Wednesday

Zuhud

Assalamu'alaikum sebagai pembuka bicara..Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam yang maha agung dan hebat..menjadikan alam ini tanpa ada kekurangan..Allah telah menguruskan malam dan siang serta apa sahaja yang kan berlaku pada hari ini,esok mahupun akan datang.Dan kita mesti tahu tiada tuhan yang benar-benar layk disembah melaikan Allah yang maha agung.

Bersyukur juga saya pada Allah sebab beri saya peluang untuk menulis walaupun tengah ketandusan idea.Saya bukanlah penulis yang hebat-hebat.Tapi saya ialah seorang hamba Allah yang semestinya ada kekurangan yang tak dapat dielakkan selagi dia atau pun ia bergelar manusia...Saya terfikir-fikir sebelum ini apakah tajuk yang wajar saya ketengahkan di dalam blog saya yang sekian lama tidak di isi dan di urus dengan baik ni...Semasa saya berada di Malaysia pelbagai karenah manusia dan dapat saya belajar untuk jadikan ia sebagai tauladan..

Saya hairan kenapa kita masih menyalah anggap apa yang dimaksudkan dengan zuhud?Zuhud mengikut pendapat Syeikh Mukhtar r.a (Syeikh Tarikat Burhamiyyah) berkata :AZZUHDU AN TAMLIKADD DUNYAA FATA'UFFA MINHA' yang bermaksud: "Menahan diri dari terkesan padanya"

Zuhud Bermaksud: 'Zuhud ialah engkau memiliki dunia kemudian engkau rangkumi pelbagai aspek seperti pemakanan,pakaian,perbelanjaan,pekerjaan,dan sebagainya.
Tetapi ada juga perkara2 yang tidak termasuk dalam lingkungan zuhud .Sebagai contoh, pencarian ilmu,rahmat & hidayah.
Rasulullah pernah berdoa: 'ROBBI ZIDNII 'ILMAN'. Bermaksud: 'Wahai Tuhanku!Tambahkanlah ilmu kepadaku'.
Rasulullah juga pernah berdoa: 'ROBBANAA AATINA MIN LADUNKA ROHMATAN'.
Bermaksud: 'Wahai Tuhanku!Kurniakanlah kami Rahmat dari sisi-Mu'.

Begitu juga dengan hidayah,tidak perlu zuhud padanya , persoalannya adakah erti zuhud ialah meninggalkan segala perkara yang ada kaitan dengan dunia? Adakah kalau selama ini kita yang kaya raya ini harus meninggalkan segala harta benda lalu mengambil barang sekadar keperluan kita sahaja?
Dan adakah kalau selama ini kita memakai pakaian yang mahal, bermutu tinggi dan cantik lalu apabila kita mengenal erti zuhud lalu kita menukarkan trend pakaian kita kepada pakaian-pakaian yang serba murah,lusuh dan compang-camping? Dan adakah kalau selama ini kita merasai hidangan yang lazat dan berkhaziat lagi penuh gizinya,tetapi setelah mengenal arti zuhud kita hanya sekadar memakan makanan yang hanya cukup untuk mengganjal perut saja? Apakah.?!

Apakah itu yang dimaksudkan dengan zuhud? Siapakah yang lebih arif dengan arti zuhud ini?
Apakah kita yang belajar ilmu agama semuanya benar-benar mengenali istilah atau makna zuhud?
Atau apakah kita memahami istilah zuhud sekadar mengikut pemahaman yang ada dalam diri kita saja tanpa perlu merujuk kepada istilah zuhud yang sebenarnya?

Mungkinkah kalau ditanya tentang arti zuhud yang sebenarnya, kita akan menuding jari kepada para ulama' yang mewarisi tugas-tugas para anbia'. Tetapi kadang-kadang apabila kita melihat kepada barisan ulama' pewaris anbia' ini, kadang2 kita melihat mereka memakai pakaian-pakaian yang kadang-kadang jauh lebih mewah dan mahal daripada yang kita pakai . Apa maksud disebalik semuanya ini ?

