Kalau mereka tahu akan dakyah kristianisasi kepada masyarakat,mereka tidak akan terpengaruh kepada hiburan yang meningkat naik di Malaysia. Akademi sana, akademi sini.Kalau mereka tahu, mereka akan didik diri dan keluarga dengan agama. Pergi jumpa guru-guru. Kalau mereka tahu, mereka tidak akan terpengaruh dengnan fesyen-fesyen terkini. Sampai habis beratus, malah ribu untuk nampak cantik dan kacak. Kalau mereka tahu, mereka tidak akan biarkan zakat itu sia-sia di tempat-tempat yang salah. Kononnya membangunkan negara.
Ya membangunkan negara, tapi kenapa sehingga masyarakat lupa
"oh dunia dah nak kiamat rupanya."
Tapi kenapa fahaman mereka
"enjoy dulu...kita masih muda."
Salah siapa di sini?
kita ke? Benar. Salah kita.
Mak ayah kita? Benar.
Ulama? Ya.
Pemimpin? Benar.
Tidak saya nafikan, kesemuanya ada berkait rapat dalam masalah kepincangan pemikiran masyarakat kita. Maaf sekiranya saya berkata,separuh dari masyarakat kita yang hanya berselindung di sebalik nama Agama Islam. Tapi kefahaman Islam itu tidak lekat dalam hati.
*Adapun kita di peringkat ini, tiada kesedaran diri sendiri dalam mencari agama. Mencari guru untuk kenal siapa diri kita di sisi Allah. Tatkala Allah meberi peringatan bahawa kita yang mengubah nasib, kita masih terus alpa dan lalai dalam keasyikan dunia yang di bentangkan oleh musuh-musuh Allah.
*Terhadap ibu bapa. Yang memberi galakan dan dorongan dan tiada bantahan terhadap anak-anak. Bila kecenderungan anak nak masuk AF sebagai contoh, ataupun sukan yang tidak menutup aurat renang misalnya, gimnastik, ataupun anak itu suka memakai pakaian yang menjolok mata,walau sekalipun bertudung, jawapan mereka
"Tak apalah nak.Dah kau minat. Mak dan ayah tak mau halang. Teruskan usaha dalam mencipta nama. Bagi mak ayah bangga dengan kau nak." Tatkala nama-nama mereka muncul di corong-corong radio dan tv, mereka bangga. Tapi di manakah kebanggaan Allah dan rasul? Di manakah kedudukan hukum Allah dan rasul?
*Ulama saya bahagikan pada dua.
a) Aktif
b) Pasif
--->> Aktif= mereka yang bijak dalam berbicara,menyampai,adil dalam meletakkan hukum. Mereka turun kepada masyarakat dan menyampaikan ilmu dan dakwah. Mereka ini menjadi rujukan di dalam masyarakat. Dan masyarakat tertarik untuk hadir di dalam kuliah-kuliah mereka. Tiada masalah dalam kelompok ini. Walau bercanggah antara mereka, masing-masing berhujjah dengan dalil masing2
--->> Pasif= mereka ini lambat,tidak adil dalam berbicara. Hanya menyebelahi sesuatu pihak tanpa melihat pihak yang lain dalam membuat kerja. Menjadi sasaran sebahagian pemimpin untuk di jadikan kambing hitam mengeluarkan fatwa yang menyebelahi pemimpin. Malah fatwa yang dikeluarkan kadang-kadang meragukan. Walaupun terjadi percanggahan sesama mereka, mereka tidak terbuka hati dalam masalah perbezaan pendapat. Bahkan yang menyedihkan ada juga yang menyeru kepada masyarakat untuk menjatuhkan kerajaan dengan mengangkat senjata. Ini tidak di ajar oleh Islam untuk menjatuhkan dengan senjata.
