Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Saya ada melihat beberapa video daripada kalangan ilmuan yang membahaskan berkaitan demonstarsi dan menasihati pemimpin yang zalim. Saya tidak mahu menghurai secara panjang berkaitan itu,cuma saya ingin menasihati diri saya sebagai orang awam dan beberapa orang awam yang lain.
Memang benar hadith untuk mentaati pemimpin itu hadith sohih. Tapi tolonglah,
JANGAN FAHAM HADITH DENGAN ZAHIR HADITH sahaja.Jangan jadi kaum muda. Sila rujuk pada
1)syarah pada hadith&sebab warid hadith
2)feqh hadith
3)kaedah usul feqh dlm menentukan hukum pada hadith dll
Dan mungkin disana juga ada perbahasan dan pendapat ulama TERIKINI berkaitan sesuatu hadith. Dgn kaedah
"Berubah kerana berubahnya zaman dan keadaan"
"Tiada ketaan pada makhluq yang bermaksiat pada Allah"
Kita jugak kene faham,zaman Rasulullah SAW dan salafussoleh,mekera ini sebaik2 kurun. Ini adalah jaminan Rasulullah SAW. Akan tetapi pada zaman ini ada sebahagian pemimpin ,Perjudian menjadi "pusat judi halal & terbesar" " Pembuatan arak berleluasa".Dan mengapa perlu rakyat yang mempunyai kerajaan yang zalim boleh untuk bangkit menjatuhkan kerajaan yang zalim??? KERANA :
Kerajaan yang sedia ada BUKAN dipilih melalui SYURA seperti yang termaktub dalam perlembagaan ISLAM. Tapi dipilih dengan jalan PILIHANRAYA yang mengangkat suara RAKYAT. Walaupun sebenarnya Demokrasi adalah sistem yang tidak selamat dalam mentadbir sesuatu negara kerana:
Demokrasi ialah satu sistem yang mengangkat suara teramai dalam menentukan sesuatu. Jadi kalau macam tu, sekiranya dalam 1 kampung atau parti atau persatuan ada 1000 orang ahli. Dan 800 daripadanya ialah orang jahat. Maka mahu tidak mahu tetap juga mengangkat suara 800 orang jahat tu tadi.
Dan RAKYAT berKUASA untuk menjatuhkan apa yang dia telah diBANGUNKAN. Sebab itulah Ramai manusia ingin mengembalikan sistem Khalifah Islam yang mengamalkan apa yang terkandung pada Al-quran & As-Sunnah kerana kelebihannya yang sukar digugat dan YAKINLAH rakyat akan menjadi aman bila sistem ISLAM dilancarkan.
Tak tahu bertanya. Dan zaman sekarang ni. perlu pilih2 untuk bertanya mahupun membeli buku2 agama. Sebab sekarang fitnah dalam agama islam terlalu banyak. Tapi tidak salah untuk membeli dan membaca selagimana ianya orang islam walau berlainan fikrah atas sebab Ilmu. Berkata Syaikhuna alim kaamil fi hadith as-syareef wa ulum hadith Profesor Dr.Mustafa Abu Sulaiman an-nadwi :
"Bila kamu mendapat sesuatu ilmu maka semak dan rujuklah semula apa yang diperkatakan. Bukan berdasarkan tidak percaya pada ulama tersebut. Tapi berdasarkan ilmu".
"Siapa yang melihat kemungkaran,maka tegahlah dengan tangannya(kuasanya)"al-hadith
-Kepada Allah kami meminta pertolongan dan bantuan-