Wednesday

"ANDAI KAU TAHU ITU DAKYAH KRISTIANISASI, KAU TAK AKAN......"

Kalau mereka tahu akan dakyah kristianisasi  kepada masyarakat,mereka tidak akan terpengaruh kepada hiburan yang meningkat naik di Malaysia. Akademi sana, akademi sini.Kalau mereka tahu, mereka akan didik diri dan keluarga dengan agama. Pergi jumpa guru-guru. Kalau mereka tahu, mereka tidak akan terpengaruh dengnan fesyen-fesyen terkini. Sampai habis beratus, malah ribu untuk nampak cantik dan kacak. Kalau mereka tahu, mereka tidak akan biarkan zakat itu sia-sia di tempat-tempat yang salah. Kononnya membangunkan negara.
Ya membangunkan negara, tapi kenapa sehingga masyarakat lupa
"oh dunia dah nak kiamat rupanya."
Tapi kenapa fahaman mereka
"enjoy dulu...kita masih muda."
Salah siapa di sini?
kita ke? Benar. Salah kita.
Mak ayah kita? Benar.
Ulama? Ya.
Pemimpin? Benar.
Tidak saya nafikan, kesemuanya ada berkait rapat dalam masalah kepincangan pemikiran masyarakat kita. Maaf sekiranya saya berkata,separuh dari masyarakat kita yang hanya berselindung di sebalik nama Agama Islam. Tapi kefahaman Islam itu tidak lekat dalam hati.

*Adapun kita di peringkat ini, tiada kesedaran diri sendiri dalam mencari agama. Mencari guru untuk kenal siapa diri kita di sisi Allah. Tatkala Allah meberi peringatan bahawa kita yang mengubah nasib, kita masih terus alpa dan lalai dalam keasyikan dunia yang di bentangkan oleh musuh-musuh Allah.

*Terhadap ibu bapa. Yang memberi galakan dan dorongan dan tiada bantahan terhadap anak-anak. Bila kecenderungan anak nak masuk AF sebagai contoh, ataupun sukan yang tidak menutup aurat renang misalnya, gimnastik, ataupun anak itu suka memakai pakaian yang menjolok mata,walau sekalipun bertudung, jawapan mereka
"Tak apalah nak.Dah kau minat. Mak dan ayah tak mau halang. Teruskan usaha dalam mencipta nama. Bagi mak ayah bangga dengan kau nak." Tatkala nama-nama mereka muncul di corong-corong radio dan tv, mereka bangga. Tapi di manakah kebanggaan Allah dan rasul? Di manakah kedudukan hukum Allah dan rasul?

*Ulama saya bahagikan pada dua.
a) Aktif
b) Pasif
--->> Aktif= mereka yang bijak dalam berbicara,menyampai,adil dalam meletakkan hukum. Mereka turun kepada masyarakat dan menyampaikan ilmu dan dakwah. Mereka ini menjadi rujukan di dalam masyarakat. Dan masyarakat tertarik untuk hadir di dalam kuliah-kuliah mereka. Tiada masalah dalam kelompok ini. Walau bercanggah antara mereka, masing-masing berhujjah dengan dalil masing2
--->> Pasif= mereka ini lambat,tidak adil dalam berbicara. Hanya menyebelahi sesuatu pihak tanpa melihat pihak yang lain dalam membuat kerja. Menjadi sasaran sebahagian pemimpin untuk di jadikan kambing hitam mengeluarkan fatwa yang menyebelahi pemimpin. Malah fatwa yang dikeluarkan kadang-kadang meragukan. Walaupun terjadi percanggahan sesama mereka, mereka tidak terbuka hati dalam masalah perbezaan pendapat. Bahkan yang menyedihkan ada juga yang menyeru kepada masyarakat untuk menjatuhkan kerajaan dengan mengangkat senjata. Ini tidak di ajar oleh Islam untuk menjatuhkan dengan senjata.