Mereka amat mengerti dan tahu tentang arti zuhud tetapi pada masa yang sama seolah-olah mereka menyalahi arti zuhud . Oleh itu, perkara ini kalau tidak memahami dengan baik dan betul,tentu sekali akan memusingkan kepala otak kita bahkan memeningkan kalian.

Lihatlah bagaimana pula kisah Sidi Abu Hassan Syazuli dengan salah seorang anak muridnya.
beliat bertanya Sidi Abu Hasan As-Syazuli kenapa beliau yang senntiasa saja memakai pakaian yang mewah, sedangkan beliau salah seorang daripada Waliyullah yang bertaraf Qutub.

Lelaki penanya itu hanya memakai pakaian yang lusuh supaya ia dikenali sebagai seorang yang zuhud.

Jawab Sayyidi Abul Hasan As-Syazuli: 'LIBAASUKUM HAAZAA YAQUULU INNALLAAHA FAQIIRUN WA LIBAASUNAA HAAZAA YAQUULU INNALLAAHA GHONIYYUN...JAMIILUN YUHIBBUL JAMAAL'...
Bermaksud: 'Pakaian kamu (yang lusuh ) ini menyatakan bahawa Allah Ta'ala itu miskin dan pakaian(mewah)aku ini pula menyatakan bahawasanya Allah Ta'ala itu Maha Kaya dan Maha Cantik serta sukakan yang cantik-cantik'.

Rasulullah juga pernah bersabda: 'INNALLAAHA YUHIBBU AN YURAA ATHARA NI'MATIHII 'ALAA ABDIHII'.
Bermaksud: 'Sesungguhnya Allah Ta'ala suka jika diperlihatkan kesan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya'.

Allah Ta'ala berfirman: Bermaksud: 'Wahai para Rasul!Makanlah daripada rezeki yang baik2 yang telah Kami kurniakan kepadamu'

Allah s.w.t menyuruh kita memakai pakaian indah-indah ! Cuba kita tengok pula kenderaan Rasulullah s.a.w . Rasulullah menunggang kuda yang terbaik pada zaman baginda.

Pedang-pedang yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w semasa perang juga adalah pedang yang terbaik contohnya , Pedang Zul-Fiqar yang bertatahkan batu permata.

Rasulullah s.a.w pernah memakai kain burdah dari Yaman. Seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama Sayyiduna Abdul Rahman Bin Auf,salah seorang sahabat Rasulullah yang bergelar jutawan telah memuji seraya berkata : Wahai Rasulullah: 'MAA AJMALA HAAZIHIL BURDAH'.
Bermaksud: 'Alangkah indahnya kain burdah ini'. Kain burdah Yaman ini tentulah mahal sebab ianya merupakan barangan yang cantik biasanya yang mahal dan bermutu tinggi.
Kain burdah Rasulullah begitu mahal,diimport dari Yaman itu adalah sebahagian contoh menunjukkan Rasulullah s.a.w juga memakai pakaian yang mahal dan berkualiti.

Bagaimana pula syarat-syarat supaya kita dapat menjadi seorang yang zuhud .Terdapat dua syarat mengikut kalam Sidi Syeikh Mukhtar r.a.Iaitu :

1) Memiliki harta sendiri.
2) Harta yang dimiliki mestilah bernilai.

Sekirannya syarat tersebut tidak sempurna maka tidak dinamakan zuhud.
Cuba kita lihat pada diri kita , Siapakah diri kita yang sebenarnya? Adakah kita memiliki atau dimiliki?
Sebenarnya,kita dimiliki ! Kita adalah 'AABDUN MAMLUUKUN'. Hamba yang dimiliki oleh Allah Ta'ala! bukankah demikian? bila kita sendiri dimiliki, berarti kita tidak akan memiliki lagi.
Bukankah segala harta benda yang kita gunakan semasa di dunia ini semuanya pinjaman kesemuanya.
Apabila semua harta benda berbentuk pinjaman,ini bererti ia bukan menjadi hak yang mutlak kita!
Maknanya, syarat zuhud yang pertama kita tidak mampu memenuhinya lagi.

