Assalamuialaikum warahmatullahi wabarakatuh. alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya maka sekali lagi saya dapat menulis artikel di dalam blog ini buat sekian kalinya. Dan syukur yang tidak terhingga saya panjatkan kehadrat Allah SWT kerana masih lagi diberi 2 nikmat yang paling besar iaitu Iman dan Islam. Segala puji dan puja saya panjat kepada Allah sahajalah yang menjadikan alam serta mengatur setiap pergerakan ataupun menetapkan sesuatu.
Tiada apa yang ingin saya kata untuk kali ini,walau hakikatnya terlalu banyak untuk saya dan pembaca sekalian berkongsi ilmu untuk dijadikan bekal di perhentian musafir kita. Pejamkan mata sejenak..kosongkan fikiran kita..dan bawalah fikiran dan hati kita serta bawalah 'jasad' kita beterbangan dari tempat duduk anda sekarang ke satu padang pasir yang luas tiada sempadan luasnya. Tempatkan diri kita seorang diri di tengah-tengahnya. Maka itulah kita bagaikan sedang dalam perjalanan di muka bumi ini yang luas menuju kesatu tempat pengakhiran iaitu padang mahsyar yang telah di janjikan Allah. Akan tetapi sebelum itu kita akan berjumpa dengan satu alam yang dinamakan sebagai alam barzakh.
Persoalan hidup dan mati sering menjadi buah mulut masyarakat samada kita menyedarinya atau tidak. Sesungguhnya pancaindera manusia tidak mampu untuk menetapkan hal yang berkaitan hidup dan mati. Kalau ada pun hanya dengan teori. Dan teori biasanya terjadi kesalahan. Salah satunya teori Charles Darwin. Saya tidak mahu berbicara pantang berkaitan kecacatan teori dan pemikiran manusia berasal dari monyet, akan tetapi,saya lebih cenderung untuk memperkatakan berkaitan alam kubur dan kematian.
Pembaca sekalian,ketika ajal semakin hampir,maka mendekatila sakratulmaut. Kemudian,kehidupan yang nikmatnya sementara,berpindah ke alam kubur. Gambaran kehidupan di alam kubur ini amatlah singkat dan akan berakhir apabila datangnya hari kebangkitan. Ianya begitu seketika,bahkan Allah telah memberitahu di dalam Al-quran singkatnya waktu di dalam kubur hanya seperti 'ziarah'. Cuba anda semua membuka Al-quran surah (at-takaathur 1-2) yang bermaksud:
(Bermegah-megah telah melalaikan kamu. Sehingga kamu masuk(ziarah) ke dalam kubur). Sebagaimana seorang pelancong,dia hanya menziarahi tempat y ditujunya hanya seketika. Maka di dalam kubur ini akan berakhir bila hari kebangkitan menjelma.
Di dalam alam kubur nanti,tiada lagi ketetapan masa untuk semua penghuninya. Sebab itu,walaupun manusia memasuki alam kubur ini sejak awal usia dunia hingga hari qiamat,tidak mustahil dia rasa hanya 1 hari atau setengah hari. Allah memberikan kepada kita semua 1 contoh dari kisah ashabul kahfi yang ditaqdirkan allah tidur selama 309 di dalam gua. Allah SWT berfirman yang bermaksud: (dan demikianlah kami bangunkan merekat agar mereka tertanya-tanya di antara mereka sendiri. Bertanyalah salah seorg dari mereka,'sudah berapa lama kamu berada disini?' mereka menjawab ' kami berada disini sehari atau setengah hari.) Mengapa mereka menjawab 'kami tinggal baru sehari atau setengah hari? Ini kerana ketika mereka memandang wajah dan pakaian,sedikitpun tiada yang brubah. Semuanya sama seperti mula mereka masuk ke gua dan tertidur. Dan kalau terjasi perubahan pada mereka,macam kuku menjadi panjang,rambut dan kening jadi putih,dan muka mereka menjadi tua,pasti mereka tak berkata sedemikian rupa.
Begitulah Allah memberi gambran kehidupan didalam kubur. Manusia akan bangkit denga jasad yang sama seperti mereka dikebumikan. Seorang bayi yang mati tak akan menjadi orang tua yang begitu tua pada saat dibangkitkan dari kubur kerana dimakan usia. Adakah bayi pada zaman mesopotamia bili dibangkitkan akan menjadi rambut dan kuku yang panjang,sudah beruban dan sebagainya? Ini adalah satu gambaran yang tidak tepat. Allah telah menjelaskannya di dalam Al-quran aka hal ini. Allah telah berfirman di dalam Al-quran dengan maksud
(berapa tahunkah kamu tinggal di di bumi? Mereka menjawab 'kami tinggal sehari atau setengah hari,maka tanyalah orang-orang yang menghitung.) almukminun 112-113. Sila rujuk tafsir anda.
Dalam keterangan di atas dapat kita ketahui bahawa di dalam qubur mempunyai undang-undang yang tersendiri. Di sana tiada waktu sehingga manusia terlepas dari undang-undang waktu.
Jadi mungkin anda tertanya-tanya "jika tiada masa masa,bagaimana dengan siksaan kubur?" Apakah ada?jawabnya tidak ada. Proses penyiksaan terjadi setelah hisab. Akan tetapi di dlm kubur Allah hanya memperlihatkan keacaan di dalam syurga atau neraka. Memperlihatkan keadaan itu adalah agar orang mukmin tahu akn kurnia Allah bahawa dia telah dixelamatkan dari api neraka. Dan begitulah sebaliknya.
Orang mukmin dapat merasakan kurniaan Allah dan rahmatNya. Dan orang kafir mereka amat sengsara. Allah dah merakamkan kesengsaraan orang kafir di dalam kubur dalam Al-quran. Firmannya bermaksud :
"kepada mereka diperlihatkan neraka pada pagi dan petang dan pada hari terjadinya qiamat.(dikatakan pada malaikat : )"masukkanlah fir'aun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat pedih" almukminun 46. anda boleh rujuk tafsir anda.
Tapi dimana keadaan neraka itu diperlihatkan kepada kaum firaun? Apakah ketika mereka di dunia.? Bukan, sebab jika hal demikian rterjadi maka mereka walau sesaat mereka tak akn menyembah firaun,tapi akan membunuhnya dan melemparkannya ke dalam laut. Jadi dimana?akhirat? Semestinya bukan kerana akhirat adalah tempat penyiksaan bagi orang kafir. Jadi dimana tempat diperlihatkan seksaan neraka seperti ayat di atas? Maka di kubur adalah jawapannya. Di dalamnyalah tempat mereka diperlihatkan keganasan api neraka. Mereka melihat pada pagi dan petang. Tapi apa yang di maksudkan pagi dan petang? Telah berkata 'alim 'allamah as-syeikh Prof.Dr.Muhammad Mutawalli Sya'rawi "Tidak ada sesiapa sesiapa yang dapat menjelaskan hal ini. yang jelas hanya ada satu siksaan dalam kubur ialah seksaan dalam bentuk seksa api neraka. Adapun seksaan sebenar akan diterima dia khirat kelak setelah manusia di hisab. Wallahu ta'ala a'laa wa'a'lam.
Assalamu'alaikum kepada permbaca sekalian..jika kita berbicara berkenaan niat, maka kita sudah tahu ianya adalah satu perkara yang mencakupi keseluruhan amal perbuatan. Sebagaimana hadith yang begitu masyhur pada kita, dari Umar radhiallahuanhu yang bermaksud :
"Sesunggunya setiap amal perbuatan itu dikira berdasarkan niat, dan sesungguhnya setiap apa yang diniatkan, sesiapa yang berhijrah kerana dunia dan inginkannya, atapun kerana wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu menjadilah apa sebab yang dia hijrahkan"
Al-Imam As-Syafie rahimahullah mengatakan bahawa hadith yang menceritakan berkaitan dengan niat telah merangkumi sebanyak 70 bidang ilmu didalamnya. Ini menandakan bahawa niat itu sangat dititikberatkan di dalam aspek kehidupan yang mana setiap perlakuan mestilah dengan niat. Dan ada juga satu hadith junjungan kita nabi Muhammad SAW yang berbunyi :
إنما يبعث الناس على نيّاتهم
" Sesungguhnya akan dibangkitkan manusia itu mengikut keatas apa yang diniatkan mereka"
Maka atas sebab itu setiap ucapan,perbuatan, dan apa sahaja maka niat itulah yang kita rujuk kembali bagi menentukan samada ianya betul atau salah. Dan kini saya bawa kepada pembaca 1 lagi hadith yang mana ianya sebagai dalil bahawa niat itu adalah lebih diutamakan berbanding amalan. Dari Abi Musa Al-Asy'ari, Nabi Muhammad SAW bersabda :
نية المؤمن خير من عمله
"Niat seorang mukmin itu lebih baik dari amalannya"
Jadi dengan sebab adanya hadith di atas ini ulama berpendapat dengan mengatakan orang mukmin yang beribadah kepada Allah hanya sekejap dan sedikit pd usianya yang singkat, akan tetapi Allah SWT memasukan mereka kedalam syurga selama-lamanya. Kerana apa? Kerana walaupun dia beramal sedikit pada usianya akan tetapi niatnya untuk beriman dengan Allah SWT dan niatnya ingin meneruskan ibadahnya pada Allah SWT menjadikan ianya mendapat tempat di sisi Allah SWT. Akan tetapi jika kita melihat pada orang kafir, mengapakah Allah menjanjikan kekal didalam neraka untuk selama-lamanya? Kerana niatnya ketika pada hayatnya walau seketika untuk mengkufuri Allah dan tidak mahu menghambakan dari pada Allah SWT. Jadi apa yang penting disini ialah niat.
Jadi apa yang telah disebutkan tadi menujukan bahawa SEGALA AMAL PERBUATAN HENDAKLAH DILAKUKAN SEMATA-MATA KERANA ALLAH. Apa yang mesti difahami dengan jelas ialah jika sesuatu perbuatan itu berkaitan dengan ibadah maka niat kerana Allah itu adalah satu rukun untuk menentukan samada amalan itu sah atau batal, diterima atau ditolak. Manakala amalan yang berkaitan sesama makhluq, sepeti munakahat, mu'amalat dan sebagainya ianya menjadi penentu samada ianya MEMPUNYAI NILAI IBADAH ataupun tidak. Wallahu ta'aala a'la wa a'lam.
Assalamu'alaikum kepada semua pemcaba. Puja dan puji sekalian makhluq hanya untuk Allah. Selawat dan salam keatas baginda yang tercinta Nabi Muhammad SAW, serta bonda-bonda kita yang tersayang Saidatina Khadijah,Saidatina Aishah dan sekaliannya. Keatas ahli keluarganya,pejuang-pejuang yang sebenar sahabat-sahabat baginda (radhiallaahuanhum).
Lama betul saya tak menulis dalam blog saya ni. Dan hampir setiap kali ada saja yang bertanyakan "bila nak update blog, dah bersawang dah aku tengok" saya tersenyum sendirian. Untuk pengetahuan semua, saya bukanlah penulis blog tegar, tapi jika ada yang saya nak kongsi bersama saya akan tulis. Saya bukanlah seorang ilmuan yang hebat untuk menulis berbanding penulis-penulis blog yang hebat di mesir ini. Maka sebab itu, saya amat jarang sekali untuk update blog berkaitan ilmiah.
Tapi kali ni pulak.saya rasa tertarik untuk tulis pasal HIJAB(pemakaian tudung yang menutup aurat). Jadi semoga apa yang saya tulis kat sini pembaca dapat ambil pengajaran dan mengisi jiwa dengan ilmu yang ingin saya kongsi.
Hijab ialah salah satu perkara penting dalam urusan kemasyarakatan Islam. Ia adalah satu perkara yang sangat bersesuaian dalam keadaan kehidupan kemanusiaan. Pemakaian tudung bukanlah sesuatu yang direka dalam islam, dan dia adalah penerusan sambungan daripada sejarah kemanusian lama. Cuma, bentuk pemakaian mereka pada sebahagian bangsa dan negara mereka adalah tidak sama dengan apa yang telah ditetapkan di dalam Islam yang mana membentuk kepada kekuatan kehidupan masyarakat Islam itu sendiri.
Contohnya hijab telah ada pada zaman dahulu, salah seorang ilmuan barat berkata : "Kalaulah perempuan(yahudi) menghancurkan perundangan masyarakat Yahudi, maka dengan cara mereka keluar kepada lelaki tanpa menutup kepala mereka, ataupun ketika mengadu(berbual-bual) mereka meninggikan suara mereka dari rumahnya sehingga didengari jiran-jirannya,, maka suami dia berhak untuk menceraikannya tanpan mengembalikan maharnya"
Dan pada masyarakat Iran lama, mereka telah meletakkan kepada perempuan-perempuan yang sudah berkahwin, haram untuk si isteri melihat kepada bapanya sendiri dan adik beradiknya, begitu juga mereka diharamkan untuk melihat si isteri tadi.
Dan bagi ajaran kristian, telah diperintahkan kepada biarawati untuk menutup kepada yang biasa dilihat kecuali wajah2 mereka,tapak tangan mereka dan kaki mereka. dan gereja adalah satu tempat larangan untuk perempuan yang tidak menutup kepala masuk keadalamnya.
Adapun bagi masyarakat jahiliyyah arab, mereka tidak tahu langsung sedikitpun berkenaan hijab kecuali setelah datangnya Islam.
Jadi pada peringkat ini saya berharap dapatlah menjelaskan kepada mereka-mereka yang masih ragu dengan dakyah bahawa pemakaian tudung adalah satu rekaan dalam islam. Dan kalau kita semua rujuk pada buku ilmuan lama kita akan dapati tudung ini telah wujud di kalangan bangsa ibrani, ketika zaman Nabi IbrahimAS.