*Pemimpin. Mereka tidak menjadikan ulama yang sebagai penasihat mereka. Tidak menjadikan Al-quran dan As-Sunnah sebagai panduan dalam pimpinan dan budaya masyarakat di negara kita. Mereka mengambil orang-orang yang sama pemikiran dengan mereka. Kalaulah mereka berkata
"Wahai rakyat sekalian pergilah bersama dalam menuntut agama pada guru2 agama yang mursyid. Di samping itu teruskanlah dalam membangunkan negara dan menjaga keselamatan"
alangkah indahnya. Mereka tersalah anggap bahawa golongan agamawan tidak bijak dalam memimpin dan memberikan pendapat dalam pentadbiran.
Tapi apa yang kita jumpa, mereka yang membentangkan kita dengan wang ringgit dan hiburan. Tidak di nafikan mereka juga membentangkan sekolah agama, tidak melarang untuk membuat kelas-kelas agama, semoga Allah merahmati usaha kerajaan dalam memberikan ruang untuk agama Islam. Tapi sejauh manakan promosi melalui percakapan pemimpin tersebut? Sejauh manakah promosi pelajaran dan kuliah agama di war-warkan di media massa? Sebanyak manakah wang yang dilaburkan oleh pemimpin dalam menyedarkan masyarakat bahwa pentingnya agama dalam diri dan setiap individu. Bandingan promosi untuk pilihanraya. Bandingan untuk promosi hiburan dan sukan tanah air. Bandingan dengan promosi itu dan ini.
Sekianya promosi ini di seimbangkan, dan meletakkan agama nombor satu maka ianya akan menjadikan masyarakat yang tidak goyah dengan isu murtad. Masyarakat akan lebih bersikap pro dalam mendepani golongan yang cuba untuk memurtadkan orang Islam itu sendiri. Bahkan dengan secara tersendiri Islam itu tampak hebat dan megah di mata-mata orang kafir dan menarik di jiwa mereka. Sebaik-baik dakwah ialah dengan akhlak yang tinggi. Keruntuhan akhlah di kalangan masyarakat Melayu Islam tidak di nafikan.

Tidak semua apa yang saya katakan di atas tadi samada diri kita/ibu bapa/ulama/pemimpin tidak menjalankan tugas dan amanah Allah dengan baik. Malah kita boleh jumpa ramai di antara mereka ini jauh lebih baik dari apa yang disangkakan. Dan tidak boleh untuk kita mahu mengatakan semuanya. Tapi sebahagiannya. Pembaca yang dihormati, perbezaan akal, kecenderungan hati dalam memilih sesuatu parti tidak ada salahnya. Mengapa perlu bermasam muka kerana kepartian. Sedangkan mereka yang di atas mengaut keuntungan berganda-ganda, kita pula memutuskan silaturrahim dan tidak bertegur sapa. Amatlah rugi serta menyedihkan umat islam kian hancur dan berpecah sesama kita. Hanya kerana perbezaan politik. 
Akhirnya,perlu untuk individu mempunyai kesedaran melalui nasihat dari ibu bapa dan ulama. Pemimpin perlu memainkan peranan dalam mencorakan dan melaburi masyarakat yang gemilang dari segi akidah,soal hukum hakam,kemahiran dalam pentadbiran dan selainnya. Ulama perlu mendekati pemimpin. Dan pemimpin mesti menerima teguran dari ulama. Ulama perlu dijadikan penasihat dalam pentadbiran. Dan ulama perlulah bersikap lebih adil dan menjauhi dari pergaduhan atas sebab percanggahan pendapat 
Kita umat Islam semuanya bersaudara. Rapatkan pertalian persaudaraan sesama kita. wallahu a'lam.
p/s : TuntuT ilmu baru tahu itu dakyah Kristianisasi. Pergi jumpa guru-guru. Nak berguru pun tengok-tengok juga. Baru xde salah menyalah, tuduh menuduh. Dan suka untuk saya ingatkan, hukum demonstrasi aman itu halal. Demonstrasi yang mengangkat senjata dan memusnahkan harta benda itu haram.  (Fatwa Darul Ifta' Mesir) . Provokasi juga haram. Kejatuhan sesuatu kaum itu adalah keuntungan sesuatu kaum yang lain. Fikir-fikirkanlah.
Wallahu a'lam.

