"Ya ada apa mir? " tanya dia tanpa senyuman. Mata dia terus je tengok surat yang saya bawa.
" Ni bos, ada surat untuk bos." Ujar saya sambil melabuhkan pungguh kat kerusi tanpa dia suruh. Tak kesahlah dia suruh duduk ke tak suruh, yang penting bos tengah ada mood and ok masa tu. Hehe.
Dia pon baca setiap baris apa yang saya tulis. Habis je baca dia tanya,
"Kenapa mau berhenti?" Ujar bos saya tu dengan pelat-pelat cina. Dia ni dah masuk Islam dah. Alhamdulillah.
Dan dia kena lagi diberikan latihan dan pemahaman yang lebih baik agar tidak salah dalam memahami Islam. Bila kita nak berkahwin dengan orang yang bukan seagama dngan kita itu baik. Tapi bersedialah segala macam cara dan jawapan untuk memberi dia faham. Bukan menunjukkan lagi yang Islam dan agama yang dia anuti sebelum ni sama sahaja. Mujurlah lah isteri dia yang memberikan tunjuk ajar. Alhamdulillah.
"Sebenarnya saya berat nak berhenti bos, cuma bila saya fikir-fikirkan balik mungkin arah tujunya bidang yang saya pelajari sesuai dengan kat Masjid Bandar Baru Uda tu." saya menghela nafas.
"Lagipun mak saya bersungguh-sungguh suruh saya pergi kerja dekat masjid tu."
Dia pon melipat kertas permohonan saya tu masuk balik dalam sampul.
" Sebenarnya saya tak mahu paksa-paksa orang untuk kamu tak boleh berhenti dari sini. Kamu suka yang mana, itu kamu punya suka. Dan saya pon ada fikir itu macam, kalau kamu pergi sana, masa depan kamu lebih cemerlang, lebih bagus." tangan dia yang putih tu serahkan balik surat permohonan berhenti saya tu pada saya. " Wah! ajaib nih, tak marah pulak pakcik ni." saya bermonolog sendiri. Lagipun dia memang tengah ada mood. Hehe.
"Tak apa, kamu boleh saja kerja di sini, hari sabtu ahad kita ada kelas kamu boleh lah datang. Tak jadi masalah lah."
Memang masjid tu hari sabtu ahad tak kerja. Jadi boleh lah memang kan saya datang kerja part time kat U PLUS MIND ni sambil tetap di Masjid.
Kanan sekali adalah En. Michael a.k.a Muhammad Mikail (Bos)
*******************
Saya pun parking motor LC saya depan pintu gerbang ke-3 Masjid Bandar Baru Uda. Saya pun naik lah terus menuju ke tingkat atas untuk pergi ke pejabat. Hari ni untuk temuduga. Ditemuduga oleh 3 orang di bilik mesyuarat Masjid. Dipendekkan cerita saya pon diterima masuk. Yang menariknya, belum saya datang temuduga di Masjid BBU tu, surat penerimaan saya untuk bekerja sudah disiapkan. Hahaha.
Berbekalkan gaji RM850.00 oleh Masjid, agak payah untuk survive di bandar. Lagi pulak motor LC saya tu bulan-bulan agak mahal. Maklumlah, muka rendah. Menangguhlah. hehe.
Gambar di dalam Masjid Bandar Baru Uda. BerAircond ok. Hehe
Saya ditempatkan di pejabat pentadbiran Masjid. Tingkat atas masjid bersama-sama dengan Ust Farid. Sebelah bawah pejabat untuk Pusat Dialisis Masjid serta koperasi. Masjid ni memang banyak Aset. Dewan Jubli Perak di BBU tu pon kepunyaan Masjid. Peh..memang mantap masjid ni. Masjid BBU ni sentiasa di jadikan contoh dan ramai AJK2 masjid dalam dan luar negeri datang untuk tengok apa aktiviti masjid ni buat. Lagipun masjid ni berada di kawasan Elite. Dato ada. Tengku ada. Macam-macamlah. Cuma kata orang kuat masjid tu selalu cakap macam ni.
" Kau jangan heran lah mir. Kat sini ni, the bad the good the ugly semuanya ada kat dalam kawasan BBU ni"
" Kau jangan heran lah mir. Kat sini ni, the bad the good the ugly semuanya ada kat dalam kawasan BBU ni"
Kata-kata yang melambangkan keserabutan ke??
Ust Farid Jamin, 3 dari kanan. Dah berpunya. :p