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Musa al-Basri, telah menceritakan kepada kami Ziyad bin Abdillah, telah menceritakan kepada kami 'Atha' bin Saib, daripada Abi 'Abdirrahman, dari Ibnu Mas'ud dia berkata : Rasulullah SAW telah bersabda : "Makanan (walimah) pada hari pertama wajib, dan makanan pada hari kedua sunnah, dan makanan pada hari ketiga adalah sum'ah. Siapa yang mahu didengar-dengarkan makaAllah akan menunjukkan aibnya"
-Riwayat Tirmidzi-
Pening kan tengok rawi-rawi macam ni bersusun-susun. Ok,kita ringkaskan dia.
1)Tirmidzi
Pening kan tengok rawi-rawi macam ni bersusun-susun. Ok,kita ringkaskan dia.
1)Tirmidzi
2)Muhammad bin Musa
3)Ziyad bin 'Abdillah
3)Ziyad bin 'Abdillah
4)'Atha' bin Saib
5)Abi 'Abdirrahman
5)Abi 'Abdirrahman
6)Ibnu Mas'ud
7)Habibuna Rasulullah SAW
7)Habibuna Rasulullah SAW
Penjelasan :
Perawi dari no 2-no 6 semuanya boleh kita dapat dalam perawi Imam Bukhari. Dan Imam ibnu Hajar kata "Rijaaluhu Rjialus sahih"-Sila rujuk kitab " Bulughul Maram"
Perawi dari no 2-no 6 semuanya boleh kita dapat dalam perawi Imam Bukhari. Dan Imam ibnu Hajar kata "Rijaaluhu Rjialus sahih"-Sila rujuk kitab " Bulughul Maram"
Tapi kalau kita tengok kitab Subulas Salam,syarah bagi Bulughul Maram ni..ada jelaskan Ziyad dengar dari 'Ata' bin Said masa dia sudah berubah hafalannya sebab lanjut usia. Tapi Riwayat dalam Imam Bukhari yang ada 'Atha' bin Saib adalah periwayatan semasa 'Atha' bin Saib masih kuat ingatan dan hafalan dia tak berubah. Maka sebab tu, hadith yang mana disebutkan (رجــــال الصحيح) tidak disebutkan sebagai hadith sahih (حديــث الصحيح) walaupun rijal yang ada dalam periwayatan tu sahih dan sama dalam perawi di dalam Bukhari .
Ruwatuhu Thiqaat
Ok baik. Kita dah jelas berkaitan dengan Sahih isnad/Rijal sahih. Sekarang kita nak masuk pulak pada :
*Ruwatuhu thiqaat(رواته الثقـــأت). Ruwatuhu Thiqaat ni ada nama lain jugak. Antaranya :
a)Macam Rijaaluhu Thiqaat(رجـــأله الثقات)
b)Rijaluhu Muwathiquun (رجــاله موثقون)
b)Rijaluhu Muwathiquun (رجــاله موثقون)
Tapi Ruwatuhu thiqaat(رواته الثقـــأت) & Rijaaluhu Thiqaat(رجـــأله الثقات) adalah sama dari segi kekuatan. Tapi berbeza dengan Rijaluhu Muwathiquun (رجــاله موثقون) .
Rijaluhu Muwathiquun (رجــاله موثقون) ni, dia menunjukkan rawi-rawi yang tak berapa jelas dalam kedudukannya sebagai perawi yang thiqah. (ثقة). Dan ia diperselisihkan oleh ulama. Tak kirelah samada dari sebab
Rijaluhu Muwathiquun (رجــاله موثقون) ni, dia menunjukkan rawi-rawi yang tak berapa jelas dalam kedudukannya sebagai perawi yang thiqah. (ثقة). Dan ia diperselisihkan oleh ulama. Tak kirelah samada dari sebab
1) beberapa keterangan yang menyatakan dia sebagai thiqah (ثقة)
2) beberapa jalan (طرق) yang menjadikan dia sebagai perawi yang thiqah.
2) beberapa jalan (طرق) yang menjadikan dia sebagai perawi yang thiqah.
Dan semuanya hampir sama macam Sahihul Isnad (صحيح الإسناد) kedudukannya,
Ruwatuhu thiqaat(رواته الثقـــأت) = Melihat pada perawi
Sahihul Isnad (صحيح الإسناد) = Tengok pada perawi & jalan menyandarkan perawi.
Macam Sahihul Isnad (صحيح الإسناد), bila kata Ruwatuhu thiqaat(رواته الثقـــأت) tak semestinya matan dia juga sah dan diterima.
Wallahu a'lam
Ruwatuhu thiqaat(رواته الثقـــأت) = Melihat pada perawi
Sahihul Isnad (صحيح الإسناد) = Tengok pada perawi & jalan menyandarkan perawi.
Macam Sahihul Isnad (صحيح الإسناد), bila kata Ruwatuhu thiqaat(رواته الثقـــأت) tak semestinya matan dia juga sah dan diterima.
Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment