Monday

Kahwin..Kahwin..Kahwin

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Yang mentadbir bumi dengan kekuasaannya dan keesaannya. Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarganya,sahabatnya serta yang mengikuti mereka itu dari semesa ke semasa hingga hari penentuan kelak.

NIKMAT ALLAH

Hari ni, 28/3/2011 sudah 38hari saya berada di Malaysia. Kerana dibawa pulang oleh kerajaan Malaysia dari Mesir-Jeddah-Malaysia. Nyaman betul udara di Malaysia. Selepas 4 bulan meninggalkan bumi Malaysia, rindu semula melihat wajah-wajah orang yang tersayang di tanah air sendiri. Sebenarnya saya dah balik tahun lepas. Ada rezeki lebih,balik lah masa tu. Tak sangka pula kene patah balik ke Malaysia selepas 4 bulan. 'ala kullhi haalin Alhamdulillah. Syukur atas nikmat-nikmat Allah. Kalau nak cerita pasal nikmat Allah ni,luas tak terhingga. Cuma kadang-kadang kita lupa akan nikmat yang Allah dah bagi pada kita. Bila dapat barang baru,nikmat baru,baru lah kita nak ingat Allah. Barulah kita nak ucap Alhamdulillah. Tapi kita lupa nikmat-nikmat yang pernah kita dapat sebelum ni. Kata Hamka :

"Yang ada sekarang ini pada diri kita sudah menjadi harapan kita semua."

Sesekali tengok blog saya yang dah bersawang ni, malu jugak dengan blogger-blogger yang lain. Aktif menulis. Aktif berdakwah dan menyampaikan ilmu. Dulu mula-mula saya semangat,buat account google, kemaskini artikel,macam-macam lagi lah. Sifu saya pasal blog ni ada 2 orang. Orang pertama yang memperkenalkan saya denagn BLOG ialah Ustaz Zaki bin Md.Noor. Dan yang kedua Arwah ustaz Hidayahsufie bin Mohad Khalid. Semoga Allah merahamati roh beliau.

Dalam tempoh saya balik ke Malaysia,bila log-in sahaja Facebook ada je update album perkahwinan dari kawan-kawan lama samada yang dari SMAKJ atau dari Maahad Johor atau pun kawan-kawan mereka di Universiti mereka. Syukur saya panjatkan kesyukuran ke pada Allah SWT kerana mereka telah menyempurnakan sebahagian dari iman mereka.




JOM KAWEN!

Kalau cerita bab kahwin ni,semua orang suka. Kalau tak suka tu pada saya dia tak normal. Junjungan kita Nabi Muhammad SAW diutus sebagai petunjuk dan rahmat kepada sekalian makhluq Allah. Dan Nabi sendiri menggalakkan kepada pemuda-pemuda khususnya untuk berkahwin. Ok,saya datangkan 1 hadith yang cukup masyhur diguna pakai untuk berkahwin.


عن ابن مسعود رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : يا معشر الشباب من الستطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحسن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء


Maksudnya : Dari Ibnu Mas'ud radhiallahu 'anhu telah berkata Nabi SAW bersabda : Wahai golongan pemuda belia,sesiapa diantara kamu semua yang mampu untuk berkahwin maka hendaklah dia berkahwin. Kerana dengan berkahwin itu dapat memelihara pandangan dan memelihara naluri jantina. Dan bagi sesiapa pula yang tidak mampu(untuk berkahwin tapi ada keinginan) maka keatasnya hendaklah dia berpuasa. Kerana sesungguhnya puasa itu dapat melemahkan nafsunya.

Kalau kita tengok dalam hadith tadi,hadith tu menyebut "pemuda/belia" bukan dewasa. Siapa dia golongan "pemuda/belia" ni? Yang disepakati ialah mereka yang dah lepas zaman kanak-kanak. Tempoh peralihan sifat antara 2 zaman ni mula dirasa remaja/belia tadi macam wujud sifat tanggungjawab dalam diri. Tapi itu cuma secara rawak. Yang secara jelas diantara tanda-tandanya ialah timbul naluri ingin berkahwin,ingin ada anak sendiri,rasa sunyi tanpa lelaki atau perempuan dalam diri mereka. Jadi bila dah macam tu,dalam Islam mereka telah diletakkan tanggungjawab apa je yang mereka dah buat mereka kene tanggung,samada baik atau buruk. Tapi ada pendapat kata mulanya remaja itu ialah masa waktu baligh sampailah umur 30 tahun. Pendapat yang lain ada kata sampai 40 tahun.