Seterusnya kita melangkah kepada pemakaian (barqa')purdah. Kalau dah cerita pasal barqa’, semstinya termasuk sekali berkaitan dengan hijab bukan? Ia dah disebutkan di dalam perjanjian lama( Taurat) dan perjanjian baru(Injil). Pada perjanjian lama(Taurat) Surah penciptaan bab 24. Ia menceritakan ketika Nabi Ishak bejalan dan memalui seorang wanita lantas wanita itu menutp mukanya dengan barqa' . Dan juga pada Surah penciptaan bab 38. Banyak lagi di dalam kitab mereka ni sebagai bukti yang saya tak tulis di sini.Jadi wajarkah mereka nak kata bahawa hijab ini adalah satu rekaan dalam Islam? wajarkah?
Kemudian kita menjelajah pula ke zaman Yunani dan pemerintahan Rom. Perempuan dari kalangan orang-orang yunani disuruh untuk duduk dirumah tanpa dibenarkan keluar(beruzlah). Dan perempuan dari bangsa Rom pulak telah dibuat satu undang-undang kepada mereka yang mengharamkan untuk wanitanya menzakirkan aurat mereka dan perhiasan mereka. Dan undang-undang itu diberi nama LEXOPPIA. Dan di dalam undang-undang ini juga kita dapati ia juga menyekat kepada wanita mereka dengan mengharamkan juga wanita dari berhias-hiasan berlebihan hatta di rumah. Jadi masih tak cukup lagi bukti bahawasanya pakaian hijab di dalam islam bukanlah satu ciptaan atau rekaan dalam agama islam.
Dan saya rasa tak perlulah saya cerita panjang lebar lagi berkaitan sejarah mulanya hijab ni melaui Taurat dan Injil. Sebab ianya bukanlah kitab rujukan untuk umat islam bagi mencari hukum hakam,pengajaran dan sebagainya.
HIJAB WANITA DI DALAM ISLAM
Hijab wanita di dalam Islam adalah satu perkara yang di syari’atkan Allah untuk menjaga mereka dari ancaman dan menjaga keselamatan dalaman dan juga luaran mereka. Samada kelembutan mereka dan membersihkan mereka dari sifat semberono yang tiada hala tuju ataupun ketinggian mereka di dalam Islam. Allah SWT berfirman di dalam Al-quran :
Bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.)
Maksudnya: “Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). (32) Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).
(33)
Kalau kita tengok pada ayat kat atas ni, kita tengok ayat tu digambarkan untuk isteri-isteri nabi. Tapi ayat ini juga merangkumi untuk seluruh wanita di dunia ini.
Kata Ibnu Kathir dalam tafsirnya : “Adab ini adalah perintah Allah untuk isteri-isteri nabi. Dan seluruh wanita hendaklah mengikuti perihal contoh isteri rasulullah dalah hal tersebut.”
Maksudnya : Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Kalau kita perhatikan ayat-ayat sebelum ni, kita dapati lelaki disuruh untuk menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan. Perempuan pun di suruh pada perkara yang serupa. Akan tetapi pada ayat sebentar tadi ni ada sedikit penambahan tuk perempuan. Cuba kita fakir semula, adakah ianya satu kepayahan atau kesusahan untuk wanita? Melabuhkan pakaian. Kerana apa? Untuk di pandang sebagai seorang wanita yang baik. Sebab apa? Bila baik, maka ia tidak akan di ganggu. Ini adalah jaminan dari Allah. Perhatikan keadaan sekeliling kita. Berita-berita rogol, cabul, dan sebagainya. Semestinya terhasil dari nafsu syahwat lelaki yang bangkit. Nafsu syahwat bangit dari mana? Dari aurat dan perhiasan seorang wanita yang mencairkan iman seorang lelaki.
HAD HIJAB PADA SYARA’
Banyak pendapat dan perbahasan yang berlaku yang berkaitan dengan hijab, samada ulama dahulu ataupun yang terkini. Ada yang mengatakan WAJIB untuk menutup wajah dan kedua tapak tangan pada wanita. Dan ada yang berpendapat HARUS untuk membuka pada keduanya. Dan pada peringkat ini saya akan sambung pada post akan datang. Dan saya akan bawakan kepada pembaca dalil-dalil yang mengharuskan untuk membukanya dan dali-dalil yang mewajibkan untuk menutupnya.
Semoga apa yang saya sampaikan disini dapat memberi sedikit pengajaran serta ikhtibar bagi tatapan kita semua.Kita hanyalah hamba Allah kerdil yang tidak dapat melakukan apa-apa kecuali dengan izin Allah S.W.T..Saya hanya hamba yang tidak terlepas dari sebarang kesalahan dan hina disisinya seta tidak memiliki apa-apa pun.Dan mungkin apa yang saya sampaikan disini tidak tepat dan terdapat beberapa kesalahan..Sekiranya ada saya memohon ada pihak yang memperbetulakn kesilapan penulisan ini yang lari dari Al-Quran dan sunnah serta memohon maaf dan menarik semula apa yang saya sampaikan disini.