Rasulullah pernah bersabda: 'ADDUNYAA LAA TAZINU 'INDALLAAHI JANAAHA BA'UUDHOH'.
Bermaksud: 'Dunia ini langsung tidak menyamai berat sebelah sayap seekor nyamuk di sisi Allah Ta'ala'.

Kita tidak memiliki dunia dan ia sendiri worthless.Bila jadi begini,bermakna kita sudah kehilangan kedua-dua syarat tersebut. Apabila sudah tidak sempurna kedua-dua syarat tersebut ,maka Syeikh Mukhtar berkata: 'LAA ZUHDA FID DUNYAA'.
Bermaksud: 'Tidak ada zuhud sama sekali di dunia'.
Karena apa? Kerana kita tidak memiliki apa-apa pun di atas muka dunia ini kerana kita sendiri dimiliki
dan segala harta benda yang digunakan adalah pinjaman semuanya. Dan dunia tidak bernilai langsung di sisi Allah Ta'ala melainkan sebelah sayap nyamuk saja.

Zuhud bukan meninggalkan dunia tetapi mengambil dunia kesemuanya tetapi dalam masa yang sama tidak meletakkan dunia di dalam hati bahkan di tangan kita.Dunia bukan di hati, tetapi dalam gengaman tangan.

Rasulullah pernah bersabda: 'IZAA SA'ALTUMUL JANNATA FAS'ALUL FIRDAUSAL A'LAA'...
Bermaksud: 'Apabila kamu memohon(kepada Allah Ta'ala) akan syurga-Nya,maka pohonlah Syurga Firdaus yang tertinggi'.

Cuba kita lihatlah bagaimana saranan Rasulullah kepada umat beliau supaya memohon syurga yang tertinggi darjatnya,bukannya berzuhud dalam soal memohon ganjaran dan balasan daripada Allah Ta'ala.

Allah Ta'ala s.w.t telah berfirman:...
Bermaksud: 'Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan kepadamu(kebahagiaan)negeri akhirat,dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari(kenikmatan) duniawi..............

Semoga apa yang saya sampaikan disini dapat memberi sedikit pengajaran serta ikhtibar bagi tatapan kita semua.Kita hanyalah hamba Allah kerdil yang tidak dapat melakukan apa-apa kecuali dengan izin Allah S.W.T..Saya hanya hamba yang tidak terlepas dari sebarang kesalahan.Dan mungkin apa yang saya sampaikan disini tidak tepat dan terdapat beberapa kesalahan..Sekiranya ada saya memohon ada pihak yang memperbetulakn kesilapan penulisan ini yang lari dari Al-Quran dan sunnah serta memohon maaf dan menarik semula apa yang saya sampaikan disini.






Tuesday

Malunyeer..

Daripda Abu Mas'ud bin 'Uqbah bin 'amru al-Anshori al-Badri r.a beliau berkata :"Rasulullah S.a.w bersabda : "Sesungguhnya diantara ajaran yang didapati oleh manusia daripada kalam (perkataan) nubuwwah yang pertama ialah "Apabila kamu tidak malu maka buatlah apa yang kamu suka."

(HAdis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam kitab "para nabi" dan "adab" bab 'Jika kamu tidak malu buatlah apa yang kamu suka.Nombor hadis 5769.


**Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan malu ini?Malu berertimenghindarkan diri daripada melakukan perbuatan tercela,tak naka buat sesuatu ataupun tak nak tinggalkannya sebab takut dapat celaan dari orang. Kalau inilah maksud apa yang dikatakan sebagai malu itu,jadi seruan supaya berakhlak dan beriltizam dengannya adalah seruan yang suruh kita semua mencegah dari sebarang bentuk kemaksiatan dan keburukan.Sebenarnya,sifat malu ni adalah sifat yang sangat penting yang perlu ada dalam diri manusia itu sendiri..Sebab apa??Kalau tak ada sifat malu ni..manusia akan berada dalam kesedihan,kekurangan dan keaiban..Pernah ke orang yang berasa malu dia gembira?Siap boleh cerita pada semua orang yang dia telah dimalukan.Kalau ada pun dia hanya cerita pada kenalan yang betul-betul rapat dan kalangan ahli keluarga..Sebab itu pada hadis di atas nabi bersabda.."Kalau kamu tak ada malu,kamu buatapa yang kamu suka."..Malu juga adalah sebahagian daripada Iman.Ini disokong oleh hadis nabi dalam Sahih Imam Bukhari:
"Sifat malu itu sebahagian daripada Iman."

Sabdanya lagi:

"sifat malu itu tidak mendatangkan selain daripada kebaikan."

Para ulama telah menyebutkan tiga makna dalam hadis ini
(a)Perintah dengan makna ancaman dan janji buruk.Rasulullah s.a.w seolah-olah bersabda "kalau kamu tidak malu kamu buatlah apa yang kamu suka.Allah akan balas kepada kepada kamu dengan balasan yang amat pedih." Sebenarnya ada jugak perintah macam ni dalam Al-Quran yang dituju pada orang kafir yang bermaksud

"Buatlah apa yang kamu kehendaki" (Fussilat:40)

(b)Perintah dengan makna cerita seperti sabda Rasulullah s.a.w:

"maka die hendaklah menyediakan tempatnya di neraka" iaitu dengan makna dia telah meneydiakan.

Jadi makna hadis dalam bab ini ialah orang yang tidak mempunyai rasa malu akan melakukan sesuatu ikut apa yang dia nak...sebab malu adalah sebagi batu penghalang untuk dia buat sesuatu kemungkaran....Jadi kepada sesiapa yang pernah melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan rasa malu..tapi die buat jugak tanpa rasa malu...maka dia telah melakukan kesalahan yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah.

(c)Perintah dengan makna mengharuskan

Seolah-olah dengan makna kalau kamu tidak malu untuk buat sesuatu atau tidak malu kepada Allah dan juga kepada manusia maka lakukanlah dengan perbuatan apabila tidak dilarang oleh syara' maka ia adalah harus.

Yang pali rajih antara makna-makna yang ada ini ialah makna yang pertama walaupun Imam Nawawi telah mentarjih makna yang ketiga...Abu 'ubaid al-Qasim bin Salaam,ibnu Qutabah dan Muhammad bin Nasr al-Mawardi pulak memilih makna kedua.

Sebenarnya malu ni..ada 2 jenis..yang pertama Malu secara fitrah.dan yang kedua pulak ialah malu yang diusahakan.

1) Malu secara fitrah iaitu malu yang dijanjikan oleh Allah dan ia tidak dimiliki melalui usaha.Malu yang macam ni..akan membawa seseorang itu ke tingkatan darjat yang paling tinggi sekali yang diberikan oleh Allah kepada hamba yang DIA nak dan sebab itu dia memfitrahkan pada orang dimiliki dengan sifat malu....Ingant! Kita hanya hamba..dan Allah berhak dan mampu melakukan apa yang Allah mahu..Kita hanya hamba yang kerdil yang pada saat ini pun kita kadang-kadang tak terlepas membuat kesalahn dan selalu lalai....Orang yang mempunyai malu secara fitrah ini akan menjauhkan diri daripada maksiat.