SEMANGAT DAN KEMAMPUAN

Zaman sekarang ni lah,ramai remaja rasa dia dah mampu berkahwin. Tak macam remaja zaman mak ayah kita dulu-dulu. Nak cakap "nak kahwin" tu,pehh...macam ada gunung disangkut dekat mulut. Semangat beta yang ada dalam diri dia membuak-buak. Semangat sahaja tak bawak apa-apa pun. Semangat itu bagus. Tapi jika berlebihan jadi tak bagus pulak. Bukan saya kata lah. Pakar motivasi yang kata. Kata Dr.HM Tuah Iskandar, dalam diri manusia ni ada semangat beta. Tapi bila dah terlalu semangat, maka keburukan akan berlaku. Nampak je kawan-kawan dia kahwin,semua rasa dia juga dah mampu untuk berkahwin. Dia dah mampu untuk jaga keluarga dan anak-anak.

Tapi ada jugak orang cuma bersemangat je. Tak fikir kesan jangka masa panjang. Jadi bila semangat je lebih ni,keluarga pulak dibelakangkan,tanggunjawab dari segi nafkah zahir dan batin letak belakang, peratusan untuk tidak selamat dalam membina keluarga tu besar. Yang penting kahwin. Amboi.mentang-mentanglah baru balik dari masjid. Masjid pulak khutbah pasal suruh kahwin cepat, macam-macam dalil yang die keluarkan. Last bersikap biadap pada orang tua dan orang tua berkecil hati. Kan jadi lain tu. Jadi kemampuan berkahwin ialah kemampuan dalam bentuk:

1)Subur dan Sihat tubuh badan
2)Tanggungjawab,wang dan kehidupan dalam rumahtangga

Kalau 2 benda ni remaja/belia tadi dah boleh wujudkan ketika dalam rumahtangga jadi bersegeralah berkahwin. Jangan tangguh-tangguh. Maka ikutlah sunnah Nabi SAW.

Kepada yang membaca ni,kita kene ingat dan sampai-sampaikan pada yang mungkin lupa jap. Kahwin ni bukan untuk menambah kesusahan ataupun kesempitan dalam hidup. Bukan jugak untuk menyekat dan mengongkong kebebasan tapi perkahwinan ialah batu asas dalam membina 1 masyarakat yang teratur sistem dalam perhubungan antara lelaki dan wanita yang melahirkan generasi yang baik serta sihat dari segi rohani dan jasmani. Baik,saya datangkan lagi 1 hadith Nabi dengan maksud :
"Berkahwinlah kamu semua,kerana dengan perkahwinan,isteri-isteri itu akan menolong kamu,sesungguhnya aku bermegah dengan kamu di hari akhirat nanti"

JANGAN LEWATKAN PERKAHWINAN JIKA SUDAH MAMPU

Kalau badan tengah sihat,dah boleh menanggung isteri dan anak-anak kelak,tenaga dan keewangan sudah mengizinkan maka kahwinlah! Kenapa nak ditangguh-tangguh kahwin ni. Sebab dia akan jadi penghalang dan penyebab untuk manusia dari termasuk ke dalam arena penzinaan. Kenapa saya guna arena? Sebab zina sudah luas. Ada di merata-rata tempat. Hari-hari surat khabar yang 'popular' tu tak kiralah muda ke tua ke,semua suka beli surat khabar tu. Almaklumlah...cerita-cerita yang di beri memang 'hot'. Konon-konon nak jadi kan pengajaran untuk rakyat,tapi rakyat pulak rase best dan rasa nak cuba pulak.Macam-macam..

Selain tu jugak,kalau kita melewat-lewatkan untuk berkahwin risau-risau nanti tak sempat nak didik anak,ditakdirkan kita pergi menghadap ilahi awal. Sudah sampai ajal. Terkontang kanting anak tadi ni tanpa didikan dan kasih sayang dari orang tua.
Dan kesan dari pemuda-pemuda melewat-lewatkan kahwin ni,akan ramailah gadis-gadis tua atau dalam singkatannya "andartu" dengan secara tidak sengaja memendek tempoh subur diaorang ni. kesian. Dan golongan gadis ni jugak mudah terdedah pada maksiat dan rosaklah keturunan serta zuriat nanti.