Monday

Sahih Isnad,Rijal Sahih & Ruwatuhu Thiqaat(صحيح الإسناد, رجــــال الصحيح,رواتــه ثقــات)

Assalamualaikum WBT,

Mungkin kita biasa jumpa kalau kita baca hadith dekat mana2 buku ke..atau kita dengar Masyaikh kita lepas baca hadith dia akan sebut perkataan-perkataan kat atas macam tu. Mungkin ada yang sudah tau,mungkin ada yang baru tahu,mungkin ada tidak tahu dan tengan mencari. Jadi saya nak kongsikan siket apa makna2 istilah2 (صحيح الإسناد, رجــــال الصحيح,رواتــه ثقــات). Kita terus pada tajuk :

Sahihul Isnad

Selain perkataan (صحيح الإسناد) kita jugak kadang-kadang jumpa perkataan Isnaduhu Sahih (إسنـــاده صحيــح) / Bi isnaadin Sahih (بإسنــد صحيح) . Ok,jadi apa dia Sahihul Isnad ni (صحيح الإسناد) ?
Perkataan-perkataan kat atas ni sebenarnya nak tunjuk rawi-rawi yang ada pada sanad dalam sesuatu hadith adalah dipercayai dan diyakini. Tapi kita kene ingat,bila disebut (صحيح الإسناد) tak semestinya 'sahih' juga matan hadith tu. Ok,baik. Saya datangkan satu contoh :

HADITH PERTAMA :

ثنا مسدّد,ثنا أبو عوانــة, عن داود بن عبدالله عن حميد بن حميري, قـال لقيت رجلا صحب النبي أربع سنيـن كما 
صحبه ابو هريرة قــال : نهى رســـوال الله (ص) ان تغتسل المرأة بفضل الرجل او يغتسل الرجل بفضل المرأة وليغترفا جميعا
Bermaksdu : " Telah menceritakan kepada kami Musaddad, telah menceritakan kepada kami Abu 'Awanah, daripada Daud bin 'Abdillah, dari humaid bin Himyari, dia berkata : Aku pernah berjumpa dengan seorang lelaki yang bersahabat dengan Nabi SAW selama empat tahun, seperti Abu Hurairah pernah bersahabat dengannya. Dia berkata : Rasulullah SAW melarang wanita dari mandi air lebihan lelaki,atau lelaki mandi air lebihan wanita. tapi hendaklah keduanya mencedok air bersama-sama
-Riwayat Abu Daud & Nasai-

Kalau kita rujuk dalam kitab "bulughul maram" kita akan jumpa gak hadith ni. Hadith no.6.  Imam ibnu Hajar ada sekalikan dekat bawah hadith tu dengan cakap (أخرجه أبو داود و النســائى، وإسناده صحيح
Kalau kita kaji,kita akan dapati betul sanadnya tak ada yang terputus atau rawi yang lemah. Tapi dekat sana ada satu periwayatan yang lebih sah dari riwayat yang kat atas ni. Diriwayatkan daripada Muslim :

HADITH KEDUA

عن ابن عباس ان النبي (ص) كان يغتسل بفضل ميمونة
Bermaksud : "Daripada Ibnu 'Abbas bahawa Nabi SAW pernah mandi lebihan air Maimunah"
-Riwayat Muslim- 

KETERANGAN :
Hadith yang pertama datang dengan riwayat yang melarang kita dari mandi air lebihan. Tapi hadith yang kedua pulak datang dengan Nabi sendiri buat. Adakah hadith berlaku ta'arudh? Tak, selamanya Al-quran & Hadith tidak akan berlaku ta'arudh.
Kalau kita katakan Larangan Nabi SAW pada hadith pertama tadi, kita nak kata dia makruh,maka Nabi SAW tak akan buat perkara yang makruh. Kalau kita nak kata dia sebagai khusus untuk Nabi SAW,jadi kita perlu ada dalil yang jelas untuk kuatkan dia sebagai khusus kepada Nabi SAW. Jadi macam mana nak buat?

*** Perbezaannya ialah : 
--->Sahihul Isnad (صحيح الإسناد) = Sanadnya sahaja SAH,matannya tidak SAH kerana datangnya Hadith yang lebih SAH.

--->Hadisus Sohih (حديــث الصحيح) = Sanad dan matannya sekali SAH.
Jadi kesimpulannya (صحيح الإسناد) darjatnya di bawah  dari yang disebut (حديــث الصحيح)

Rijal sahih

Satu riwayat atau sanad hadith yang mana terdiri dari rawi-rawi bagi Bukhari. Perawi-perawi dari Imam Bukhari adalah di sepakati oleh ulama bahawa mereka adalah perawi yang Thiqah (dipercayai). Sebab Imam Bukhari sangat berhati-hati dalam melihat perawi dan menentukan hadith. Tapi bila sebut Rijalus Sahih (رجــــال الصحيح) tak semestinya membawa makna matnnya jugak sahih. Saya bawakan contoh :