Rasulullah adalah contoh yang terbaik dalam semua hal.Rasulullah sebenarnya adalah seorang yang sangat-sangat pemalu.Lebih pemalu daripada gadis pengitan(gadis yang sentiasa duduk dirumah)..Tengok..betapa mulianya Rasulullah dan betapa tinggi akhlak yang Allah beri pada nabi..maka tidakkah layak nabi menjadi contoh?Sehingga menjadikan orang kafir sebagai roll model?

Diriwayatkan daripada saidina Umar r.a katanya: "Sesiapa yang malu akan bersembunyi sesiapa yang bersembunyi akan bertaqwa dan siapa yang bertaqwa akan dipelihara dari keburukan."

Bagi sesiapa yang bergelar wanita yang membaca artikel ini ketahuilah bahawa anda telah dihiasi dengan perasaan malu.wanita sebenarnya telah dipertanggungjawab bersama-sama kaum lelaki makmurkan bumi dan merdidik generasi berdasarkan kebersihan dan kesucian fitrah kewanitaannya.
Firman Allah dengan maksud:
"Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan malu-malu ia berkata: "Sesungguhnya bapaku memanggilmu agar dia memberi balasan terhadap (kebaikan)mu memberi minum(ternakan) kami."

Wanita yang dicerikan dalm Al-quran ni ialah 2 orang puteri anak Nabi syu'aib a.s.

Wanita ini datang menemui nabi Musa atas perintah bapanya.Berjalan dengan adab seorang wanita yang suci bersih ketika bertemu dengan seorang lelaki.tanpa dibuat-buat,tanpa tabarruj(bersolek) dan tidak menggoda.Disamping malu yang tergambar dalm cara berjalannya,die jugak bercakap dengan jelas tak gugup serta dapat difahami.Sebab apa hal ni timbul?Kerana daripada aspirasi fitrah yang sihat,bersih lagi lurus.Pemudi yang lurus biasanya merasa malu bila jumpa lelaki dan bebua-bual dengan lelaki.sebab bersih dan berpegang pada dengan kebenaran menyebabkan dia tak mengarut sampai menyebabkan orang lain ingin padanya terpikat dan terpesona..kata orang sekarang tangkap lentok..tak pun tangkap leleh..

Adapun wanita pada masa dulu,disifatkan sebagai wanita salfa'ah,bebas keluar masuk,dan wanita pada zaman ini disifatkan sebagai wanita jalanan,berpergian,tabarruj,(bersolek) dan bercampur dengan lelaki bukan muhrim tanpa ada keperluan,yang dibenarkan oleh syarak.Maka wanita seperti ini adalah wanita yang kurang mendapat didikan Al-Quran dan As-Sunnah....Perasan atau tidak wanita telah dipergunakan oleh Musuh-musuh Allah untuk melakukan kehancuran dunia dan akhirat.

Lawan kepada sifat malu pulak ialah al-waqaahah iaitu tak malu lah.Ia adalah sifat yang tercela sebab ia akn menjerumuskan seseorang kepada kepada keburukan.
Nabi pernah bersabda:
"semua umatku berda dalam keadaan selamat kecuali mereka yang melakukan kejahatan secara terang-terangan."

So...kat sini saya nak bagi tahu bahawa kewajipan ibu bapadan para pendidik di dalam masyarakat Islam ialah bekerja keras menghidupkan akhlak malu.Mereka mesti menggunakan method pendidikan yang sudah betul-betul dikaji.Cara tersebut mesti meliputi pemerhatian dan perilaku serta tindak tanduk anak-anak,memeprbetulakan apa yang sepatutnya diperbetulkan mengikut al-Quran dan as-Sunnah..Apa pun yang berlaku kita mestilah tahu bahawa anak-anak akan datang akan menempuhi generasi yang lebih mencabar dan penuh dengan gelombang dosa setta memelukan panduan yang baik..Jikalau tidak dididik daris ekarang dengan akhlak malu maka pada masa bilakah dan siapakah yang akan mendidik???


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Nukilan Ini, Jangan Lupa Memberi Sebarang Komen Sebagai Tanda Ingatan Anda