Tapi lain pulak cerita sebahagian mereka yang tak nak kahwin. Macam-macam alasan yang dia bagi nak hidup bujang. Ha,hidup bujang memang seronok. Tak ada sape nak halang apa yang kita nak buat. Nak balik pukul berapa pun tak ada siapa yang peduli. Kalau bangun lambat pun tak ada siapa nak bising. Antara sebab ramai yang nak pilih hidup bujang
1)Jimatkan duit

Dengan gaji yang siket. Kerja pun tak seberapa,keperluan yang mendesak. Senang cerita gaji bulanan cukup-cukup untuk diri sendiri. Bila dah kahwin kene bahagi-bahagikan pulak. Orang macam ni sebanarnya takut dengan bayang-bayang sendiri. Alangkah indahnya kalau dia dengar dan yakin dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud :

"Berkahwinlah kepada wanita-wanita,kerana mereka(wanita-wanita) akan mendatangkan harta"

2)Boleh menonton rancangan TV dengan suka hati.
Penah jumpa tak keadaan macam ni
"Ayah,aman nak tengok kartun" atau
"Abang,alaaa..kenapa tukar siaran TV tu..tak bestlah. Drama tadi best. Tukar lah balik"
Alsan ini sebenarnyaa nak tutup kekurangan diri sendiri. Tak boleh nak menonton rancangan TV kesukaan. Kepada mereka-mereka yang guna alasan ni, matanglah siket. Mengalah bukan bearti kalah. Janganlah sebab TV sampai pilih nak membujang. Sebab itu dalam perkahwinan persefahaman serta toleransi perlu dalam membuat keputusan. Sebagai seorang suami maka anda berpeluang untuk mendapat darjaat yang tinggi jika berbuat baik pada isteri serta keluarga. Sabda Nabi SAW :

خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهلي
Bermaksud : "Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik pergaulannya kepada keluarganya dan aku adalah orang yang paling baik diantara kamu di dalam pergaulan bepada keluargaku"

Dan juga Hadith Nabi SAW :
خياركم خياركم لنسائهم
Bermaksud : Orang yang paling baik diantara kamu ialah orang yang paling baik kepada para isterinya

3)Pengalaman pahit bercinta

Percaya atau tak,tapi inilah hakikat. Ramai remaja/belia kat luar sana kalau bercinta atau menjalinkan hubugan,dieorang meletakan target untuk kahwin. Dalam sms cerita kahwin,jumpa cerita kahwin,chat,email cerita kahwin. Tapi tak semua yang diharapkan menjadi dalam hidup ni. Tiba-tiba banyak pulak masalah yang kene lalu. Jadi bila banyak masalah, luka lah hati. Makin banyak dia berkawan,makin banyak yang separuh jalan. Makin banyaklah luka2 dihati. Rancanglah apa pun. Letak lah penghadang besar dan panjang macam tembok besar china, tapi kalau Allah tak izinkan maka tak ada satu tangan atau kuasa yang dapat halang kehendak Allah. Firman Allah SWT :
ومكروا ومكرالله والله خير المكرين
Bermaksud : Mereka merangcang dan Allah juga merancang. Dan Allah sebaik-baik perancang

Kalau dieorang tahu ayat ini,maka diaorang tidak akan kenal akan arti putus asa. Serta Tawakkal dan berserah pada Allah SWT. dan kehendaknya.


PERKAHWINAN BUKAN TEMPAT PEMUAS NAFSU

Perkahwinan bukanlah tempat untuk lepaskan nafsu yang tertanggung je,tapi dia jugak bertindak pada naluri supaya tak rakus yang jadi perosak kepada zuriat. Perkahwinan yang dikehendaki mengikut hadith bertujuan untuk jaga diri daripada nafsu buas dan jaga mata dari terpedaya pada syaitan dan kalaulah dia terpedaya jugak,apa lagi, jadilah penzinaan dan jugak maksiat macam yang jadi pada remaja/belia kita sekarang.

Dan PERINGATAN!.

Perkahwinan bukan jugak untuk suka-suka dan jangan dijadikan perkara mainan. Sekejap kahwin. Sekejap cerai. Kahwin lagi. Cerai lagi. Ataupun jadikan perkahwinan ni shortcut untuk puaskan nafus. Bila dah lepas,boleh lepaskan ikut suka hati. Ingat,Allah melaknat orang-orang yang macam ni. Hadith dari Nabi SAW yang bermaksud :
"Allah melaknat lelaki dan wanita yang suka berkahwin dan bercerai dengan tujuan memuaskan nafsunya yang buas"

Semoga apa yang saya sampaikan disini dapat memberi sedikit pengajaran serta ikhtibar bagi tatapan kita semua.Kita hanyalah hamba Allah kerdil yang tidak dapat melakukan apa-apa kecuali dengan izin Allah S.W.T..Saya hanya hamba yang tidak terlepas dari sebarang kesalahan dan hina disisinya seta tidak memiliki apa-apa pun.Dan mungkin apa yang saya sampaikan disini tidak tepat dan terdapat beberapa kesalahan..Sekiranya ada saya memohon ada pihak yang memperbetulakn kesilapan penulisan ini yang lari dari Al-Quran dan sunnah serta memohon maaf dan menarik semula apa yang saya sampaikan disini.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Nukilan Ini, Jangan Lupa Memberi Sebarang Komen Sebagai Tanda Ingatan Anda