حدثنا محمد بن موسى البصري حدثنا زياد بن عبدالله  حدثنا عطاء بن السائب عن أبي عبد الرحمن عن ابن مسعود قـــال : قــال رسول الله (ص) طعام أول يوم حق، وطعام يوم الثاني سنة وطعام يوم الثالث سمعة ومن سمّع سمّع الله به
Bermaksud : " Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Musa al-Basri, telah menceritakan kepada kami Ziyad bin Abdillah, telah menceritakan kepada kami 'Atha' bin Saib, daripada Abi 'Abdirrahman, dari Ibnu Mas'ud dia berkata : Rasulullah SAW telah bersabda : "Makanan (walimah) pada hari pertama wajib, dan makanan pada hari kedua sunnah, dan makanan pada hari ketiga adalah sum'ah. Siapa yang mahu didengar-dengarkan makaAllah akan menunjukkan aibnya"
-Riwayat Tirmidzi-

Pening kan tengok rawi-rawi macam ni bersusun-susun. Ok,kita ringkaskan dia.
1)Tirmidzi
2)Muhammad bin Musa
3)Ziyad bin 'Abdillah
4)'Atha' bin Saib
5)Abi 'Abdirrahman
6)Ibnu Mas'ud
7)Habibuna Rasulullah SAW

Penjelasan :
Perawi dari no 2-no 6 semuanya boleh kita dapat dalam perawi Imam Bukhari.  Dan Imam ibnu Hajar kata "Rijaaluhu Rjialus sahih"-Sila rujuk kitab " Bulughul Maram"

Tapi kalau kita tengok kitab Subulas Salam,syarah bagi Bulughul Maram ni..ada jelaskan  Ziyad dengar dari 'Ata' bin Said masa dia sudah berubah hafalannya sebab lanjut usia. Tapi Riwayat dalam Imam Bukhari yang ada 'Atha' bin Saib adalah periwayatan semasa 'Atha' bin Saib masih kuat ingatan dan hafalan dia tak berubah. Maka sebab tu, hadith yang mana disebutkan (رجــــال الصحيح) tidak disebutkan sebagai hadith sahih (حديــث الصحيح) walaupun rijal yang ada dalam periwayatan tu sahih dan sama dalam perawi di dalam Bukhari . 

Ruwatuhu Thiqaat

Ok baik. Kita dah jelas berkaitan dengan Sahih isnad/Rijal sahih. Sekarang kita nak masuk pulak pada : 

*Ruwatuhu thiqaat(رواته الثقـــأت). Ruwatuhu Thiqaat ni ada nama lain jugak. Antaranya :
a)Macam Rijaaluhu Thiqaat(رجـــأله الثقات)
b)Rijaluhu Muwathiquun (رجــاله موثقون) 

Tapi Ruwatuhu thiqaat(رواته الثقـــأت) & Rijaaluhu Thiqaat(رجـــأله الثقات) adalah sama dari segi kekuatan. Tapi berbeza dengan Rijaluhu Muwathiquun (رجــاله موثقون) .

Rijaluhu Muwathiquun (رجــاله موثقون)  ni, dia menunjukkan rawi-rawi yang tak berapa jelas dalam kedudukannya sebagai perawi yang thiqah. (ثقة). Dan ia diperselisihkan oleh ulama. Tak kirelah samada dari sebab 
1) beberapa keterangan yang menyatakan dia sebagai thiqah (ثقة)
2) beberapa jalan (طرق) yang menjadikan dia sebagai perawi yang thiqah.

Dan semuanya hampir sama macam Sahihul Isnad (صحيح الإسناد) kedudukannya,
Ruwatuhu thiqaat(رواته الثقـــأت) = Melihat pada perawi
Sahihul Isnad (صحيح الإسناد) = Tengok pada perawi & jalan menyandarkan perawi.

Macam Sahihul Isnad (صحيح الإسناد), bila kata Ruwatuhu thiqaat(رواته الثقـــأت) tak semestinya matan dia juga sah dan diterima.

Wallahu a'lam 

Silakan Sahaja Untuk Demonstrasi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Saya ada melihat beberapa video daripada kalangan ilmuan yang membahaskan berkaitan demonstarsi dan menasihati pemimpin yang zalim. Saya tidak mahu menghurai secara panjang berkaitan itu,cuma saya ingin menasihati diri saya sebagai orang awam dan beberapa orang awam yang lain.