*Pemimpin. Mereka tidak menjadikan ulama yang sebagai penasihat mereka. Tidak menjadikan Al-quran dan As-Sunnah sebagai panduan dalam pimpinan dan budaya masyarakat di negara kita. Mereka mengambil orang-orang yang sama pemikiran dengan mereka. Kalaulah mereka berkata
"Wahai rakyat sekalian pergilah bersama dalam menuntut agama pada guru2 agama yang mursyid. Di samping itu teruskanlah dalam membangunkan negara dan menjaga keselamatan"
alangkah indahnya. Mereka tersalah anggap bahawa golongan agamawan tidak bijak dalam memimpin dan memberikan pendapat dalam pentadbiran.
Tapi apa yang kita jumpa, mereka yang membentangkan kita dengan wang ringgit dan hiburan. Tidak di nafikan mereka juga membentangkan sekolah agama, tidak melarang untuk membuat kelas-kelas agama, semoga Allah merahmati usaha kerajaan dalam memberikan ruang untuk agama Islam. Tapi sejauh manakan promosi melalui percakapan pemimpin tersebut? Sejauh manakah promosi pelajaran dan kuliah agama di war-warkan di media massa? Sebanyak manakah wang yang dilaburkan oleh pemimpin dalam menyedarkan masyarakat bahwa pentingnya agama dalam diri dan setiap individu. Bandingan promosi untuk pilihanraya. Bandingan untuk promosi hiburan dan sukan tanah air. Bandingan dengan promosi itu dan ini.
Sekianya promosi ini di seimbangkan, dan meletakkan agama nombor satu maka ianya akan menjadikan masyarakat yang tidak goyah dengan isu murtad. Masyarakat akan lebih bersikap pro dalam mendepani golongan yang cuba untuk memurtadkan orang Islam itu sendiri. Bahkan dengan secara tersendiri Islam itu tampak hebat dan megah di mata-mata orang kafir dan menarik di jiwa mereka. Sebaik-baik dakwah ialah dengan akhlak yang tinggi. Keruntuhan akhlah di kalangan masyarakat Melayu Islam tidak di nafikan.
Tidak semua apa yang saya katakan di atas tadi samada diri kita/ibu bapa/ulama/pemimpin tidak menjalankan tugas dan amanah Allah dengan baik. Malah kita boleh jumpa ramai di antara mereka ini jauh lebih baik dari apa yang disangkakan. Dan tidak boleh untuk kita mahu mengatakan semuanya. Tapi sebahagiannya. Pembaca yang dihormati, perbezaan akal, kecenderungan hati dalam memilih sesuatu parti tidak ada salahnya. Mengapa perlu bermasam muka kerana kepartian. Sedangkan mereka yang di atas mengaut keuntungan berganda-ganda, kita pula memutuskan silaturrahim dan tidak bertegur sapa. Amatlah rugi serta menyedihkan umat islam kian hancur dan berpecah sesama kita. Hanya kerana perbezaan politik.
Akhirnya,perlu untuk individu mempunyai kesedaran melalui nasihat dari ibu bapa dan ulama. Pemimpin perlu memainkan peranan dalam mencorakan dan melaburi masyarakat yang gemilang dari segi akidah,soal hukum hakam,kemahiran dalam pentadbiran dan selainnya. Ulama perlu mendekati pemimpin. Dan pemimpin mesti menerima teguran dari ulama. Ulama perlu dijadikan penasihat dalam pentadbiran. Dan ulama perlulah bersikap lebih adil dan menjauhi dari pergaduhan atas sebab percanggahan pendapat
Kita umat Islam semuanya bersaudara. Rapatkan pertalian persaudaraan sesama kita. wallahu a'lam.
p/s : TuntuT ilmu baru tahu itu dakyah Kristianisasi. Pergi jumpa guru-guru. Nak berguru pun tengok-tengok juga. Baru xde salah menyalah, tuduh menuduh. Dan suka untuk saya ingatkan, hukum demonstrasi aman itu halal. Demonstrasi yang mengangkat senjata dan memusnahkan harta benda itu haram. (Fatwa Darul Ifta' Mesir) . Provokasi juga haram. Kejatuhan sesuatu kaum itu adalah keuntungan sesuatu kaum yang lain. Fikir-fikirkanlah.
Wallahu a'lam.
Wallahu a'lam.