Memang benar hadith untuk mentaati pemimpin itu hadith sohih. Tapi tolonglah,
JANGAN FAHAM HADITH DENGAN ZAHIR HADITH sahaja.Jangan jadi kaum muda. Sila rujuk pada
1)syarah pada hadith&sebab warid hadith
2)feqh hadith
3)kaedah usul feqh dlm menentukan hukum pada hadith dll

Dan mungkin disana juga ada perbahasan dan pendapat ulama TERIKINI berkaitan sesuatu hadith. Dgn kaedah

"Berubah kerana berubahnya zaman dan keadaan"
"Tiada ketaan pada makhluq yang bermaksiat pada Allah"

Kita jugak kene faham,zaman Rasulullah SAW dan salafussoleh,mekera ini sebaik2 kurun. Ini adalah jaminan Rasulullah SAW. Akan tetapi pada zaman ini ada sebahagian pemimpin ,Perjudian menjadi "pusat judi halal & terbesar" " Pembuatan arak berleluasa".Dan mengapa perlu rakyat yang mempunyai kerajaan yang zalim boleh untuk bangkit menjatuhkan kerajaan yang zalim??? KERANA :

Kerajaan yang sedia ada BUKAN dipilih melalui SYURA seperti yang termaktub dalam perlembagaan ISLAM. Tapi dipilih dengan jalan PILIHANRAYA yang mengangkat suara RAKYAT. Walaupun sebenarnya Demokrasi adalah sistem yang tidak selamat dalam mentadbir  sesuatu negara kerana:
Demokrasi ialah satu sistem yang mengangkat suara teramai  dalam menentukan sesuatu. Jadi kalau macam tu, sekiranya dalam 1 kampung atau parti atau persatuan ada 1000 orang ahli. Dan 800 daripadanya ialah orang jahat. Maka mahu tidak mahu tetap juga mengangkat suara 800 orang jahat tu tadi.
Dan RAKYAT berKUASA untuk menjatuhkan apa yang dia telah diBANGUNKAN. Sebab itulah Ramai manusia ingin mengembalikan sistem Khalifah Islam yang mengamalkan apa yang terkandung pada Al-quran & As-Sunnah kerana kelebihannya yang sukar digugat dan YAKINLAH rakyat akan menjadi aman bila sistem ISLAM dilancarkan.

Tak tahu bertanya. Dan zaman sekarang ni. perlu pilih2 untuk bertanya mahupun membeli buku2 agama. Sebab sekarang fitnah dalam agama islam terlalu banyak. Tapi tidak salah untuk membeli dan membaca selagimana ianya orang islam walau berlainan fikrah atas sebab Ilmu. Berkata Syaikhuna alim kaamil fi hadith as-syareef wa ulum hadith Profesor Dr.Mustafa Abu Sulaiman an-nadwi :
"Bila kamu mendapat sesuatu ilmu maka semak dan rujuklah semula apa yang diperkatakan. Bukan berdasarkan tidak percaya pada ulama tersebut. Tapi berdasarkan ilmu". 

"Siapa yang melihat kemungkaran,maka tegahlah dengan tangannya(kuasanya)"al-hadith
-Kepada Allah kami meminta pertolongan dan bantuan-

Kahwin..Kahwin..Kahwin

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Yang mentadbir bumi dengan kekuasaannya dan keesaannya. Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarganya,sahabatnya serta yang mengikuti mereka itu dari semesa ke semasa hingga hari penentuan kelak.

NIKMAT ALLAH

Hari ni, 28/3/2011 sudah 38hari saya berada di Malaysia. Kerana dibawa pulang oleh kerajaan Malaysia dari Mesir-Jeddah-Malaysia. Nyaman betul udara di Malaysia. Selepas 4 bulan meninggalkan bumi Malaysia, rindu semula melihat wajah-wajah orang yang tersayang di tanah air sendiri. Sebenarnya saya dah balik tahun lepas. Ada rezeki lebih,balik lah masa tu. Tak sangka pula kene patah balik ke Malaysia selepas 4 bulan. 'ala kullhi haalin Alhamdulillah. Syukur atas nikmat-nikmat Allah. Kalau nak cerita pasal nikmat Allah ni,luas tak terhingga. Cuma kadang-kadang kita lupa akan nikmat yang Allah dah bagi pada kita. Bila dapat barang baru,nikmat baru,baru lah kita nak ingat Allah. Barulah kita nak ucap Alhamdulillah. Tapi kita lupa nikmat-nikmat yang pernah kita dapat sebelum ni. Kata Hamka :

"Yang ada sekarang ini pada diri kita sudah menjadi harapan kita semua."

Sesekali tengok blog saya yang dah bersawang ni, malu jugak dengan blogger-blogger yang lain. Aktif menulis. Aktif berdakwah dan menyampaikan ilmu. Dulu mula-mula saya semangat,buat account google, kemaskini artikel,macam-macam lagi lah. Sifu saya pasal blog ni ada 2 orang. Orang pertama yang memperkenalkan saya denagn BLOG ialah Ustaz Zaki bin Md.Noor. Dan yang kedua Arwah ustaz Hidayahsufie bin Mohad Khalid. Semoga Allah merahamati roh beliau.

Dalam tempoh saya balik ke Malaysia,bila log-in sahaja Facebook ada je update album perkahwinan dari kawan-kawan lama samada yang dari SMAKJ atau dari Maahad Johor atau pun kawan-kawan mereka di Universiti mereka. Syukur saya panjatkan kesyukuran ke pada Allah SWT kerana mereka telah menyempurnakan sebahagian dari iman mereka.




JOM KAWEN!

Kalau cerita bab kahwin ni,semua orang suka. Kalau tak suka tu pada saya dia tak normal. Junjungan kita Nabi Muhammad SAW diutus sebagai petunjuk dan rahmat kepada sekalian makhluq Allah. Dan Nabi sendiri menggalakkan kepada pemuda-pemuda khususnya untuk berkahwin. Ok,saya datangkan 1 hadith yang cukup masyhur diguna pakai untuk berkahwin.


عن ابن مسعود رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : يا معشر الشباب من الستطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحسن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء


Maksudnya : Dari Ibnu Mas'ud radhiallahu 'anhu telah berkata Nabi SAW bersabda : Wahai golongan pemuda belia,sesiapa diantara kamu semua yang mampu untuk berkahwin maka hendaklah dia berkahwin. Kerana dengan berkahwin itu dapat memelihara pandangan dan memelihara naluri jantina. Dan bagi sesiapa pula yang tidak mampu(untuk berkahwin tapi ada keinginan) maka keatasnya hendaklah dia berpuasa. Kerana sesungguhnya puasa itu dapat melemahkan nafsunya.

Kalau kita tengok dalam hadith tadi,hadith tu menyebut "pemuda/belia" bukan dewasa. Siapa dia golongan "pemuda/belia" ni? Yang disepakati ialah mereka yang dah lepas zaman kanak-kanak. Tempoh peralihan sifat antara 2 zaman ni mula dirasa remaja/belia tadi macam wujud sifat tanggungjawab dalam diri. Tapi itu cuma secara rawak. Yang secara jelas diantara tanda-tandanya ialah timbul naluri ingin berkahwin,ingin ada anak sendiri,rasa sunyi tanpa lelaki atau perempuan dalam diri mereka. Jadi bila dah macam tu,dalam Islam mereka telah diletakkan tanggungjawab apa je yang mereka dah buat mereka kene tanggung,samada baik atau buruk. Tapi ada pendapat kata mulanya remaja itu ialah masa waktu baligh sampailah umur 30 tahun. Pendapat yang lain ada kata sampai 40 tahun.

SEMANGAT DAN KEMAMPUAN

Zaman sekarang ni lah,ramai remaja rasa dia dah mampu berkahwin. Tak macam remaja zaman mak ayah kita dulu-dulu. Nak cakap "nak kahwin" tu,pehh...macam ada gunung disangkut dekat mulut. Semangat beta yang ada dalam diri dia membuak-buak. Semangat sahaja tak bawak apa-apa pun. Semangat itu bagus. Tapi jika berlebihan jadi tak bagus pulak. Bukan saya kata lah. Pakar motivasi yang kata. Kata Dr.HM Tuah Iskandar, dalam diri manusia ni ada semangat beta. Tapi bila dah terlalu semangat, maka keburukan akan berlaku. Nampak je kawan-kawan dia kahwin,semua rasa dia juga dah mampu untuk berkahwin. Dia dah mampu untuk jaga keluarga dan anak-anak.

Tapi ada jugak orang cuma bersemangat je. Tak fikir kesan jangka masa panjang. Jadi bila semangat je lebih ni,keluarga pulak dibelakangkan,tanggunjawab dari segi nafkah zahir dan batin letak belakang, peratusan untuk tidak selamat dalam membina keluarga tu besar. Yang penting kahwin. Amboi.mentang-mentanglah baru balik dari masjid. Masjid pulak khutbah pasal suruh kahwin cepat, macam-macam dalil yang die keluarkan. Last bersikap biadap pada orang tua dan orang tua berkecil hati. Kan jadi lain tu. Jadi kemampuan berkahwin ialah kemampuan dalam bentuk:

1)Subur dan Sihat tubuh badan
2)Tanggungjawab,wang dan kehidupan dalam rumahtangga

Kalau 2 benda ni remaja/belia tadi dah boleh wujudkan ketika dalam rumahtangga jadi bersegeralah berkahwin. Jangan tangguh-tangguh. Maka ikutlah sunnah Nabi SAW.

Kepada yang membaca ni,kita kene ingat dan sampai-sampaikan pada yang mungkin lupa jap. Kahwin ni bukan untuk menambah kesusahan ataupun kesempitan dalam hidup. Bukan jugak untuk menyekat dan mengongkong kebebasan tapi perkahwinan ialah batu asas dalam membina 1 masyarakat yang teratur sistem dalam perhubungan antara lelaki dan wanita yang melahirkan generasi yang baik serta sihat dari segi rohani dan jasmani. Baik,saya datangkan lagi 1 hadith Nabi dengan maksud :
"Berkahwinlah kamu semua,kerana dengan perkahwinan,isteri-isteri itu akan menolong kamu,sesungguhnya aku bermegah dengan kamu di hari akhirat nanti"

JANGAN LEWATKAN PERKAHWINAN JIKA SUDAH MAMPU

Kalau badan tengah sihat,dah boleh menanggung isteri dan anak-anak kelak,tenaga dan keewangan sudah mengizinkan maka kahwinlah! Kenapa nak ditangguh-tangguh kahwin ni. Sebab dia akan jadi penghalang dan penyebab untuk manusia dari termasuk ke dalam arena penzinaan. Kenapa saya guna arena? Sebab zina sudah luas. Ada di merata-rata tempat. Hari-hari surat khabar yang 'popular' tu tak kiralah muda ke tua ke,semua suka beli surat khabar tu. Almaklumlah...cerita-cerita yang di beri memang 'hot'. Konon-konon nak jadi kan pengajaran untuk rakyat,tapi rakyat pulak rase best dan rasa nak cuba pulak.Macam-macam..

Selain tu jugak,kalau kita melewat-lewatkan untuk berkahwin risau-risau nanti tak sempat nak didik anak,ditakdirkan kita pergi menghadap ilahi awal. Sudah sampai ajal. Terkontang kanting anak tadi ni tanpa didikan dan kasih sayang dari orang tua.
Dan kesan dari pemuda-pemuda melewat-lewatkan kahwin ni,akan ramailah gadis-gadis tua atau dalam singkatannya "andartu" dengan secara tidak sengaja memendek tempoh subur diaorang ni. kesian. Dan golongan gadis ni jugak mudah terdedah pada maksiat dan rosaklah keturunan serta zuriat nanti.

Tapi lain pulak cerita sebahagian mereka yang tak nak kahwin. Macam-macam alasan yang dia bagi nak hidup bujang. Ha,hidup bujang memang seronok. Tak ada sape nak halang apa yang kita nak buat. Nak balik pukul berapa pun tak ada siapa yang peduli. Kalau bangun lambat pun tak ada siapa nak bising. Antara sebab ramai yang nak pilih hidup bujang
1)Jimatkan duit

Dengan gaji yang siket. Kerja pun tak seberapa,keperluan yang mendesak. Senang cerita gaji bulanan cukup-cukup untuk diri sendiri. Bila dah kahwin kene bahagi-bahagikan pulak. Orang macam ni sebanarnya takut dengan bayang-bayang sendiri. Alangkah indahnya kalau dia dengar dan yakin dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud :

"Berkahwinlah kepada wanita-wanita,kerana mereka(wanita-wanita) akan mendatangkan harta"

2)Boleh menonton rancangan TV dengan suka hati.
Penah jumpa tak keadaan macam ni
"Ayah,aman nak tengok kartun" atau
"Abang,alaaa..kenapa tukar siaran TV tu..tak bestlah. Drama tadi best. Tukar lah balik"
Alsan ini sebenarnyaa nak tutup kekurangan diri sendiri. Tak boleh nak menonton rancangan TV kesukaan. Kepada mereka-mereka yang guna alasan ni, matanglah siket. Mengalah bukan bearti kalah. Janganlah sebab TV sampai pilih nak membujang. Sebab itu dalam perkahwinan persefahaman serta toleransi perlu dalam membuat keputusan. Sebagai seorang suami maka anda berpeluang untuk mendapat darjaat yang tinggi jika berbuat baik pada isteri serta keluarga. Sabda Nabi SAW :

خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهلي
Bermaksud : "Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik pergaulannya kepada keluarganya dan aku adalah orang yang paling baik diantara kamu di dalam pergaulan bepada keluargaku"

Dan juga Hadith Nabi SAW :
خياركم خياركم لنسائهم
Bermaksud : Orang yang paling baik diantara kamu ialah orang yang paling baik kepada para isterinya

3)Pengalaman pahit bercinta

Percaya atau tak,tapi inilah hakikat. Ramai remaja/belia kat luar sana kalau bercinta atau menjalinkan hubugan,dieorang meletakan target untuk kahwin. Dalam sms cerita kahwin,jumpa cerita kahwin,chat,email cerita kahwin. Tapi tak semua yang diharapkan menjadi dalam hidup ni. Tiba-tiba banyak pulak masalah yang kene lalu. Jadi bila banyak masalah, luka lah hati. Makin banyak dia berkawan,makin banyak yang separuh jalan. Makin banyaklah luka2 dihati. Rancanglah apa pun. Letak lah penghadang besar dan panjang macam tembok besar china, tapi kalau Allah tak izinkan maka tak ada satu tangan atau kuasa yang dapat halang kehendak Allah. Firman Allah SWT :
ومكروا ومكرالله والله خير المكرين
Bermaksud : Mereka merangcang dan Allah juga merancang. Dan Allah sebaik-baik perancang

Kalau dieorang tahu ayat ini,maka diaorang tidak akan kenal akan arti putus asa. Serta Tawakkal dan berserah pada Allah SWT. dan kehendaknya.


PERKAHWINAN BUKAN TEMPAT PEMUAS NAFSU

Perkahwinan bukanlah tempat untuk lepaskan nafsu yang tertanggung je,tapi dia jugak bertindak pada naluri supaya tak rakus yang jadi perosak kepada zuriat. Perkahwinan yang dikehendaki mengikut hadith bertujuan untuk jaga diri daripada nafsu buas dan jaga mata dari terpedaya pada syaitan dan kalaulah dia terpedaya jugak,apa lagi, jadilah penzinaan dan jugak maksiat macam yang jadi pada remaja/belia kita sekarang.

Dan PERINGATAN!.

Perkahwinan bukan jugak untuk suka-suka dan jangan dijadikan perkara mainan. Sekejap kahwin. Sekejap cerai. Kahwin lagi. Cerai lagi. Ataupun jadikan perkahwinan ni shortcut untuk puaskan nafus. Bila dah lepas,boleh lepaskan ikut suka hati. Ingat,Allah melaknat orang-orang yang macam ni. Hadith dari Nabi SAW yang bermaksud :
"Allah melaknat lelaki dan wanita yang suka berkahwin dan bercerai dengan tujuan memuaskan nafsunya yang buas"

Semoga apa yang saya sampaikan disini dapat memberi sedikit pengajaran serta ikhtibar bagi tatapan kita semua.Kita hanyalah hamba Allah kerdil yang tidak dapat melakukan apa-apa kecuali dengan izin Allah S.W.T..Saya hanya hamba yang tidak terlepas dari sebarang kesalahan dan hina disisinya seta tidak memiliki apa-apa pun.Dan mungkin apa yang saya sampaikan disini tidak tepat dan terdapat beberapa kesalahan..Sekiranya ada saya memohon ada pihak yang memperbetulakn kesilapan penulisan ini yang lari dari Al-Quran dan sunnah serta memohon maaf dan menarik semula apa yang saya sampaikan disini.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Nukilan Ini, Jangan Lupa Memberi Sebarang Komen Sebagai Tanda Ingatan Anda